Saturday, November 28, 2015

Tentang Itu dan Ini, 28 November 2015

Assalamualaikum

It is now Saturday, 28 November 2015, 2.49 am. Hubby is sound asleep and I am updating this blog. I had factory visits during the day and was feeling tired by the end of the day. I went to sleep after my Maghrib prayer and only woke up at 10.45 pm because hubby woke me up and asked me to perform my Isyak prayer. After solat, I went down to the living room but hubby was already asleep. Tinggailah saya sorang-sorang, tengok tv, tengok laptop, tak boleh tidoq la pulakkkk.

So, here I am, trying to write about something of which I am not sure of.

And yeah, the last 2 days were full with visits to interesting places/companies and I was fortunate enough because I was accompanied by interesting people. It is always interesting to entertain colleagues from HQ office because apart from being colleagues, they are also old friends and of course it is always nice to meet old friends.

And this time we went to visit Desa Cattle Farm and Sabah Tea at Kundasang/Ranau. It is so interesting to know more about the operation of these two places beside enjoying the panoramic view and cooler climate.

Do you know that cows at Desa Cattle are all female? Of course they are all female because they are bred for their milk, male cow cannot produce milk maaa. Of course these female cow were bred by a special scientific method which I cannot explain.

Desa Cattle can produce almost 3,000 liters of milk daily from approximately 250 matured cows they have. 

Beside milk, Desa Cattle also produce milk by-products like cheese, yogurt, ice-cream and they are all halal.

After Desa Cattle, we went to visit Sabah Tea where we were given the opportunities to look at the factory and the process in making tea. I found out that for Sabah Tea, there's no pesticide used in maintaining the plant and therefore it is 100% organic and healthy. There people, if you want to drink tea, choose Sabah Tea...memang sedap pun.

Yup...Sabah is very proud with these two products.

Hmmm...I better try to get some sleep now or else nanti Subuh tak bangun pulak..

Ok people, have a good rest during the weekends...

Wednesday, November 25, 2015

Kadang-Kadang Suis Saya Off

Assalamualaikum

Bagaimanakah hari-hari anda? Saya sibuk sikit hari ini dan masa berlalu tanpa disedari. Sewaktu saya mandi sebelum solat Maghrib tadi, saya tutup mata dan tiba-tiba teringat..."makkk, esok sudah hari khamis, minggu ini sudah hampir habis".

Begitulah keadaannya saya sekarang ini kerana saya perlu bikin seminar pada 9 Disember ini. Banyak perkara yang perlu difikirkan, di lakukan dan di jayakan/capai/implement. Cuma ianya berat sikit sebab saya mengetuainya di peringkat negeri. Well, kenalah berusaha buat yang terbaik dan berdoa banyak-banyak  semoga Allah permudahkan semua urusan saya . Aaminn.

Infact semalam keadaan saya adalah lebih parah. I must confess that after staying in Sabah for more than 7 months, I do go to work earlier, but I also go back early. And yesterday, I stayed back to clear some of my work alone but there was at this one level when I just simply switched off. I could not think and I could not write. Punyelah!

I decided to go home when that happened and it was almost 6.00 pm and it was already dark.  While I was locking the doors, suddenly I heard voices of men, which was of course not common at that point of time. I know those who involve in upgrading the building lift never work overtime. 

I was panicked and in fact I sort of shouted back to them...which was not very smart actually. I was scared thinking that if anything happened to me, nobody is around to help and in fact, if anything happened at all, I will die first before anyone find me...seriously.

But alhamdulillah, the one with the voices are not "orang jahat" or whatever, but I could not figure out what in the world are they doing in the building at that point of time. I was supposed to take the same lift with them which of course did not happened. 

Maybe next time, if I were ever to go back later than usual, I just have to call hubby first and informed him that if I do not arrive at the car within 10 minutes, you better come up and find out what happen to me.

Heee, to think that I have once went to the office alone and did my work until 8.00 pm, on a weekend when Minister came recently...bahaya juga sebenarnya.

Anyway, yesterday was a tiring day all over. I tried to update this blog after I had dinner, but couldn't. I decided to just lie down, and relax my mind.

I need to have better control of everything now. I have to make sure that my body/mind/brain is healthy enough. Yes I do work hard during the day, but I must have enough rest at night. I try to jaga semua which is under my control.

And of course, saya kena lebih banyak bercakap dengan Allah, untuk mendapatkan keyakinan diri juga menenangkan keadaan. Kadang-kadang, kalau kita down sebab orang sekeliling kita tak support ke, Allah ada, so do not have to worry...

Okay guys....jumpa lagi nanti


Sunday, November 22, 2015

Basikal

Assalamualaikum,

Pagi Ahad dan kami tidak pergi morning walk kami lagi sekali. Bila tanya hubby, dia jawab macam ni "Nanti kita beli basikal tu ye, Cikbib buat exercise kat rumah aja".

Tapi saya pun bersalah sebab bertangguh-tangguh bangun. Di KK ni, pukul 7.00 sudah panas...tak best nak pergi exercise bila panas.

Sebenarnya semalam, waktu di 1 Borneo, saya telah pergi melihat-lihat basikal untuk exercise tu. Melihat-lihat, sambil tumpang guna juga sampai termengah-mengah, sambil bertanya-tanya. Sewaktu pindah ke sini, kami tidak bawa kami punye treadmill (menyesal gila tak bawak), soooo, kuranglah option untuk exercise. Due to that, we are now seriously looking into the option of buying the new equipment.

Basikal untuk exercise ini ada banyak jenis, dan semalam, penjual di kedai Gintell telah turut "suggest" untuk saya membeli yang jenis duduk melunjur tu, sat, saya google gambar model basikal ni sat ye


Haaa...yang macam di atas tu. Menurut jurujual itu, jenis ini adalah lebih sesuai untuk orang yang berumur dan ada sakit lutut ke apa...sooo....we are considering lah sekarang.


Yang biasa tu, yang macam gambar di atas lah...saya suka juga sebab saya boleh bayangkan saya letak basikal ni di belakang sofa dan saya boleh exercise sambil tengok tv....haaaa, baru lah putehhhhh!

Semalam, waktu saya mencuba basikal-basikal ni di kedai basikal  (2 kedai saya pergi), walaupun baru naik basikal tu dalam 5-6 minit, saya tetap tercungap-cungap. Hmmm, lama dah tak tercungap...boleh lah saya beli kut kan, untuk kesihatan dan hadiah untuk diri sendiri. Dan yang paling penting, pastikan Cikbib berdisiplin dan istiqamah. You all doakan saya kuat ye.

Oooo...satu lagi cabaran bila beli basikal ini adalah the fact yang kami tidak pasti lokasi untuk meletakkan equipment ini kerana rumah kami ada limited space....we'll think about it lah...

Okay lah people, saya nak pergi sedia breakfast sekejap. Jumpa lagi di lain post.

Saturday, November 21, 2015

Saya dan Hujan

Assalamulaikum.

Hari Sabtu...hari yang kami nanti-nantikan selalu untuk berehat dan meluangkan masa bersama dalam keadaan tidak tidur...he he he. Pada hari biasa, kami cuma boleh meluangkan masa pada masa minum pagi dan malam. Malam pulak, di Sabah ni, jam 8.00 pun sudah mula menguap.

Anyway, today kami ter over slept selepas solat subuh, jadi kami tidak lah menjalankan morning walk kami. Walau bagaimanapun, kami tetap bangun awal, breakfast dan pergi ke 1 Borneo, kononnya untuk berjalan dan membakar kalori...

Ehh...ada gambar breakfast, mari share di sini :

Saya masak cucur udang yang ada taugeh tu, tapi tiada kucai sebab Tokbomo kata, kat KK tak de kucai (haaa?). Banyak juga kami makan sebab sampai sekarang, jam 5 petang, kami tak amik nasik pun lagi, tapi kami steady aja. We plan to go out and have dinner tonite, Tokbomo kata sebab rasa macam sudah lama tidak dating dengan saya...cehhhh.

Oh ye, kami telah pergi 1 Borneo tadi, beli barang sikit, balik, makan buah nenas dengan Makbee tu. Dan tadi, dalam jam 4,00 petang, haaa, siap...pergi tandas dah dua-dua orang. Sekarang ni, jam 5.00 petang, saya sudah mandi, baru selesai basuh baju dan berehat sekejap, sambil update blog.

Ohhh...mengenai tajuk, sebenarnya saya terkenangkan peristiwa semalam di mana hari hujan dengan lebatnya. Saya berpeluang merenung hujan daripada tingkap bilik saya dan teringat macam-macam perkara mengenai saya dan hujan.

Waktu kecik-kecik, saya suka tengok hujan di tingkap rumah kampung saya, masukkan kaki di celah-celah kayu tingkap tu, goyang-goyang kaki dan berangan sambil tengok hujan...saya tidak boleh ingat apa yang saya angan-angan kan, tapi yang pastinya, hati saya gembira.

Waktu kecik-kecik juga, hujan seakan-akan membawa berita gembira di mana kami boleh main sampan kertas. Waktu hujan juga seronok untuk main "hide and seek" dalam rumah, rumah kan gelap jadi game itu adalah lebih exciting. Waktu hujan juga menjadikan teh O lebih sedap, goreng pisang juga bertambah lazat...saya suka hujan.

Waktu saya mengambil SPM dalam tahun 1987, sewaktu menunggu kertas akhir iaitu kertas Add Math, kami telah berdoa semoga hujan turun lebih lebat dan negeri Kelantan/Terengganu banjir supaya kertas Add Math dapat di tangguhkan....hiksss giler, tak pe, sekarang saya sudah insaf dan berusaha untuk berdoa perkara-perkara yang baik sahaja.

Dannn sekarang, ada kalanya, saya sering mengharapkan hujan boleh menyelesaikan masalah saya seperti program/meeting dengan boss bisa di batalkan kerana hujan, tapi tak pernah pun terjadi macam itu. 

Saya juga suka suasana selepas hujan di mana langit menjadi lebih terang.

Dan sekarang, hujan memang jadi kawan kami di KK. Hujan turun hari-hari, dan kami okay aja pun, we simply enjoy the monsoon season.

Tapi, dalam saya enjoy tu, mesti ramai juga yang risau takut banjir teruk seperti tahun lepas berulang. Semoga dijauhkan, dan semoga kita semua di dalam peliharaan Allah selalu.

Okay guys, hari sudah semakin gelap di KK ni...jumpa lagi di lain post...


Thursday, November 19, 2015

Online Business?

Assalamualaikum,

Semalam, sewaktu saya pergi melawat seorang kawan yang sakit di hospital, saya telah berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anak beliau. Sewaktu berbual-bual, saya telah dimaklumkan oleh kawan saya bahawa anaknya itu berniaga secara online.

Saya pun bertanya "Ok tak berniaga online ni?"

Jawapannya "ok, boleh tahan jualannya".

Hmm, sesungguhnya, saya memang tiada idea langsung mengenai perniagaan online ini. Zero. Saya pernahlah menghadiri talk daripada salah seorang pakar jualan online ni...yang muda dan cute tu...lupa namanya, tapi saya tidak boleh digest apa-apa pun waktu tu. 

Kalau you all ingat, anak sedara saya Pijah, mama kepada Imran juga sekarang ini sedang menjalankan perniagaan online kerana dia perlu bekerja di rumah buat sementara waktu. Saya tidak pasti bagaimana performancenya, tapi saya tolong "share" kan ajalah kalau dia ada buat promo ke apa di dalam facebook.

Barang-barang yang dijual pulaaa, kalau baju tu, banyak la yang tak de size untuk saya, yang saya boleh beli pun adalah perfume De'Xandra dia sebab harga murah dan memang wangi, you all boleh cuba. Pijah ni menggunakan nama "Nurhafizah Hatta" di facebook. Dia banyak jual kain (dari Bandung rasanya), blouse dll.

Bila saya mahu menulis article ni, timbul pula minat untuk mempunya lebih ilmu mengenai Online Business ini. Yelah, kena juga ada strategi, promosi, jaga kewangan sikit-sikit, product apa yang mahu di jual...tak macam tu? Strategy tu penting ye, sebabnya ianya perlulah menjadi sesuatu yang boleh sampai kepada masyarakat jelata, walaupun kadangkala ianya adalah iklan yang menjelekkan. 

Saya lihat, ramai juga blogger yang berniaga di rumah dan oleh kerana sebelum berniaga mereka memang sudah ramai follower, kerja-kerja marketing mereka menjadi lebih senang. 

Ada seorang kawan saya yang bekerja sebagai seorang pensyarah, telah meletak jawatan untuk fokus menjadi seorang agen hartanah. Oleh kerana dia memang seorang pensyarah, maka langkah mencari ilmu itu adalah lebih serius. Dia telah menghadiri bengkel/kelas dll daripada awal sehinggalah sekarang, di saat dia menjana pendapat sehingga 6 angka. Mungkin kerana kedudukannya, serta "circle of friends" yang bersesuaian, maka urusannya dalam menjual hartanah adalah lebih mudah.

Yup...."circle of friends" itu adalah penting sekiranya kita sedang mencari lorong-lorong untuk mencari rezeki yang halal. Bukanlah mencari kesempatan, tetapi mendapatkan seramai kawan yang mungkin adalah plus point. Banyakkan senyum, mulut pun perlu manis.

Ada seorang anak sedara saya, berkelulusan sarjana dalam bidang ekonomi, dan sekarang menjadi guru di sebuah TADIKA. Saya cuma berharap, dia tidak akan berhenti sebagai cikgu tadika sahaja. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan Cikbib doakan kakak dapat membuka rangkaian Tadika sendiri pada satu masa nanti, insyaa allah. Saya memang ada kawan sekolah yang mempunyai rangkaian tadika di Selangor.

Cabaran bekerja zaman sekarang adalah berlainan, bukan senang untuk mendapat kerja tetap, maka berniagalah, bukan kan 90% daripada rezeki itu adalah daripada bidang perniagaan. 

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkat, yang mungkin tidak melimpah, tetapi cukup untuk keluarga kita. Aaamiin




Wednesday, November 18, 2015

18 November 2015, Back from KL and Lahad Datu

Assalamualaikum

Hari ini hari Rabu, 18 November 2015.

I went to Lahad Datu this morning and just came back from KL yesterday.

Actually I do not have anything to write about. I told hubby and he simply say "you don't have to write then"...hiks

Not that I force myself but I know a few people who open this blog everyday and feel disappointed when they do not see any updates...so, this short post is for you guys.

I will be busy this few weeks, but I pray that everything will be okay...

okay GTG, gue mengantuk

Friday, November 13, 2015

Post Bijok

Assalamualaikum!

Hari Jumaat datang lagi...lalalllaalal

Pagi tadi, kami breakfast meriah. Ada mertabak, ada kuih pau dan dua-dua nya adalah "instant" dari jenama Kart's. Ada gambo, tapi kat office ni tak boleh masuk gambo. Nanti kalau rajin, saya masuk gambo malam ni.

Yang seronoknya adalah, bila memasak mertabak tu (sebenonya, panaskan aja), saya letak aja di dalam kuali non-stick ninja yang saya baru beli tu (kuali ni patut taja saya lah sebab asyik buat promo free aja), tutup dan guna api kecil. That is all, tak perlu letak minyak langsung...biar dalam 8 minit, lepas tu flip, dan biar lagi dalam 8 minit...selamatttt.

Dia ada sediakan kuah kari juga yang saya kukuskan bersama-sama kuih pau saya tuh.. hmmm...senang sungguh hidup ini.

Waktu menikmati minum pagi tu, mestilah bersembang dengan suami kan. Haaa...semuanya perbualan bijok-bijok lah, seperti biasa. Antara yang saya ingat adalah...

Saya : "Saya ada jumpa blog seorang doktor ni, best, Shuk nak baca?"

Suami : "Tak nak. Saya tak suka blog sempoi macam tu. Hanya blog Cikbib aja blog sempoi aja yang saya baca. Sekarang ni pun, Cikbib macam dah tak de idea, asyik letak gambo aja".

Saya : "Ait? Semalam saya ada letak post tanpa gambo apa?"

Suami : "Semalam aje, sebelum tu asyik yang ade gambo aje"

Saya : saya tak jawab, saya bulatkan mata aje, ekekekeekek

Anyway guys, sesungguhnya, walaupun blog ini simple, tulis benda-benda ringan, tapi untuk mencetuskan idea mengenai apa yang perlu di tulis itu tidaklah semudah yang di sangka.

Ehh, teringat pulak, baru-baru ini, saya ada menerima email daripada satu jenama produk yang menjemput saya berkolaborasi untuk mempromosi produk keluaran mereka di blog ini. 

Masalahnya, saya memang jarang buka email g-mail saya dan saya juga tidak pasti bagaimana blog saya yang purata pembacanya adalah 40 hits setiap hari (10 daripada 40 itu adalah saya yang menyintai blog diri sendiri) bisa mempromo produk orang lain. 

Walau bagaimanapun, bila ada individu yang saya tidak pernah kenal "acknowledged" blog ini sebagai "menarik", saya merasa terharu, alhamdulillah.

Mungkin saya akan membalas email jemputan itu kemudian, untuk mencari pengalaman baru kan.

And as for me noww, it's Friday in KK, 12.05 pm, I wanna perform my Zuhr prayer and tidoqqqq.

Okayyyy...doakan saya penuh idea dan kreativiti untuk update blog ini selalu ye, so that you have something to read everyday!...have a nice weekend!




Thursday, November 12, 2015

Over Exposed

Assalamualaikum.

Hmm...hari ini ada banyak perkara yang perlu di buat, tapi ada yang tidak boleh di buat, kena tangguh dulu...

Tak pe, kita tangguh dan jangan stress. Ikut ajalah flow kerja dan relax...ikut perintah.

Di samping itu, ada juga baca berita-berita di sana sini. Tanah runtuh la, baca juga fasal "keselamatan" di Esszone, yup, tempoh curfew dipanjangkan ke 25 November...dan baca juga kisah-kisah artis ni.

Sekarang ni, dengan adanya media-media sosial, semua orang suka "expose" hampir semua perkara termasuk lah perkara yang kadang-kadang tidak perlu di "kongsi". Contoh terbaik adalah : blog ini, ekekeekekek.

Tapi kan, semalam saya suka sangat baca "statement" daripada Gayatri Su-Lin Pillai mengenai hubungannya dengan brother sado seorang itu yang sudah pun berakhir. Dia cuma meng "confirm" kan kenyataan terdahulu abang Sado mengenai hubungan mereka yang sudah berakhir dan simply moved on. 

I like you Gayatri...baru lah napok bijok dan dewasa sikik...tak gitu?

Kalau kaya sikit pulak, boleh juga mengexpose diri dengan menjadi sponsor kepada rancangan-rancangan tv yang popular, ekekek, tapi ye lah, bukan tak boleh nak expose diri, tapi buat lah berpada-pada ye. 

Bagi kita yang kurang mampu ini, buat ajalah akaun instagram ke, facebook ke, atau kalau yang suka menulis lebih panjang, buat lah blog (hah, provided readers you ramai lah kan), hmmm...boleh lah berkongsi cerita ataupun meluahkan perasaan.

Sebenarnya boleh aja nak berkongsi cerita atau meluahkan perasaan asal kan niat tu kena betul, bahasa yang digunakan juga kena sesuai dan kena tahu limit cerita yang ingin dikongsikan. Bagi saya, tanpa sedar, kita boleh melihat setiap post yang kita buat dan membuat analisa mengenai diri kita sendiri berdasarkan konsistensi setiap post yang dia buat. 

Sebagai contoh, akaun facebook yang tiada post seperti akaun saya adalah tidak boleh langsung dibuat analisa, maka, kita boleh buat conclusion yang saya adalah seorang yang sangat misteri

Macam post-post akaun facebook Dr Muhaya pulak, kita nampak lah dia sebagai individu yang macam mana. Infact, bagi saya, membaca post di dalam blog ini sendiri menceritakan tentang diri saya, the type of person I am.

Okay lah, itu ajalah pun...melalut ke sana-sini pulak dah. 

Sebelum saya tutup post saya hari ini, saya nak share conversation "bijak" saya dengan suami saya baru-baru ini di mana dia bergurau dan memberi cadangan seperti ini, 

"Cikbib, se Cikbib buat post macam ini "Saya rasa semua orang yang bekerja dengan saya di KK ni suka dekat saya sebab saya suka senyum"".

Ha ha ha ha ha, kan lawak statement tu, saya tahu suami saya perli saya sebab muka saya kan kurang manis. Dalam terkejut tu saya jawab "Haaa? Boleh, tapi kena ada tambahan macam ini "Saya rasa semua orang yang bekerja dengan saya di KK ni suka dekat saya sebab saya suka senyum...sila muntah semua"".

But it's a joke lah ye...jangan amik serious please. Saya tahu saya kena senyum lebih, dan sepetkan sikit mata yang bulat ni dan mungkin nipiskan sikit alis mata (haram though) bagi mengurangkan kemachoan muka saya ni. Tapi saya tetap bersyukur Allah telah mengurniakan muka macho ini, sebab saya yakin, dalam kemachoan tu, pasti ada kecomelannya, walaupun sedikit, amiiin.

Ok, have a nice day you alls.







Wednesday, November 11, 2015

Rabu, 11 November 2015

Assalamualaikum

Kabare? Di KK sekarang ni, sejuk. Saya siap tutup kipas dan pakai jacket, maksudnya, sejuk lah tu.

Di ofis sekarang ini, kami semua tengah sibuk buat evaluation, sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk officers. Masalahnya, kami sedang menggunakan sistem dan mungkin sebab terlampau ramai yang sedang menggunakan sistem tersebut, langsung hang, tak bergerak....tak nak stress, saya buka blog ni sekejap....

Kami ada 2 program besar sebelum berakhirnya tahun ini. Dan, kedua-dua program besar itu akan melibatkan orang-orang besar, semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik.

Saya juga ada program di HQ pada hari Isnin minggu depan (16 November). Sebab kami akan balik pada hujung tahun sebab ada kenduri, jadiknya, pemergian saya kali ini adalah tanpa di temani suami.

Ohh, satu lagi, hari ini genaplah 35 tahun ayah saya meninggal dunia. Al fatihah.


Okaylah...katapun nak break sekejap aja kan. Sooo...back to work...bubaiiiii


Monday, November 9, 2015

Isnin, 9 November 2015

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 9 November 2015. 

Hari ini saya masak cokodok pisang untuk breakfast and yeah, I remember to capture the moment...


And yeah, saya goreng cokodok pisang tu dengan menggunakan kuali Shogun kecil yang baru kami beli semalam. Rasa lega pulak bila guna kuali kecik...senang nak basuh sebab sink kita orang kan kecik. Kuali kecik itu juga menyebabkan dapur nampak kurang semak...alhamdulillah. 

Tapiiii, ada masalah storage la pulak sebab kami perlu simpan dua kuali lama yang kami ada tu dan tempat simpanan di "rumah kami adalah terbatas.

Sewaktu dalam perjalan ke ofis pagi tadi, saya ada berbual dengan suami dan antara yang dibicarakan adalah : "Shuk perasan tak, sekarang ni, post saya di blog mesti ada gambar dan hanya post melapurkan, sudah lama saya tidak mengupas isu dsb".

Dia jawab "Saya perasan, kenapa? Cikbib dah tak boleh menulis ke? Dah tak de pendapat ke?"

Macam lah saya menulis dan membuat kupasan secara serious, tapi sebelum ni memang saya suka menulis sesuatu yang berbentuk itu. And I tell you, walaupun pendek dan bentuk kupasan yang saya buat tidaklah cerdik sangat pun, tapi stilll...tidak mudah.

Sekarang ini pulak, mungkin sebab saya susah untuk fokus, adalah lebih mudah untuk saya buat post yang berbentuk "reporting". Yup, I write about what I do, where I go etcs.

Well, manusia berubahkan...mungkin selepas ini saya berubah jadi lain pulak...siapa tahu. Saya tak kisah berubah, asalkan kita berubah menjadi manusia yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, insyaa allah. 

wokeh...chow chin chow.


Sunday, November 8, 2015

Sunday, 8 November 2015

Assalamualaikum...

It's Sunday nite, 9.23 pm.

We are in a conflict now. Yup, both of us want to watch Gegar Vaganza and ASK...TV3 and ASTRO decided to feature both programmes at the same time...a very hard choice for us indeed.

Hey, how's your day? Ours was okay. We woke up early, went for our morning walk and came back and had breakfast at home...this is what we had today :


We had toast, half boiled eggs, grapes and chocolate drink....

After that, I prepared lunch straight. Yup ikan masak sambal...ada gambo jugeeee


Ha ha ha...ikan nye kelihatan kecil kok? Sebab kualinye besar sekali...kami baru beli kuali itu waktu balik KL untuk hari raya haji. Selama ini kami guna kuali biasa tu aja, tapi sejak tinggal di KK ni, kami kan selalu goreng ikan beso sikit, jadi non-stick kuali adalah sangat relevant. Kami terover excited waktu beli yang ni sehingga terlupa yang saiz kuali ini sangat beso untuk kami berdua...tapi tak pe, baru tadi kami beli yang saiz kecik sikit, jadi, this one will be put aside and use only when we have tetamu. 

Tadi, waktu pergi ke kedai "Kitchen Shop" kat Suria KK tu, kami ada nampak pulak dapur "RINNAI" yang dua stove tu. Sekarang ini, kami pakai dapur jenama Butterfly yang kami beli daripada "Sunny" Tg Aru dan salah satu daripada stove itu sudah tidak boleh hidup secara automatik. Kami berdua ni pulak, kalau pergi kedai-kedai yang macam Kitchen Shop tu, mula lah nafsu membeli tu memuncak dan rasa macam teringin nak beli dapur yang kononnya lebih presentable daripada Butterfly hijau yang RM50 tu kannnnn. Tapi tadi kami berjaya menahan nafsu...alhamdulillah. Tapiiii, bulan depan, tak tahu laggiiiiiii.

Lepas tu, kami pun balikkkk....solat dan sekarang, tengok tv. Esok pulak, kijeeee.

You all tahu tak, sebenarnya, kami sudah lama tak jog tau, the last time was before fasting month, haaa, dah berapa bulan tu. Dan semalam, kami mula semula dan hubby was a little bit too ambitious that we completed almost 5 rounds of the Perdana Park Tg Aru.

Andd, as a result of that, hubby melepek satu hari. Dia tidur lepas breakfast sampai petang, lepas tu malamnya dia tidur awal lagiiii....tapi alhamdulillah, hari ini kami menjadi lebih baik, nampak sudah boleh adapt sikit-sikit.

Semoga kami boleh lebih istiqamah selepas ini, insyaa allah.

Ok lah guys, sampai di sini dulu. Kepada yang sentiasa buka blog ini hari-hari, tapi disappointed bila tidak ada post baru, I am sorry guys. Mood hilang kadang-kadang, momentum pun hilang.

Wokey, have a productive days ahead...Stay positive!


Saturday, November 7, 2015

7 November 2015 - It's a Saturday

Assalamualaikum.

It's Saturday and we have just had our morning walk and breakfast.

We had our morning walk at Tanjung Aru Perdana Park and the sky were so blue, alhamdulillah.

I stopped to snap a photo. We can also see Mount Kinabalu from far clearly but I did not take any picture.


and yeah, this is what we had for breakfast this morning, instant roti canai, last week fish curry and half boiled eggs. Alhamdulillah...

Aihhh...ini lah dulu....dah basuh kain sat...


Wednesday, November 4, 2015

Tentang Skill Memasak Saya

Assalamualaikum.

Hari ini, 4 November 2015.

Cuaca di KK sekarang ini adalah hujan yang sangat lebat pada waktu petang dan cerah pada paginya. The nice thing is that, the rain chased away all the impurities and presented us with clear view of the mountains, the blue sky, the sea and the islands around. Alhamdulillah.

Cuaca pada malam hari juga adalah lebih sejuk dan kami tidak perlu memasang penghawa dingin. Cuaca di KK boleh menjadi sangat sejuk sekiranya ada ribut atau taufan yang menimpa negara-negara yang berdekatan seperti Filipina/Taiwan/Hong Kong. KK akan mendapat kesan-kesan tempias ribut/taufan tersebut.

Dan sayaa....masih macam itu lah. Sekarang ini saya masak hampir setiap pagi untuk breakfast dan bawa untuk makan di pejabat. Sebab kemahiran saya masak adalah terhad, makan menu yang disediakan pun adalah terhad juga...heeee....semuanya masakan Melayu yang simple.

Saya akan bangun pagi untuk solat Subuh pada jam 5.30 pagi dan berusaha dengan kuat untuk tidak tidur semula sebab kalu tidur kalu, semua yang dirancang tidak akan berlaku. Sekiranya tidak tidur, saya selalunya akan turun masak dalam jam 6.00 - 6.15 pagi dan masakan akan selesai dalam jam 6.45 pagi.

Menu nya pula adalah....cokodoq pisang kaaa, cucuq ikan bilis kaaa, nasi goreng kaaa (ini favourite sekarang), cucuq lemak manis kaaaaa, kuih pau segera kaaaa, haaa...basically itu ajalah pun. Kalau tak sempat nak masak, kami akan beli karipap dan teh tarikh dari kedai dan bawa makan di ofis. Kami suka minum di ofis sebab boleh baca surat khabar. 

Fasal skill memasak pulaaak, masih tidak bertambah lagi nampak gayanya. Selepas pandai masak laksa, saya tak de pun masak benda lain. Saya sebenarnya ada teringin nak masak kuih pau dan karipap, tapi belum sempat lagi. Saya juga ada beli kacang dhal sebab kononnya nak buat kuah dhal, tapi yang itu pun belum sempat lagi.

Itu ajalah pun updatenya. You all doakan yang saya boleh pandai masak kuih pau/karipap/kuah dhal tu ye...teringin sebenarnya...okayyy...di sini dulu



Sandakan, 20-23 Oktober 2015

Assalamualaikum.

Sekarang ini sudah jam 9.43 malam, hari Selasa, 3 November 2015. Sambil menonton tv, sambil update blog...

Saya ingin bercerita tentang perjalanan saya ke Sandakan pada 20-23 Oktober baru-baru ini.

Setelah sampai daripada KL pada malam sebelumnya, kami terpaksa bangun awal pula pada keesokan harinya kerana perlu ke Sandakan menggunakan jalan darat. Perjalanan ke Sandakan akan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan saya perlu berada di Sandakan pada jam 1 petang kerana ada program. And not forgetting that I have to wake up at 4.00 am to prepare nasi goreng...ha ha ha, ye laaaa, kut la lapar kan.

Sebenarnya jarak ke Sandakan tidaklah begitu jauh iaitu kurang daripada 400 km sahaja, walau bagaimanapun, oleh kerana jalinan jalan yang menghubungkan KK ke Sandakan adalah tidak begitu baik, maka jangkamasa yang di ambil adalah lebih lama. Satu lagi cabaran sewaktu perjalanan ke Sandakan adalah tiadanya proper RnR. Yup, mencari proper toilet may be a challenge also.

So, we started off at 5.30 am. I don't remember what really happened after that because I was already half asleep and only woke up when hubby was making noise. Yeah, he was excited because we were able to see Kinabalu clearly from our transport....alhamdulillah.



After that, we stopped to have some drinks at Ranau. I did not drink though, since I was trying very hard avoiding the toilet. After that, Saf (who drives) and hubby went to Ranau Market to get this special kuih (apam jawa).

 
Ranau's Market

Apam Jawa, perasa pandan, panas-panas tu

Ada perasa gula merah dan jagung juga....sedap.

We managed to arrive at around 12.00 pm, went to the hotel's toilet first and after that had our nasi goreng in the car. The checking in time is at 2.00 pm. After that, the guys sent me to the jetty because I have a visit to "Pulau Penyu" programme.

I hardly know the others so I just have to take my own photo...ha ha ha. It was too hot anyway and the journey to Pulau Penyu took us 40 minutes. Believe it or not, I managed to catch some sleep during this boat ride.

The boat behind us, altogether there were 4 boats

E S S C O M. Smart la depa ni, they look good in black. Bot tu pun hebat....

Ehhh...tak de pulak gambo sewaktu di Pulau Penyu tu. Di pulau ini, they breed penyu dan ada biawak juga...

Lepas tu, saya pun balik ke Hotel. Sesungguhnya, bila masuk aja dalam bilik, saya dah rasa macam nak pengsan aja....semuanya seakan berkumpul : letih/tension M datang + letih sebab aktiviti bertimpa sewaktu balik Semenanjung + the long journey to Sandakan + the heat when visiting Penyu Island.

Sampai aja di bilik, I terus tidur dulu dengan harapan I will feel better after that and can go out for dinner


The view from my room. I woke up a little later to bath and perform my Maghrib prayer. But since both hubby and I do not feel like going out anymore, we called Saf and told him that we are not going out, we were tired. We slept early....

The next two days were filled with meeting and visits while hubby took the opportunity to visit his long lost friend.

Heaven...hubby reading newspaper and at the same time enjoying the view

We took the opportunity to walk around Sandakan town after I came back from my second day visit. 

On the third day, we went to have ice cream...

And yeah, we enjoyed having some very delicious seafood but we did not do any shopping at all sebab malas. 

We went back to KK on 23 October. We enjoyed the experience in Sandakan and maybe if we go again, we should allocate some time to visit the orang utan at Sepilok.

Okay guys....berhenti di sini dulu ya...

Sunday, November 1, 2015

Balik Semenanjung, 16 Oktober-19 Oktober 2015

Assalamualaikum.

Hari ini sudah hari Ahad, jam 10.36 malam. Saya dan suami sedang menonton Gegar Vaganza.

Kami tak buat apa pun hari ini, hanya aktiviti bermalas di rumah aja. Paginya saya buat cokodok untuk breakfast dan malam nya saya buat kari, makan dengan nasi. 

Untuk post kali ini saya mahu menulis mengenai cuti pendek yang telah kami ambil pada 16-19 Oktober baru-baru ini di mana kami telah balik ke Shah Alam.


Sepatutnya kami berlepas pada jam 9.30 malam, tapi tiba-tiba, kami tunggu punya tunggu, rupanya flight telah delay ke jam 10.30 malam. Tapi alhamdulillah, saya ada bawa reading material, jadi masa tu tak de la rasa lambat sangat buat saya, tapi suami saya memang berbulu, ye lah, dengan perut laparnya, dengan dia tak boleh carik ayam nya...haaaa.

Oleh kerana stress sikit, hubby telah pergi sembur orang Air Asia tu...makkkk....saya takut nak tengok, tapi saya dengar aja dia buat bising, ha ha ha. Selepas dia meluahkan perasaan, dia datang balik kat saya dan cakap macam ini "saya dah cakap dah, saya cakap elok-elok aja". 

Ha ha ha, sudah laaaaaa.

Tapi, tak lama selepas itu, flight pun sampai dan kami pun kena beratur. Tapi, bila beratur tu, hubby bisik kat saya "saya tak nak beratur kat barisan sana sebab orang yang saya marah tu jaga barisan. Malu saya"

Ha ha ha ha ha.

Anyway, kami telah selamat sampai di rumah dalam jam 1.45 pagi. Kami terus bersihkan diri, solat dan tidurrrr.

-----------------------------------------------------------

17 Oktober 2015

Kami bangun, solat dan tidoq balik. Tapi sebab dah terbiasa bangun awal, kami tak boleh tidur lama sangat. Hubby pun sibuk lapaq, we woke up dan pergi minum di Cili Merah, Seksyen.

Kami makan macam-macam tapi saya ada gambar kuih yang ini...


You alls pernah makan tak? Nama kuihnya adalah tepung bungkus dan memang sedap. Suami saya makan sampai 3 ketul. 

Lepas itu, kami balik rumah, kemas-kemas sikit, mop sikit dan bersiap untuk ke rumah kenduri di Sri Kembangan. Sebenarnya ini adalah tujuan utama kami balik, yup, to attend the kenduri kahwin sebab dah lama kami tak attend kenduri kahwin.

Kenduri ini adalah belah keluarga suami saya...dan adalah sangat meriah sebab siap ada bunyi-bunyian (ha ha ha...saja aje guna perkataan bunyi-bunyian tu).

Let's share some picture lah ye...

Ada retis datang kenduri ni, salah seorang nya adalah jejaka ini, tengok la muka suami saya malu-malu nak tangkap gambo sama retis, control macho lah kononnya

Ohhh...inilah DJ, inilah penyanyi, inilah juga penarinya sebab dia suka buat pole dance, ha ha ha. Ntahla, sebenonya bising jadinya kenduri sekiranya ada hiburan yang macam ini yang menyebabkan kita malas nak bersembang. Tapi, sebab saya kena spend masa yang panjang di sini (dari jam 1.00 sampai 6.00 petang), mungkin elok juga ada dia ni, adalah benda yang nak di tengok dan didengar kan. 

Sebahagian daripada keluarga yang hadir


Yang ini adalah orang-orang penting, tuan rumah adalah yang paling kanan, yang berbaju kuning tu

Hubby with brothers

Group photo sebelum kami balik. Antara semua, kamilah yang paling jauh. Yang lain-lain tu ada yang dari Ipoh, ada yang dari Kulim...yang dari Kl....

Lepas tu, kami pun balik Shah Alam

Malamnya, kami ke rumah Gang lama, tapi tak de gambo la pulak. Kami bersembang sampai jam 1.00 pagi macam itu.

------------------------------------------------------------

18 Oktober 2015

Pagi nya kami ke Cili Merah lagi sekali untuk makan kuih tepung bungkus, heeee.

Lepas itu, kami ke pasar untuk beli barang yang perlu di bawa ke rumah Abang Hubby juga a few things yang mahu di bawa balik ke KK.

Kami balik semula ke rumah dalam jam 3.00 petang

Malamnya, lepas Maghrib, kami ke Sungai Buaya untuk berjumpa emak saya. Alhamdulillah, saya sempat berjumpa emak juga emak mertua saya kali ini...rasa legaaa.

Kami balik semula ke rumah dan sampai di Shah Alam dalam jam 12.00 midnite

-------------------------------------------------------

19 Oktober 2015

Kami pergi breakfast dan lepak di rumah sahaja. Flight ke KK adalah pada jam 9.30 malam. 

Sampai airport, sebab lapaq, hubby insist on having something before boarding

yeah, coffee.

Kami sampai KK dalam jam 11.30 malam. Bila sampai di rumah, kami settle kan apa-apa yang patut supaya dapat tidur awal sebab esoknya, kami kena keluar rumah dalam jam 5.15 pagi untuk ke Sandakan.

Tapi, sebelum itu, saya nak letakkan gambar favourite saya ni....

Haaaaa.....tengok tu, gambar enter frame yang paling "in" sekali, syabas wahai suami, I likeeee