Thursday, September 25, 2014

Selai - Day 1

Baru-baru ni, saya berpeluang ke tempat seperti berikut :


Sebenarnya ada program team building, selama 3 hari 2 malam...

Kami bertolak dalam pukul 7.30 daripada Kl Sentral dan sampai dalam jam 11.00 di Bekok, Johor. Daripada pekan Bekok, kami perlu menaiki 4 wheel drive untuk ke Selai. Jumlah peserta adalah dalam 22 orang dan kami perlu menaiki 7-8 four wheel drive. Saya naik yang ini....


Haaa....yang kat belakang tu, bag saya lah tu. Perjalanan ke Selai mengambil masa lebih kurang 1 jam dan jalannya adalah mencabar...tercampak-campak kami di dalam kereta tu. 


Akhirnya sampaiiii.....

kena letak gambar ni sebab waktu saya amik gambar ni dia dah pesan "masukkan dalam blog tau Cikbib"....ekekekeke

kali ni saya nak letak juga gambo saya...kih...nampak macam pahlawan kan? kih kih kih

Lepas tu ada brief. Rupa-rupanya ada banyak air terjun kat sini, tapi, untuk pergi bukanlah senang . Kami juga diingatkan supaya menjaga tempat itu, jangan buang sampah, jangan petik petik bunga sesuka hati dan macam macam ingatan lain lah

haaa...lagi gambar waktu brief tu dari jauh pulak, ramai juga yang dah keluar dari tempat ni sebab panas, tak de aircond kan

Lepas brief, kami makan...nasi ayam. Pengalaman makan di sini memang lah hebat....lagi sedap dari makan kat hotel. 

Gambar di atas adalah gambar beratur untuk makan

gambar kami makan

Ini bilik saya yang perlu di share dengan sorang kawan lagi. Dah lama betul saya tak share bilik dengan orang lain

lagi gambar bilik

and, the most important thing...yeah, clean toilet

gambar dari balkoni bilik saya.....

lagi satu

yang ni gambar bilik/chalet sebelah. Sebelah sana tu adalah tempat makan kami

Haaa...ini gambar selepas minum petang kut...saya pun dah lupa. Tapi minum petang dia sangatlah marvellous (lupa amik gamba though). Ada cucur ikan bilis dan ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis yang thorrrbaik. Super sedap.

Lagi satu...kami nak capture gambar kabus kat belakang tu sebenarnya

Lepas tu, kami sempat lepak sat, mandi, solat dan bersedia untuk program malamnya 

Ini dinner saya, sebab banyak sangat makan cucur dan ubi kayu, saya skip nasi waktu makan malam, saya rasa takut nak makan

Kami ada satu sesi yang di panggil "Samurai Warrior" pada malamnnya. Pasukan saya tak menang pun, tapi we had fun.

Waktu nak tidur pulak, walaupun tak de aircond, kami dua-dua menggeletar dalam bilik sebab hari sejuk. Saya bangun dua kali sebab sejuk sehingga akhirnya saya kecik kan kipas tu jadi 1 aja. Kawan saya yang lain ada yang siap tutup langsung kipas.

Okay, end of day one, to be continued ye


No comments:

Post a Comment