Hari ke 3 ni dah tak de apa pun, kami kena check out dari Desa Balqis ajalah. Tapi, sebelum tu kami breakfast la dulu...
saya amik nasi goreng dan makan dengan ikan pekasam....alhamdulillah
kat dapur, depa tengah masak capati....meriah
Lepas makan, saya balik ke rumah saya dan start pack barang
Lepas tu, saya mandi dan angkat barang ke kereta. Sempat pulak singgah di rumah lagi satu tu...
Budak-budak perempuan ini adalah adik beradik/cousins. Depa ni baik sangat bila bersama, sopan aja bila main
Lepas siap kemas, kami checked out dan pergi ke Melaka....kami pergi Bandar Hilir dan beli barang-barang sikit, lepas tu terus balik.
Haaa...beratur macam rombongan cik kiah
Malamnya, kita orang makan di Restoran Wang Solo di Kg Baru...
Separuh daripada kami
gambar dari sudut yang berlainan
saya punya makanan, set ayam penyet...pedasss...saya suka.
Selepas itu kamipun berpecah dan balik ke rumah. Begitulah berakhirnya Family Day kita orang.....Moga Berjumpa lagi di tahun hadapan...
No comments:
Post a Comment