Friday, February 28, 2014

Lie

Saya ada seorang kawan ni.
 
Dia adalah seorang yang tersangat gempaq dan kelakar. Kalau bersembang dengan beliau, mesti asyik gelak sampai sakit perut.
 
Tapi di pejabat, dia adalah ketua di Bhg H R, yang berkenaan disiplin lagi.
 
Hari ini, beliau terpaksa memberhentikan kerja seorang pegawai kerana masalah disiplin. Seorang pegawai telah menipu tarikh kematian neneknya demi untuk mendapat cuti extra 3 hari. Walau bagaimanapun, apabila diperiksa, didapati bahawa nenek tersebut sebenarnya telah meninggal dunia 5 tahun lepas.
 
Kawan saya terpaksa memberhentikan pegawai yang menipu itu kerana di tempat mereka bekerja, intergriti adalah sangat penting.
 
Ternganga saya mendengar cerita ini.
 
Bagi sesetengah orang, perkara ini adalah "nothing". Tipu MC, tipu kematian...semuanya adalah untuk survival, dan term yang selalu digunakan adalah, "pandai-pandailah nak hidup".
 
Bila cerita ini dibangkitkan, ada pulak beberapa kawan lain yang mahu berkongsi pengalaman.
 
Ada cerita tentang seorang pegawai yang gajinya tak la banyak sangat, tapi ada bag LV 2-3 bijik. Kawan saya yang boss pegawai ini pulak terbeliak teringin nak bag LV dan tak mampu nak beli banyak tu. Tengok-tengok akhirnya bila tak boleh nak pusing duit lagi, they started the creative way to pusing duit pejabat pulak...akhirnya, tertangkap....
 
Yang selalu terlibat adalah yang lebih mudalah kut. Mungkin mereka ini adalah dari keluarga senang, dan sudah exposed dengan barangan mewah di daripada ibu dan bapa mereka. Bila kerja, mesti mereka ingat mereka terus aja mampu, tapi rupa-rupanya, kehidupan bukan lah sesimple itu...you may not get what you want...
 
Saya doakan para pembaca, lebih lebih lagi anak-anak sedara saya, sentiasa di tunjukkan Allah jalan yang benar. Kurniakanlah kami rezeki yang baik Ya allah. Aaaamiiin.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Update from Imran's Mother :
 
"Before the operation, the doctors assumed that right eye is better than the left eye, but after the operation, the found out that left eye's retina looks better, without any hole or tear.
 
They will continue to monitor and if necessary, there will be another operation to insert artificial lense so that the eye can focus and become more stable."
 
Berita itu memberikan harapan sebenarnya.
 
Ya allah. kembalikankan cahaya penglihatan buat Imran. Semoga Imran dapat membesar sempurna seperti kanan-kanak lain. Aaaamiin.



No comments:

Post a Comment