Thursday, January 28, 2016

Gang Sungai Buaya - Day 4

Assalamualaikum,

GSB, day 4, last day.

Hari Sabtu, saya bangun pagi dan masak makaroni goreng sementara yang lain masih tidur lagi.

We started the day a little bit late, semua orang pun tunggu orang lain siap dulu...soo...we only went out from the house at around 9.00. It's a good lesson to us because due to the timing, we could only visited 2 islands, even though in our original plan, we wanted to visit 3 islands. We decided to go to Pulau Manukan and Pulau Sapi

Sampai di Jesselton Point, kita beli tiket dan tangkap gambo. Topi yang saya pakai tu harganya RM5, beli di Daiso One Borneo. Kak Ina mula-mula nak beli jugak topi di Jesselton Point tu, tapi dia pegi cari yang harga RM5, mana dapat...hiks. Kak Ina siap suruh beli topi tu banyak-banyak dan simpan di rumah supaya senang bila orang datang, boleh tumpang guna...good idea kan.

Budak-budak ni buat snorkeling, so, depa sewa set snorkeling. Depa ni semuanya pandai berenang, jadi, pergi ke pulau ini memang sangat relevant untuk mereka

yes, bersedia untuk masuk air di Manukan...kami biarkan aja, memang tak monitor langsung sebab dah beso

Kami, lepak dan makan

Lepas tu, kami ke Pulau Sapi pulak

air clear, cantik, alhamdulillah

Berehat dan makan makaroni yang dibawa. Lepas tu, Cikbib pergi beli air dan some junk food. Habis semua. Menurut budak-budak tu, ikan lebih banyak di Pulau Sapi, air pun lebih cantik. 

Tapi kan, sewaktu di Pulau Sapi tu, ada babi hutan lah...mengganggu fikiran sedikit kehadiran mereka ni.

Tengok air tu

Dalam bot sewaktu balik ke KK

Sampai KK, budak-budak tu sudah mengeluh lapar, so, kita pergilah makan nasik padang. Menu yang dipilih kali ini adalah lebih baik di mana kami pilih sup, ikan terbang, pecal, bergedel....habis semua...alhamdulillah

happy faces...

Lepas tu, kami tangkap gambo dan balik rumah. Cuaca sangat panas so we decided to berehat sahaja di rumah sebab mereka akan balik semula ke KL malam nanti.

Haaa, gambar sebelum balik....macam semangat aja makan kan? Heee...saya siapkan cokodoq pisang ajapun sebab mereka sudah menempah makanan semasa penerbangan

ohhh...menunya...cokodoq, kacang, kopi Tenom dan air oren. Buat pengetahuan, ini adalah set gelas dan jug yang baru kami beli di KK ni. GSB adalah tetamu pertama yang menggunakan set ini.

Lepas makan, kami pun menghantar mereka ke airport. Kononnya pergi awal lah kan, tak suka tergesa-gesa. Tapiiii, tengok-tengok, flight mereka lambat, daripada jam 9.30 ke jam 1.00 pagi. Mak oiii...sian budak-budak tu, sian juga orang-orang yang menunggu di KL...

Suami saya tidak boleh tidur di rumah mengenangkan mereka masih tidak berlepas...heeee...tak pe lah, baru lah jadi kenangan yang tidak boleh di lupakan...tak gitu?

Anyway, saya rasa masa yang diperuntukkan iaitu 3 malam dan 4 hari adalah tidak cukup. Saya macam rasa tidak puas...lain kali datang lah lama sikit, 5 malam ke...baru lah puas kan.

Okay, berakhirlah lawatan GSB, insyaa allah, ada rezeki, boleh datang lagi ye you allls

No comments:

Post a Comment