Sunday, January 10, 2016

Ahad, 10 Januari 2016

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 10 Jan 2016 jam 7.26 malam. Saya sudah pun solat Maghrib dan sekarang sedang menunggu waktu Isyak. Pusingan waktu sekarang adalah sedikit berbeza di mana waktu subuh hanya masuk pada jam 5.16 pagi dan kami masih boleh bersolat subuh pada jam 6.00 pagi. (maksudnya, jam 6.00 pagi masih gelap). Waktu Maghrib juga masuk agak lambat iaitu pada jam 6.17 malam. 

Cuaca pulak adalah amat panas dan dengarnya, oleh kerana kesan El Nino, Sabah akan berterusan panas sehingga bulan Mac. Saya ingat lagi sewaktu saya sampai di Sabah pada 1 April 2015, cuaca memang amat panas dan saya dimaklumkan bahawa sudah hampir 6 bulan hujan tidak turun pada waktu itu.

Bila panas ni, kita kena banyak bersabarlah kan...apa lagi yang kita boleh buat.

Pada post seterusnya, saya akan bercerita mengenai kedatangan Gang Sg Buaya pada 9 Disember sehingga 12 Disember 2015 baru-baru ini. 

Sebenarnya, dengan takdir Allah, tarikh mereka sampai di Negeri di Bawah Bayu ini adalah tarikh yang sama dengan tarikh seminar yang mana saya turut terlibat di adakan. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana masih sempat untuk meluangkan masa untuk bersama-sama GSB selepas seminar selesai.


No comments:

Post a Comment