Sunday, September 7, 2014

Perasan Baik??

Saya baru aja masukkan dua post tadi...sambil sambil menonton AF...

Saya terasa macam perlu untuk warm up, tulis sesuatu yang ada dalam fikiran supaya selepas ini saya dapat terus menulis...simply because I love to write, but I can't seem to write lately.

Saya baru menonton satu filem ni sekejap tadi...saya tak la kusyuk sangat tengok tapi ianya adalah mengenai seorang askar Amerika yang meninggal dunia dan seperti biasa, waktu funeral, adalah speech yang menceritakan kebaikan orang yang meninggal ni kan...

Bukan apa, it just makes me wonder...apa yang orang akan kata mengenai saya apa bila saya meninggal nanti kan? You all ada terfikir tak?

Kebetulan saya ada bercakap dengan hubby waktu breakfast tadi. Saya ceritalah kat tokbomo yang mungkin tak saya buat kesilapan dengan berterusan merasakan diri saya ni sentiasa betul dan adalah terbaik. 

Kita mungkin buat kesilapan tu kan? Semua orang mungkin akan buat kesilapan ini...kita mungkin terlampau fokus dengan kebaikan kita dan lupa dengan kelemahan/kesilapan kita.

Saya juga telah meminta tokbomo menegur saya sekiranya saya lupa diri...heeee....dia kan penyokong kuat saya.

Saya juga berharap yang saya dapat menyumbangkan sesuatu yang positif kepada keluarga saya, tempat saya bekerja, masyarakat di sekeliling saya...insyaa allah.

Semoga kita jadi orang yang baik kan? Tapi bukan perasan baik...ekekkekeke. 


No comments:

Post a Comment