Tuesday, April 29, 2014

Cuti yang tak berapa menjadi

Sabtu lepas, kami pergi makan kenduri di Ulu Yam...lepas tu, kami ke Sepang...first time saya sampai Sepang...dan kami bermalam di Avani Gold Coast....

Kami sampai dalam pukul 4 petang, dengan belum solat zohornya...tu diaaaa....lepas checked in, kami terkocoh-kocoh masuk bilik dan solat...jom la tengok gambar yang ada dalam handphone saya. Yang di dalam handphone hubby, belum di transfer lagi.

Yang atas ni, bilik kami, nombor 027

Masuk belah kanan, katil.. dua single bed yang di combine...yang ada pintu nampak cermin tu, adalah toilet.

depan pintu masuk, ada sliding door ni...this is the best part lah rasanya, yup, bila bilik dikelilingi air...it's a good feeling

sebelah kiri pintu masuk, ada sofa tu...ini gambar tok bomo solat

Yang atas ni gambar tok bomo kat balcony...yang ni memang best...kalau bawa bekal makan kat sini mesti lagi best.

Kami ada gak kelahi sikit kat sini sebab hubby tak bawa camera...macam mana nak tangkap gambar berdua kan...aish

Lepas tu, kami lepak, minum teh, makan kacang putih, baca surat khabar, tengok internet, facebook dll. Sehinggalah senja...kami menikmati ini...


Yeah...sunset...

Lepas tu, kami solat Maghrib dan pergi dinner. Kami nak cari ikan bakar lah kan. Tapi, dengan takdir tuhan, tiba tiba hubby sakit perut...gastrik dia datang balik. Adoiiii...

Kami order makan, tapi tiba tiba makanan datang lewat...aduhhh, stress nya. Bila makanan datang, terus makan cepat-cepat dan balik hotel.

Bila sampai hotel, kami solat dan hubby terus sakit...dia tak tidur sepanjang malam....

Esoknya, walaupun tak sakit perutdah, hubby masih tak larat. Saya pergi aja breakfast sorang-sorang dan kami checked out. 


Waktu kami checked out tu, punya la ramai orang

Waktu balik, kami gunakan jalan Banting, sebab hubby tak larat, saya kena drive la.

Kami singgah di Morib...beli keropok lekor dan lepak bawah pokok


Hubby tetap nampak macho walaupun lembik tak larat dah tu...mih mih mih


Sambil sambil tu, kami tengok orang main layang layang.

Kami teringin nak ambil gambar berdua, tapi tak jumpa sesiapa untuk dijadikan mangsa tangkap gambar kami..heee

Lepas tu...kami balik rumah....hubby kata "inilah cuti yang paling tak best sekali, infact, kami tak rasa pun kami nak pergi hotel tu lagi...heee"

Itulah yang dinamakan kita merancang, tuhan yang menentukan...tak pe, kami ada plan baik punya bulan May ni. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik...insyaa allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, semoga engkau mengembalikan pandangan mata Imran Ya Allah...amiin


Friday, April 25, 2014

Hari Jumaat dan Cerita Sakit Perut

Hari ini saya datang kerja mengenangkan dua kesalahan yang telah saya lakukan semalam...tak sebesar mana pun, tapi mungkin hormone tak stabil kut...rasa geram dengan diri sendiri. Siap doa minta lupakan kesilapan tu, dan minta saya tak ulang lagi kesalahan yang sama.
 
Dalam fikiran juga ada macam-macam, antaranya adalah rancangan bagaimana saya perlu menyiapkan banyak benda...tapi, alhamdulillah, tuhan tunjukkan jalannya...nampak macam banyak yang akan selesai..Hari Jumaat memang selalu macam ini, ingat nak relax, tengok-tengok hari Jumaat lah banyak kerja ad-hoc.
 
Semalam juga, saya telah melalui satu lagi sesi menemuduga calon untuk bekerja di organisasi saya. Caranya adalah calon-calon telah datang berjumpa dengan saya dan bertanya 3 soalan dengan saya. Mereka kemudiannya di kehendaki untuk melaporkan apa yang mereka dengar daripada saya saya. Tulisan itu kemudiannya dihantar kepada saya untuk di "evaluate".
 
Sesungguhnya ada banyak perkara yang bermain-main di fikiran apabila saya melakukan tugas ini. Saya berfikir sama ada saya layak untuk pilih orang, sama ada saya memberikan markah yang betul, adakan saya berlaku adil...hmmm. Tapi akhirnya saya malas fikir dan niatkan buat kerana Allah...saya ikhlas, kalau salah...tolong tunjukkan...haih...tak macam Senior Deputy Director kan? Kena pergi kelas motivasi balik saya ni.
 
Berbalik kepada sesi interview semalam, no doubt mereka adalah lebih baik, maklumlah, mereka sudah masuk ke saringan ke 2 kan. Mereka boleh bercakap dan ada idea...hmmm..lega sikit saya rasa, he he. Memang ada yang saya recommend...yang saya rasa layak...semoga ada rezeki mereka, insyaa allah.
 
Saya harap hubby sihat hari ini sebab semalam dia sakit perut. Sebab tak tahan, hubby siap pergi klinik pada hari Rabu malam Khamis tu, dalam pukul 2 pagi kut. Dia pergi sorang-sorang sebab saya dah tidur.
 
Sewaktu dalam perjalanan ke klinik, polis ada buat road block dan hubby telah di tahan polis.
 
Polis tu tanya "Encik nak pergi mana?"
 
Hubby jawab "Saya nak pergi klinik Tuan, saya sakit perut, kalau Tuan tak percaya, Tuan pegang perut saya, keras ni"...hih
 
Lepas tu, polis tanya balik "Kalau sakit, kenapa memandu?"
 
Hubby jawab "Isteri saya dah tdo Tuan, saya bangunkan, tapi dia tak jaga"..
 
Polis tu terus lepaskan hubby pergi.
 
Jumpa Dr, Dr kata itu adalah symptom gastrik. Dr kata, hubby kena pastikan yang dia tidak makan 2 jam sebelum tidur and that explains why hubby was having the pain when he ate lauk kari mak pukul 1.oo pagi waktu kami balik Chemor baru-baru ni.
 
Dr juga nasihatkan supaya tidak makan daging dan makanan berminyak...
 
Tapi Dr juga ada tanya berapa umur hubby...dan bila Shuk jawab Dr terus cakap "janganlah nak tipu saya, tak kan umur tua macam tu kut"...maksudnya, Shuk tu awet muda laaa....senyum-senyum Shuk cerita...dalam sakit-sakit perut tu, sempat merasa bangga atas keawetan kemudaannya...he he
 
Anyway, semoga Shuk sembuh, selamat bercuti semua...







Wednesday, April 23, 2014

After the hectic days

The Division was very busy since last week. We had programmes with Minister on Monday and yesterday, we had to manage an event where Tun D a i m was the guest speaker. Due to that, the division is rather quite today, I think everyone even my boss is taking it slowly, to recover. And as for me, I am tired and sleepy.
 
Yesterday was the first time that I have ever heard Tun D a i m speaks. Hmmm, his voice was very soft that I was having some difficulties to listen and understand. And, he has a text prepared and was reading the text while presenting (unlike C h e d e t).
 
Since I was part of the organizer, I could not really focus but the one thing that I can remember was on "kita kena tekankan kepada anak-anak kita untuk berjaya, bukan untuk kaya. Sekiranya kita berjaya, insyaa allah kita akan menjadi kaya".  Make sense kan?
 
Saya telah menjadi panel penemuduga untuk pengambilan seramai 9 pegawai baru di organisasi saya baru-baru ini. Walaupun kekosongan hanyalah 9, bilangan yang memohon adalah 500 orang...
 
Semasa sesi temuduga, setiap calon telah diberikan 8 tajuk dan mereka diminta untuk memilih satu tajuk dan bercakap selama 4 minit mengenai tajuk tersebut di dalam bahasa Inggeris.
 
Tajuknya tak de lah senang, banyak mengenai ekonomi...agaknya kalau saya kena cakap, saya pun tak tahu nak cakap kut..heee. Sian budak-budak tu. Bila saya interview mereka, terbayang saya dengan anak-anak sedara saya...besar cabarannya untuk mereka mencari kerja nanti...agaknya adalah lebih baik untuk mereka mula memikir tentang perniagaan yang sesuai untuk mereka ceburi sejak dari sekarang. Tanam sikap suka berniaga dan berdikari.
 
Antara kesilapan yang saya dapat lihat daripada candidate adalah :
 
1) Salah pilih tajuk. Mereka pilih tajuk yang susah, yang kami panelist memang expert on economy lah kan (konon) sedangkan ada tajuk yang saya rasa lebih simple dan mereka lebih tahu daripada kita orang, tapi mereka tidak pilih. Mereka berebut-rebut mahu bercakap mengenai Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi..geram saya.
 
2) Kekangan Bahasa. Yup, mereka kena berbahasa Inggeris...dah la tak tahu topic, macam mana pula nak goreng kalau bahasa inggeris tak boleh cakap...
 
3) Kelemahan untuk "put accross" idea yang ada. Mungkin semua pun panic kan. Sepatutnya boleh aja mula-mula buat definition on the title, buat lah panjang-panjang sikit dan lepas tu baru hurai sikit-sikit. Sebenarnya idea interview ni hanya nak tengok whether candidate boleh bercakap atau tidak...tapi kalau nak buka mulut pun susah...macam mana nak evaluate kan?
 
4) Tak de self confidence...kecuali ada seorang budak lelaki yang comel ni...
 
5)Terlampau merendah diri. Saya sian tengok seorang budak ni di mana, sewaktu memperkenalkan diri, dia asyik cakap "only". Sebagai contoh ..."my CGPA is only 2.5". Mak aiii...be proud of yourself la kan, kalau 2.5 pun, cakap dengan "proud" nya. Lepas tu kelentong lah kan, kata "do not evaluate me only on my result because I can do a lot more"...
 
6) Kena banyak membaca....you have no choice if you want to be able to achieve such interview...sebab soalan mengenai Malaysian Artists ataupun Korean Artist hanya akan keluar sekiranya anda ingin menjadi wartawan hiburan...atau program rancangan hiburan...
 
Saya sebenarnya merasa sedih melihat budak-budak ni. Sian bila tengok mereka yang ada ijazah dalam bidang ekonomi, bekerja sebagai kerani di pejabat peguam atau syarikat-syarikat dengan gaji serendah RM1,200. Rasa nak menangis saya dengar. Duduk Kl pulak tu...
 
Tapi bila nak pujuk diri, saya akan kata balik...dah suruh membaca, tak nak, suruh improve English, tak nak juga...macam mana kita nak membantu mereka sekiranya mereka sendiri tidak mahu membantu diri mereka sendiri kan?.
 
Tapi kalau di tengok dari sudut yang lain...bumi allah ni kan besar dan pasti ada ruang untuk mencari rezeki untuk mereka yang berusaha. Mesti ada kerja yang sesuai dengan kita kan? Atau berniaga ke?...Sekarang ni, dari sekolah lagi kena cari bidang yang sesuai dan relevant untuk kita mencari rezeki...itu saja...jumpa lagi














Sunday, April 20, 2014

Sebelum ke Jeddah

Ini kisah keluarga belah Chemor.

Kami ni jenis kurang penyabor semuanya, semua nak cepat, semua tak suka lama-lama, semua pemalas nak initiate something, semua malas nak jadi ketua...tapi I would saya, kami ni okay juga sebenarnya....dengan cara kami yang tersendiri.

Baru ni 4 April, hubby dan saya balik ke kampung. Tujuannya ialah untuk mengambil emak saya yang dijangkakan akan pergi mengerjakan Umrah pada 10 April.

Waktu kami sampai di kampung pada jam 1 pagi, walaupun tidak dirancang, tengok-tengok ada 3 kereta sudah sampai terlebih dahulu...yup, abang, kakak dan anak sedara saya sudah sampai terlebih dahulu, walaupun tiada dalam rancangan. 

Waktu kami sampai tu, semua orang dah tidur, tapi tengok tengok ada gulai kari kat dapur, terus panaskan dan makan nasi la pulak, maklum lah, kari kan....hubby lovesss curry


Walau bagaimanapun, pada pagi esoknya, saya terpaksa mencari klinik selepas subuh kerana hubby sakit perut...soooo....saya pun tak pasti macam mana arrangement untuk makan pagi. Tapii, bila sampai di rumah, memang dah ada makanan pun...rasanya abang saya ataupun anak dia yang pergi beli makanan.

Kami makan, sembang-sembang dan dalam jam 11.00, saya bertolak ke Shah Alam balik. Bukan apa, orang orang di KL/Shah Alam pun nak jumpa opah juga. 

Tapi kami ada buat group photo sebelum bertolak....kenangannnn. Waktu salam itu, adalah sessi nangis nangis juga....hiksss

Hubby tetap nampak ceria walaupn sebenarnya dia masih sakit perut. Kakak yang pakai tudung biru tu sebenarnya adalah jiran emak saya di kampung. Dia banyak tolong emak saya di kampung. Dia tolong bersihkan kawasan rumah, tolong belikan barang-barang di pasar, dan kalau ada apa apa hal, dia akan telefon kita orang....penting tau dia ni sebab emak saya kan tinggal seorang. Budak yang pakai songkok itu adalah cucu kakak tuu.

Yang atas ni gambar emak saya duduk di belakang kereta saya sewaktu dalam perjalanan. Tengok la baju mak saya tu, punyelah striking, rupanya kakak saya yang dari Terengganu tu belikan...heeee....

Kami hantar emak pergi ke rumah Mek Yah, dia akan tidur di sana sebab rumah saya terlampau sunyi dan tak de menda yang nak dibuat. Di rumah Mek Yah meriah sikit...anak-anak Mek Yah kan meriah.

Lepas tu, kami bawa mak pergi SACC Mall sebab emak saya nak beli kasut...gambar kat bawah ni Mek Yah amik secara sembunyi waktu kami makan...he he he

Okay juga kan kasutnya, emak pakai terus...semoga emak selesa pakai kasut ni...

Lepas beli kasut, kami pergi belikan emak tudung baru...terus pakai jugak, hi hi hi
Alamak, termasuk pulak gambar orang kedai tu, dua dua gambar telah diambil oleh Mek Yah dan Ainaa

Lepas tu, kami pergi minum di cafe yang opposite kedai Clarks di SACC Mall tu. Kita orang makan pastries, nasi lemak dan minum coffee. Mak saya kata kopi tu sedappp...tak pe ye mak, ada rezeki, nanti balik dari umrah, kita orang bawa mak pergi minum lagi.

The next day, kami buat makan-makan di rumah saya...heeee...MeK Yah yang beli nasi Arab, tapi buat di rumah saya....tujuan utama kami buat adalah kerana abang dari Sg Buaya nak mai, anak sedara juga nak mai...sooo...let's buat sekaligus

Malangnya, sebab sibuk ke sana ke sini, kami lupa nak buat group photos...tak pe la, saya ambil gambar yang terbaik yang ada yeee

Ada kek...sebab bulan tiga, terpaksa lah letak untuk bday saya kan...depa tak tau yang bday Shuk dan anniversary kita orang juga di bulan tiga

Kamiii....malu malu sikit sikit


Saya dengan Mek Yah memang teringin nak makan bersama dalam talam...heee...nasi Arab ni kan, rasa macam senang aja masuk ke dalam mulut....macammm....masukk banyak, tapi tak kenyang kenyang....

Hazim, Ari dan Encik Ghaz...

Abang Hab and family, 4 orang ni telah habiskan setalam...bagusss

_____________________________________________________________________

Seterusnya adalah pada hari Rabu, 9 April 2014...kami beramai ramai ke LCCT. Flight ke Jeddah adalah pada jam 2.30 pagi, 10 april 2014.

Ramai juga, kami dan Mek Yah, Kak Cik dan Family, juga Kak Lina, Huda dan Jiha. Ada gambar...

Gambar di luar sebelum masuk...

Sementara menunggu, kami duduk di sini dan order 4 jenis air untuk di kongsi beramai ramai....Opah kata airnya sedapppp...my mother loves chocolate drinks...

Dan ini adalah gambar sebelum kami say good bye....selamat menjadi tetamu Allah

Sebenarnya emak saya agak risau sebab kakinya tidak berapa kuat. Sewaktu di airport, dia asyik meminta kami semua berdoa semoga kakinya tidak sakit....kami doakan mak...don't worry



Ehh...yang pergi sebenarnya adalah emak saya dan dua orang cucunya, Malena dan Ari...gambar ni bila dia orang dah nak masuk departure hall

Dannn....insyaa allah esok emak saya akan pulang dari Makkah....cerita ni dah lama benar saya simpan...he he he

Itu saja dulu....

Friday, April 18, 2014

Karpal Singh dan Che Det

Semalam, sewaktu saya memandu ke pejabat, saya dikejutkan dengan berita yang Karpal Singh telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan...terus telefon hubby untuk bagitahu.
 
Sampai ofis, dalam sibuk sebab kena pergi ke M a T r a d e, saya sempat buka blog sendiri dan terperanjat sebab setup sudah berubah. Berlainan sungguh setup nya, thank you hubby!
 
Semalam saya sekali berkesempatan mendengar Che Det bercakap...isu yang dibangkitkan semalam adalah macam mana untuk mengatasi masalah peningkatan kos dalam menjalankan business. Che Det cadang satu aja iaitu meningkatkan produktiviti. Macam mana nak meningkatkan produktiviti? Cadangannya adalah :
 
i) dapatkan pekerja yang baik - train them
 
ii) adapat cara kerja yang lebih efficient
 
iii) sekiranya ada beberapa syarikat yang mengeluarkan produk yang sama, syarikat-syarikat boleh "merge" untuk mengurangkan cost dan meningkatkan pengeluaran
 
iv) bank - bertolak ansur sebelum mengisytiharkan muflis, beri lebih peluang kepada peniaga.
 
v) gaji pekerja mestilah sesuai dengan produktiviti - dia bagi contoh bagaimana Goldman Sachs memberi bonus yang hebat walaupun syarikat sedang mengalami kerugian
 
vi) Government Administrative cost perlu dikurangkan. Seperti biasa, Che Det ulang yang dia tidak setuju dengan kenaikan 25% gaji yang pernah kerajaan berikan dalam tahun 2006-2007 macam tu...ini kali yang ke dua saya dengar dia ulas benda ni secara live.
 
Selepas itu, ada 3 orang lagi speaker. Speaker pertaman, dari ISIS...dia guna economics term sangat yang membuat saya kurang faham. S
 
Seterusnya adalah speaker yang paling handsome iaitu Tengku Mahaleel. Dia bercakap, saya lebih faham....
 
Lepas itu, ada Tan Sri Sulaiman Mahbob...seperti biasa, dia ni memang lah sangat banyak ilmunya. Cumaaaa....dia cakap pelan sangat, lenguh telinga nak mendengar...
 
Balik ofis, saya cepat-cepat solat, pergi update boss tentang seminar tadi dan seterusnya, ada meeting dengan Association.
 
Lepas tu, buat itu, buat ini, solat asar dan balik rumah dan cerita balik apa yang saya dapat di seminar pagi tadi...hiks.
 
Hmmm....itu sahajalah dulu...sekarang ini, saya masih di ofis. Kami kan ada aktiviti turun padang pada hari Isnin nanti...soooo...tengah menyibukkan diri la ni. Balik lepas solat maghrib nanti.
 
Have a nice weekend semua!!



Tuesday, April 15, 2014

One down! Another 2 to go.

Yeah, sessi penuh suspen pagi ini selesai juga akhirnya, alhamdulillah. Berakhir dengan baik, alhamdulillah, syukur ya allah.
 
Kerja yang ini sudah menghantui saya sejak 2 minggu lebih...bukan benda besar pun, setakat organize meeting aja, tapi preparationnya, separuh mati. Management suruh buat itu, buat ini...hmmm
 
Ianya adalah mesyuarat antara M i n i s t e r dengan 3 conglomerates ni. Hmmmm...yang mencabarnya adalah kerana kami perlu membuat preparation. Perlu dapatkan maklumat daripada syarikat...bukan sikit-sikit ye maklumatnya, tapi banyakkkk.
 
Co. pulak, bukannya nak reveal info mengenai syarikat mereka. Banyak yang rahsia...stress betul bila nak minta data, tapi tak dapat.
 
Lagi satu, saya kena pastikan logistik untuk 3 meetings back to back di bilik yang sama ini berjalan lancar. Kena refresh drinks and tidy up table dalam masa 5 minit...tapi alhamdulillah, berkat kerjasama semua, semuanya berjalan lancar.
 
Ada juga tertinggi suara sikit tadi...sikit aja pun...terlampau sedikit.
 
Tapi tak pe lah, ianya sudah berakhir kan...alhamdulillah sekali lagi.
 
Tapi kan, sebelum habis meeting, M i n i s t e r  telah confirm lagi satu aktiviti pada 21 April ni...hmmmm....tak sempat saya nak bernafas. Selain daripada 21 April, saya juga ada satu event yang besar pada 22 April....permudahkanlah Ya Allah.
 
Sekarang ni, saya rasa seluruh badan macam tense...mungkin akibat saya sedikit stress waktu meeting kut. Saya berangan-angan aja kalau ada orang yang sudi untuk mengurut saya...
 
Tapiiii...air tak de pulak hari ini dengan esokkkk...haihhhh....nama aja negeri terkaya di Malaysia, air pun tak cukup....
 
Officer saya masih kuat...boss pun masih bertenaga...saya aja yang lembikkk....mesti kurang jogging ni.
 
Ok lah...itu dulu update saya hari ini...one down, but there's another two to go...


Monday, April 14, 2014

Mari Memuji

Saya sangat malas untuk upate blog ni lately.
 
Dan seperti biasa, kenalah salah kan orang lain...salahkan Syabas sebab air tak de, langsung tak de mood, salahkan hormones...PMS, semualah...
 
Tapi sebenarnya, saya pun sendiri adalah sangat pelik kenapa saya tiada mood nih...awat malas sangat nih...
 
Mungkin sebab ada kerja mencabar sikit kut esok...ada event yang saya kena handle juga on 22 April....21 April pun ada another event...tapi saya tolong-tolong aja, orang lain yang handle.
 
Anyway, baru-baru ni saya telah menonton satu movie lakunan Adam Sandler & Jennifer Aniston. Kalau Adam Sandler, ceritanya mestilah lebih komedi kan, infact kadang-kadang tak larat pun tengok sebab tak boleh terima jenis komedi yang disampaikan.
 
Tapi, ada satu benda yang saya nak cuba tiru daripada filem ini iaitu, cuba nyatakan kepada pasangan anda, satu sifat positif yang dia ada, pada setiap hari....he he he.
 
Sesungguhnya saya tidak tahu apa impactnya ye, tapi saya rasa perkara itu adalah sesuatu yang baik dan sangat senang dilakukan.
 
Pada kali pertama, saya pun cakap macam ni (lebih kurang lah ye, sebab ingat-ingat lupa) "Saya suka Shuk sebab Shuk sabar dengan saya dan Shuk baik hati"....haaaa, and being pushy, I asked hubby to response lah kan.
 
Dan hubby jawab macam ini "Saya suka Cikbib sebab Cikbib lah"...aishhhhh....
 
Anyway, saya tetap meneruskan aktiviti ini walaupun hubby tak participate langsung....
 
Tapikan, saya rasa perkara ini bagus kalau kita buat untuk budak-budak kan? Kita puji satu benda aja pun satu hari...
 
Secara peribadi saya rasa benda ni bagus. Saya ni sebenarnya telah dibesarkan dengan penuh disiplin, tapi saya tidak rasa emak saya pernah puji saya depan-depan. It is just not her way of doing things. Tapi saya rasa pujian ini penting untuk motivasi diri. Yup...untuk kita sayang diri sendiri dan yakin dengan diri sendiri.
 
Tapi bila buat hari-hari, habis jugak idea nak puji apa kan? Heh, akhirnya, benda ni jadi macam ini "Saya suka Shuk sebab misai Shuk tebal macam Dato' K"....mih mih mih
 
Anyway, doakan semua urusan saya dipermudahkan, insyaa allah.
 
Semoga ibu bapa Imran terus tidak berputus asa untuk mencari penawar buat mata Imran. Permudahkanlah ya Allah, tunjukkanlah kami jalannya. Kembalikanlah pandangan mata Imran. Aaamiiin
 





Friday, April 11, 2014

Encik Shuk...

Baru ni saya ada berrrrr usrah sikit dengan hubby. Panjang sikit usrah saya untuk hubby sampai hubby keluar remark ini..."cikbib ni suka berleter la"
 
Hmmm....
 
Kami balik kampung hari Jumaat lepas, untuk ambil emak saya, bawa dia ke Shah Alam. Rupanya, waktu di kg, hubby sudah sakit perut dan tidak boleh tidur sepanjang malam.
 
Esoknya, mungkin sebab sakit sangat, hubby ajak pergi klinik...tapi tak de lah elok pun lagi. Infact, sehingga hari ini, sudah masuk 7 hari hubby sakit perut...
 
Hubby dan saya, kami memang penakut nak pergi jumpa doktor, tapi bila sakit macam itu, saya memang dah beberapa kali suruh hubby pergi hospital. Sampai tadi, bila saya call, dan tanya, akhirnya dia cakap "malam ni la kut, cikbib temankan". Haihhhh.....
 
Dan saya, sebagai isteri mithali, telah tembak dia macam ni.."Shuk ni memang la, suka simpan masalah..."...
 
Tapi sampai situ ajalah...sebab sudah terasa ada kesunyian di seberang sana...maksudnya, mesti dia anggap saya tengah membebel la tu....tak larat betul la....
 
Hmmmm....itu baru suami ye, belum anak-anak lagi, belum anak sedara lagi, belum diri sendiri lagi, belum emak yang tua tu lagi.  Menasihatkan sesungguhnya bukan senang kan. Bukan mengata diri orang, tapi diri sendiri pun sama. Kita mesti defensive kan? Memang Allah dah jadikan macam itu....
 
Hmmmm....saya doakan suami saya cepat sembuh...aamiin
 

Tuesday, April 8, 2014

Selasa, 8 April 2014

Assalamualaikum, sorry sebab lama tak update blog ni. Saya okay aja, sihat, tapi ada sedikit sibuk, sedikit penat, sedikit stress dan sedikit sedih yang menyebabkan mood menulis terganggu.
 
Hari ini adalah hari sibuk. Ada meeting paginya dan ada lunch date dengan co di L e M er i d i e n. Mula-mula saya ingat nak makan buffet di restaurantnya, tiba-tiba saya diberitahu yang co. ajak makan steak, di P R I M E Steakhouse ni, depa kata, ini adalah antara steakhouse yang terbaik di KL.
 
Heee....saya pun pergilah bersama boss, jalan kaki.
 
Saya pernah makan di Steakhouse ni sebelum ni dan saya tak nafikanlah sedap....waktu tu lah kan.
 
Sooo...saya pun orderlah steak...apa ntah, lupa la plak. Gambar pun tak de ye...takkan nak amik pulakkan...nanti terkejut co tu.
 
Boss dan salah seorang daripada company tu telah order T-bone steak kut (betul ke ni?). Rasanya boss ordered medium rare kut. Saya pulak, emphasize, "I do not want to see any blood please". Jadi waitress tu suggest saya order "well done".
 
Saya pun kata, "ok, just make sure that it is not too hard". Heeee...mana aku tahu...biasanya, kalau makan kat kedai biasa, "well done" tuh, keras nak mampus. Ada dua size, smaller and larger portion, they have stated the weight of both sizes. Of course I have chosen the smaller one.
 
Bila sampai, saya syukur sangat sebab saya punye steak tu macam kecik aja...boss saya punye, besarrrrrr.
 
Tapii, saya ni memang tidak berapa suka makan "beef" ke, "lamb" ke...jadi, bila sampai tu, saya rasa bau daging tu macam boleh membuat saya "puke", serious.
 
Tapi bila makan, memang tak dinafikan yang rasanya sedap...tak la macam steak yang saya selalu makan kat kedai kedai biasa tuh...he he he. Tapiiii, tetap tidak habis...dah la rege mahe bebeno.
 
Saya juga nak conclude yang sedap lagi makan ikan bakar di jalan Bellamy....hi hi hi.
 
Agaknya saya memang macam tu. Pernah sekali tu, saya adalah pergi keluar makan dengan orang-orang politik ni kan. Dalam yang lain tu excited nak order yang paling mahal ke apa, saya order aja makanan yang saya selesa, waktu tu saya order aja sotong goreng tepung tu...adalah nama orang putihnya kan yang saya dah lupa. Saya orang kampung kut...tak berapa selera dengan makanan yang saya tak familiar.
 
Lagi satu, saya tak suka membazir, sebenarnya, kalau saya kenal co. tu betul-betul, boleh aja ajak depa share makanan, sebab kita pun bukan boleh sangat makan banyak-banyak...dah tua-tua ni kan.
 
Tapi tadi saya tengok boss saya semangat aja makan. Dia amik yang medium rare tu, jadi saya ada nampak darah...yuck....idak le aku boleh makan mende yang macam tu...
 
Heh...but I enjoyed the experience. I enjoyed the ambiance, I enjoyed the way they layan us,...boleh la kan. Bila kena layan macam tu, dan tengok tempat lawa macam tu, mesti ingat hubby....he he, berangan juga untuk try serve dia macam tu kat rumah...he he he...seronok kan bila makan macam proper-proper ni....tunggu air adalah dulu...if not, susah pulak nak basuh pinggan.
 
Hokeh guys...a light update...untuk menghilangkan stress saya.
_______________________________________________________________________________
 
Baru-baru ini Imran ada datang ke rumah saya. Dia sangat sensitif dengan orang yang dia baru jumpa, dia tahu siapa yang dukung dia, mungkin melalui sentuhan/suara. Waktu mula-mula sampai, dia tidak mahu langsung bila saya dukung.
 
Tapi saya dapati dia juga cepat belajar. Sewaktu mama Imran buat susu, saya cuba sentuh tangan dia pelan-pelan, cakap-cakap dengan dia, nyanyi-nyanyi sikit, bertasbih sikit. Dalam jangkamasa 10 minit saya bersama dia, lepas tu saya cuba dukung dia. Alhamdulillah, dia diam...mungkin dia rasa macam dia sudah kenal kut, kan kami sudah berkenalan untuk 10 minit.
 
Alhamdulillah, at least Imran telah menunjukkan yang dia sensitif, dan dalam masa yang sama, cepat adapt...walaupun masih belum melihat.
 
Imran sekarang ni sangat chubby, and according to his mother, he eats a lot...he he he. Tak pe, lepas ni kena control sikit kut, jangan biasakan perut kita tu besar ye, sebab kalau dah terbiasa besar macam cikbib ni, haaaa, susah....nanti selera pun sentiasa besar.
 
Ya allah, semoga akan ada improvement selaras dengan pembesaran Imran. Kembalikanlah penglihatan Imran. Aaamin.
 





Thursday, April 3, 2014

Cabaran di Tempat Kerja

Saya dapat cabaran yang agak tinggi di tempat kerja saya sekarang ni.
 
Saya tengah berfikir balik ni, saya ke yang salah, ataupun Mr X ni yang salah.
 
Hari ini, ini yang berlaku.
 
Ada meeting dengan co., saya yang organize dan Mr X jadi Pengerusi. Seperti biasa, saya pun pergi bilik Mr X, briefed him about the company and about who's coming. After that, when I was about to go out of his room, he asked, where is my talking points? And I was like ??????? What talking points? This is only a meeting, to foster a good rapport with company and to know their further investment plan.
 
Mr X wasn't happy. His face changed. But what can I do? It was only about 5 minutes before the meeting.
 
I kept quite, and waited for him. I think he went to the toilet. After that, I can see from far that he doesn't look good. I do not think scolding me has done any good to his blood pressure and heart...really. From far, I know he was trying to cool down.
 
As for me, feeling confused, I asked the PA, do we have to put down some talking points even for a meeting? The PA then answered, "Really? I didn't know also".
 
Hmmmmmm......but the meeting went well, and of course Mr X handled it nicely.
 
Now...when I wrote what happened this morning, I think I can conclude that I did nothing wrong kan? I did everything accordingly and I was not informed that even for a meeting, we need to prepare talking points for Mr X. Infact, even his PA does not know about it.
 
And for Mr X, maybe he was scared...hey, if it is true, I really understand how he felt. I got all those butterflies in my stomach everytime I chair a meeting, especially if it involves people from big companies. But the only thing is that, I don't scold people. I don't scold my officer simply because I do not like to be scolded myself.
 
And, scolding people will not solve your problem. You will not become clever immediately after you scold people. There are always better ways to solve problem. Yup, macam orang Melayu selalu cakap "seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tu dapat dikeluarkan, tepung juga tidak berselerak".
 
Hmmm....I foresee cabarannya agak besar selepas ini. Saya berdoa semoga Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi semua cabaran ini. Semoga allah memudahkan semua urusan saya, dan semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Aaaamiin.
 
And this afternoon, I have to attend another meeting with Mr X....ha ha ha ha....Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. Aaamiin

Wednesday, April 2, 2014

Gemss?

Hari Sabtu lepas, sebab kami tak makan tengahari, kami pun berbincanglah nak makan kat mana pada petangnya. Bincang punya bincang, kami telah mengambil keputusan untuk pergi ke Muara Ikan Bakar di Port Kelang.
 
Kami pergi awal, keluar dari rumah dalam pukul 5.00 petang, lepas solat asar. Kedai tu buka dalam jam 5.30, kami lah antara yang pertama masuk untuk pilih ikan dan lepas tu cari port yang paling baik...cuma masalahnya, hujan pulak lepas tu, terpaksa pindah tempat.
 
Anyway, yang hendak di ceritakan, bukanlah fasal makanan di Muara tu...
 
Cuma, sewaktu kami duduk menunggu makanan, mata saya dan suami meliar tengok orang sekeliling. Pastinya ada macam-macam jenis manusia lah kan. Saya tengok, hubby tengok...kadang kadang kami senyum sama-sama, especially kalau ada budak-budak kan....
 
 
Tapi kan, bila hubby dah habis makan, dia telah keluarkan statement ni "orang kat Malaysia ni, ramai yang obese kan? Ramai betul yang besar kat sini. Saya tahu lah bukan mereka yang nak gemuk (dia refer kat saya lah ni), tapi cara makan tuh...tak de lah macam nak kurus kan?"
 
Aish...berbisa sungguh.
 
 
Tapi betul, sewaktu saya di kedai tu, saya boleh katakan, dalam 100 orang di situ kut, ada dekat 20 orang yang gemuk, dan saya hanya consider orang ini gemuk sekiranya mereka adalah gemuk dari saya (dengan kata lain, saya rasa saya masih tidak gemuk, miahahahaha)...belum yang gebu-gebu macam saya ni lagi...ha ha ha ha ha
 
Mungkin sebab Muara adalah tempat orang makan kan...jadi yang pergi tu memang mereka yang suka makanlah, dan pastinya kenyataan yang mereka itu suka makan tidak dapat disembunyikan melalui tubuh badan mereka kan.
 
Jangan kata saya kejam ye...sesungguhnya saya faham macam mana susahnya untuk menurunkan berat badan...tapi saya kena lah juga mengaku yang we are what we eat kan...terpaksa...
 
Ehhh....dah lama tak cerita fasal diet saya kan? Saya masihlah kurangkan intake nasi sekarang ni, lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau makan tomyam tu, nasi kami kongsi berdua, sooo, less calories. Tapi kadang-kadang tu, saya hentam aja sepinggan.
 
ER pulak, alhamdulillah istiqamah. Tapi catuan air ni membuatkan kurang lah sikit aktivitinya. Tapi saya akan buat atleast 2 hari dalam seminggu.
 
Kurus tak saya? tak juga...ekekekeekk.....yang penting, sihattttt (alagasan lah tu)
 
Hmmm...semoga Allah memberi kekuatan untuk saya istiqamah dalam menjaga kesihatan. Begitu juga anda semua. Amiin

Boss tak de

Boss tak de. Minggu lepas boss tak de, minggu ni boss hanya balik on Friday....banyak betul cabarannya bila boss tak de.
 
Saya sebenarnya boleh aja buat kerja, tapi satu perkara yang saya lemah waktu buat kerja adalah untuk memenuhi syarat orang-orang kat atas tu...jenuh kepala otak ni berfikir, apa yang kita fikir betul, depa rasa salah, lepas tu, cara menegur tu, adoiii....nasib baik saya ni dah tua, jadi boleh tahan la lagi, tapiiiii....tetap stress.
 
Tetapi, tetap rasa yang ada blood go upstairs. Tetap rasa tense seluruh badan...semalam, saya rasa macam nak demam, hingga telefon hubby. Bila balik, hubby rasa badan saya, dan dia kata " tak panas pun...tak demam pun"...heeeeee, alhamdulillah. Masih bertahan.
 
Semalam, waktu memandu ke rumah, saya terfikir, alangkah bestnya kalau ada bathtub kat rumah. Balik, dalam stress tu, boleh berendam dalam air panas...ada jakuzi lagi best...kalau ada tukang urut lagi best...adoiiiii. Macam mana nak berendam kan, kalau air nak mandi pun di catu sekarang ni.
 
Sebab meeting habis pukul 7.00, saya balik lambat semalam, lepas Maghrib, sampai rumah, dalam hati melonjak-lonjak rasa nak baring sesangat, tapi kenalah meneman suami makan dulu...hiks...udah le tak masak kan. Saya tak order makanan pun, tapi saya songlap hubby punya sikit.
 
Balik...dalam hati rasa nak baringggg sangat tu, saya kuatkan hati pergi mandi dan solat isyak terus, sebab kalu tidak, mahu tertidur sampai esok pagi tu...hmmm...memang banyak kali berlaku pun.
 
Dannn...dalam keadaan letih macam ni, saya dapati saya kurang buat ibadah lah (alagasan?). Tapi tu la, saya cubalah buat solat sunat dhuha, solat hajat untuk Imran dan mengaji pada hari cuti....berusaha buat...walaupun banyakkkk malas juga....banyak dugaan kan nak jadi baik ni. Nanti, bila dah tua, ada masa tuhan bagi, lutut pulak dah sakit..haaaa....badan pulak dah tak larat...macam tu lah kita ni...tak insap insap.
 
hmmm...kalau officer saya baca blog saya, mesti dia berkata-kata dalam hati "dia ni, kata sibuk la, stress la, tapi sempat pulak update blog".
 
Sesungguhnya, saya tulis blog ni, untuk membuatkan diri saya relax sikit...I need it. Kadang-kadang menulis blog boleh menolong saya berfikir dan menyelesaikan masalah...hiks...okay lah, have a nice day semua, semoga Allah memudahkan semua urusan kita, dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ya Allah, Sembuhkanlah mata Imran, Sihatkanlah mata Imran, Kembalikanlah penglihatan mata Imran Ya Allah.
 
Aamiin