Tuesday, September 30, 2014

Inilah Hasilnya

Semalam, saya sampai rumah lewat sedikit sebab hari hujan dan jalan jam.

Saya perasan yang sewaktu sampai tu, hubby macam berpeluh-peluh aja...saya tak tanya pun kenapa tetapi telah bergegas naik ke atas untuk solat Maghrib. Sampai aja kat bilik, tu diaaa...yes, tokbomo dah siap kemas bilik dan pasang side table dan lampu yang kami beli kat IKEA hari Ahad baru-baru ni.

Tokbomo kata, susah juga nak pasang side table yang pertama tu, berpeluh-peluh juga lah. Tapi lepas tu, yang ke dua tu was slightly easier lah. 

Saya suka lah you alls dengan hasilnya...sungguh menceriakan hati saya lah lampu-lamput tu....mari tengok gambar ye

Saya tangkap gambar sebelum...yup, kami dah ada lampu macam ni sebelum ini, dari IKEA juga

Tapi kami memang mengimpikan side lamp yang macam ni, dekat 4-5 tahun kami pendam impian ni atas sebab budget dan lain lain. Tapi alhamdulillah, waktu kami pergi IKEA baru-baru ni, kami dapat beli lampu ni dengan harga yang lebih murah....

Ini gambar lampu daripada dekat. Lampu ni sebenarnya model tahun lepas, dan telah dijual dengan lebih murah pada tahun ini. Ada satu lagi model baru yang lebih moden dijual, tapi kami suka lampu ini, especially gaya bila nak buka lampu adalah dengan menarik tali tu which both of us rasa macam comel aja

Akhir sekali, lampu dengan side table..

Okkk....tu aja....bubaiiii

Sunday, September 28, 2014

I K E A & V I C C U D A - Re-Visit

Hari ni, 28 September 2014.

Kami bangun pagi, kelahi sikit sebab saya lambat siap, pergi untuk kami punya morning walk di Tasik, breakfast di Belanga, balik mandi dan bersiap ke IKEA.

Dalam nak pergi awal tu, kami hanya keluar dalam jam 10.45 pagi dan sampai di IKEA dalam jam 11.15 pagi dan kami dapati semua tempat letak kereta di IKEA sudah penuh. 

Sesungguhnya saya sudah rasa nak give up, tapi takut nak cakap dekat hubby, jadi saya diam aja, biar dia buat keputusan. Kami decided to stop at one place and waited for a while, tapi bila tiada hasil, kami nekad untuk keluar dan cari parking di bangunan sebelah.

Tapiii, waktu kami nak pergi ke machine bayar parking tu, ada pulak tempat yang orang baru nak keluar, so, rezeki kamilah dapat tempat parking di situ.

Sewaktu kami baru nak masuk ke dewan pameran, kami nampak barisan orang yang beratur di kaunter bayaran adalah sangat sangat panjang. Sesungguhnya saya dah nak give up lagi sekali sewaktu saya tengok barisan yang panjang itu, yup, saya rasa macam nak balik, tapi saya takut tokbomo marah, saya ikut ajalah. 

Saya takut sikit sebab pagi tu dia dah bengang dengan saya dan sayalah yang initiate untuk pergi re-visit tempat ni, walhal kami sudahpun pergi tempat ini minggu lepas. Saya jugalah yang telah bising-bising dan cakap "nak periuk", "nak periuk" dan lampu untuk diletakkan disisi katil bilik tidur kami. 

Untuk lampu tu, kami dah lama bertangguh nak beli sebenarnya sooo....saya takut nak cakap..."lain kali aja kita beli boleh tak"...hubby sure tak suka sebab saya waktu tu aja kata tak nak beli, tapi bila balik rumah asyik bercakap, naik rimas dia.

Sooo...let's proceed Cikbib, jangan sekali berundur.

Kami beli banyak...beli periuk yang saya nak waktu pergi last week, beli pisau, beli chopping board, beli tisu, tempat letak tisu tu, beli tempat kukus tu, beli lampu dua dan tempat letak lampu tu...

Semua benda benda tu tak mahal tapi bila dicampur campur, jadi banyak la jugak. Saya rasa macam tak sure pulak sama ada saya telah membuat keputusan yang betul atau tidak dengan membeli benda-benda tu...ye lah, takut membazir kan. 

Tapi bila saya luahkan rasa tak pasti tu, tokbomo terus cakap "dah lama dah kita nak beli kan, beli aja lah cikbib"

Kami juga tengok orang lain membeli dengan hebatnya...banyak duit betul dia orang ni

Soo...ada gambar sikit.....

Haaa...itu lah bendanya yang kami beli

close up....

untuk membayar, kami kena beratur panjang....dekat setengah jam kami beratur

ada kerusi kat situ jadi tokbomo suruh saya duduk dan dia beratur, waktu ni tokbomo dan jauh kat depan tu, dah dekat dengan kaunter bayaran

Kami habis bayar semua dalam pukul 2.00 petang dan sudah lapar. Teringin juga nak makan aiskrim kat situ tapi sebab ramai sangat orang, kami cancel.

Kami mengambil keputusan untuk ke Viccuda di uptown yang sudah lama tidak kami lawati...dulu tempat ini adalah tempat favourite kami kalau nak makan tomyam...so...let's go

air kami....tembikai dan tembikai laici

tak tau lah kenapa hubby sampai tutup mat macam tu...heee, dia tengah rasa tomyam tu

Kami ambil tomyam campur, daging masak pedas

tomyam dan ada juga kailan ikan masin.

Seronoknya makan...he he he he he he...macam mana la nak diet kan

Lepas tu kami balik, solat semua dan tidur. Bestnya tidur sebab hari hujan.

Bangun tidur, kami dua-dua lapar. Saya telah masak cucur bawang/ikan bilis bersama teh O...seronoknya makan (lagi sekali, miahaahah, dasar suka makan).

Dan sekarang, saya tengah tengok AF sorang-sorang sebab hubby keluar dengan kawan

Selai - Hari Terakhir

Bangun aja pagi hari ke 3 ni, saya sudah ada mixed feelings. Saya excited sebab boleh balik, jumpa tokbomo. Tapiii, saya dan juga sedih...sedih juga nak tinggalkan tempat tu. 

Perkara yang paling saya suka dengan tempat ini adalah airnya yang sejuk...saya suka mandi air yang sejuk sejuk macam tu.

Kami ada sessi pagi...lepas tu kami balik bilik, mandi dan pack barang. Lepas tu kami lunch. Waktu lunch tu ada pulak cokodok pisang...hmmm...sedap

tengok gambar cokodok tuh...sedap kan?

lunch pulak, depa hidang nasi jagung. Ada sorang kawan ni telah skip lunch sebab dia telah termakan 3 pinggan nasi goreng pada paginya...ekekekek...nasi goreng waktu breakfast tu memang sedap, ditambah pula dengan sambal tumis yang marvellous...

saya letak lagi gambar tempat makan ni...we had a nice time here lah

amboiii...kawan saya ni bila saya suruh aja dia pose, terus aja dia bergaya

Lepas makan, kami tunggu kenderaan 4 wheel drive untuk ke Bedok....kami naik kereta yang sama dan menikmati "keseronokan" apabila melalui jalan yang penuh mencabar tu.

Sampai di Bedok...bas sudah menunggu

gambar dalam bas

gambar bas kami

Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan balik ke KL.....Berakhirlah kisah saya dan Selai...

Friday, September 26, 2014

Selai - Day 2

Hari ke 2 di Taman Negara Endau Rompin.

Bangun pagi, kami dua-dua menggeletar dan macam takut nak mandi...he he he. Tapi sesungguhnya sangat seronok mandi air sejuk ni.

Sesi pagi bermula pada jam 7.00, jadi kami keluar dalam jam 6.45 macam tu. Kami buka aja pintu, rasa macam best...nampak kabus dan terasa kesejukan di hutan. Sila lihat gambar di bawah ye..



Kami ada sedikit brief tentang kesihatan dan senaman pada pagi itu, dan selepas itu ada sessi bersenam, breakfast dan seterusnya masuk hutan

bergambar sebelum masuk hutan. Kami sibuk sapu minyak la, sembur ridset la, untuk elakkan pacat/lintah

rupa-rupanya dekat belakang chalet tu ada sungaiii...bestnya sungai tu, tak pe, bergambo dulu

saya dah jatuh cinta dengan sungai ni

sukerrrr

gambar boss

Banyak sessi mengusik dan bergurau di sini. Kalau kat office, soheh tak sempat
  
Kami nak pergi Takah yang paling rendah, lupa pulak namanya..kasi beso sikit gambar saya ni...ekekeekek....ini saya punye blog kan

dengan NH

Yup...di depan trail tu...mencabar juga sebenarnya trail ini 

Kami melalui denai, jalan-jalan yang mencabar juga memanjat air terjun dan sesungguhnya adalah agak mencabar....alhamdulillah sampai

kawan saya suruh saya bergaya macam ini bila sampai.....sebenarnya nak tangkap gambar air terjun di belakang tuh 

haaaa....macam itulah air terjunnya...kat bawahnya ada kolam


  
 
Haaaaa.....ini kolamnye...tapi kami perempuan decided to turun dulu ke bawah....orang lelaki aja yang mandi kat sini 
  
orang perempuan decided to turun dulu 

dan bergambar di sini


dan di sini....we should be proud that we managed to reach one of the waterfall...bukan semua orang ada rezeki nak experience benda ni
 

dan mandi di sungai kat bawah tu...airnya sangat sejukkk. Ada lelaki seorang yang di belakang tu adalah penjaga kami...baghuih dia tu, sabor aja dengan kita orang yang banyak juga ragamnya

Lepas tu, kami balik, mandi, solat, makan dan ada sesi petang. 

Malamnya ada BBQ


Bagus depa ni masak, semua sedap.


menu....ada nasi goreng, coleslaw, kentang goreng, ayam, ada ikan juga...dan sedappppp.... 

kami....

Lepas tu, ada show di mana kami semua telah diberikan watak. Tau tak saya kena jadi siapa? Haaaa...saya kena jadi Mas Idayu tau...fail betul la saya waktu tu 


Sebab semua fokus tengok show, langsung tak de gambar kami buat persembahan (nasib baik...phewww)

Lepas tengok buat show, kami ada supper dan bersembang. Kami juga sempat ada karaoke session (orang lain la yang nyanyi) dan selepas tu semua pakat nak tidur sebab penat masuk hutan waktu siang tu masih belum habis.

End of Day 2

Thursday, September 25, 2014

Selai - Day 1

Baru-baru ni, saya berpeluang ke tempat seperti berikut :


Sebenarnya ada program team building, selama 3 hari 2 malam...

Kami bertolak dalam pukul 7.30 daripada Kl Sentral dan sampai dalam jam 11.00 di Bekok, Johor. Daripada pekan Bekok, kami perlu menaiki 4 wheel drive untuk ke Selai. Jumlah peserta adalah dalam 22 orang dan kami perlu menaiki 7-8 four wheel drive. Saya naik yang ini....


Haaa....yang kat belakang tu, bag saya lah tu. Perjalanan ke Selai mengambil masa lebih kurang 1 jam dan jalannya adalah mencabar...tercampak-campak kami di dalam kereta tu. 


Akhirnya sampaiiii.....

kena letak gambar ni sebab waktu saya amik gambar ni dia dah pesan "masukkan dalam blog tau Cikbib"....ekekekeke

kali ni saya nak letak juga gambo saya...kih...nampak macam pahlawan kan? kih kih kih

Lepas tu ada brief. Rupa-rupanya ada banyak air terjun kat sini, tapi, untuk pergi bukanlah senang . Kami juga diingatkan supaya menjaga tempat itu, jangan buang sampah, jangan petik petik bunga sesuka hati dan macam macam ingatan lain lah

haaa...lagi gambar waktu brief tu dari jauh pulak, ramai juga yang dah keluar dari tempat ni sebab panas, tak de aircond kan

Lepas brief, kami makan...nasi ayam. Pengalaman makan di sini memang lah hebat....lagi sedap dari makan kat hotel. 

Gambar di atas adalah gambar beratur untuk makan

gambar kami makan

Ini bilik saya yang perlu di share dengan sorang kawan lagi. Dah lama betul saya tak share bilik dengan orang lain

lagi gambar bilik

and, the most important thing...yeah, clean toilet

gambar dari balkoni bilik saya.....

lagi satu

yang ni gambar bilik/chalet sebelah. Sebelah sana tu adalah tempat makan kami

Haaa...ini gambar selepas minum petang kut...saya pun dah lupa. Tapi minum petang dia sangatlah marvellous (lupa amik gamba though). Ada cucur ikan bilis dan ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis yang thorrrbaik. Super sedap.

Lagi satu...kami nak capture gambar kabus kat belakang tu sebenarnya

Lepas tu, kami sempat lepak sat, mandi, solat dan bersedia untuk program malamnya 

Ini dinner saya, sebab banyak sangat makan cucur dan ubi kayu, saya skip nasi waktu makan malam, saya rasa takut nak makan

Kami ada satu sesi yang di panggil "Samurai Warrior" pada malamnnya. Pasukan saya tak menang pun, tapi we had fun.

Waktu nak tidur pulak, walaupun tak de aircond, kami dua-dua menggeletar dalam bilik sebab hari sejuk. Saya bangun dua kali sebab sejuk sehingga akhirnya saya kecik kan kipas tu jadi 1 aja. Kawan saya yang lain ada yang siap tutup langsung kipas.

Okay, end of day one, to be continued ye