Baru-baru ini, pada hari Ahad petang, hubby telah menjalankan tanggung jawabnya menyuruh saya ER.
Dia suruh saya ER macam ni..."Cikbib, bila Cikbib nak ER ni?"
Yang saya pulak jawab macam ni "En Shuk, bila En Shuk nak ER ni?"
Hubby jawab balik "Cikbib, Cikbib yang kena ER, saya tak payah"
Saya pun tanya balik "kenapa pulak Shuk tak payah ER? Shuk pun kena ER apa?"
Lepas tuuu...adalah macam berbalas-balas cakap yang saya pun dah lupa apa yang saya cakapkan. Tapi akhirnya, hubby telah merajuk. Dia cakap..
" kalau macam ni, saya tak nak lah ingatkan cikbib fasal ER lagi. Kalau cakap, degil, kalau tak cakap, suruh cakap"
Adoiii...sedih la pulak, langsung saya pergi ER lepas tu, dapatlah lebih sikit dari 3 km, alhamdulillah.
Morale of the story, susahnya kalau dapat isteri yang gems ni, dan degil pulak. Dah la degil, tersangatlah pandai menjawab pulak....heeee....
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini juga, ada seorang anak sedara saya tu, perlu mendaftar untuk semester baru. Oleh sebab dia telah bawa balik motor dia ke rumah waktu cuti semester tu, dia terpaksalah bawa balik motor tu ke kampus semula.
Jangan tanya saya macam mana motor tu di bawa balik ke kampung ye, sebab saya tiada maklumat itu.
Anyway, pada hari yang ditetapkan itu, hubby pun tunggu lah di rumah sebab sepatutnya ada lori yang akan menghantar motor ke rumah kami. Tunggu punya tunggu, tengok-tengok bukan lori yang datang, tapi abang ipar saya yang datang menunggang motor tu all the way from Kampung and according to him, it took him 4 hours to reach Shah Alam.
Dan saya, bila di beritahu, makkk....sayu nya saya. Bukan senang ye untuk seorang yang berumur 55 kut, untuk menaiki motor kapcai dalam jarak yang jauh sebegitu. Mesti sakit pinggang tuh. Sakit seluruh badan pun mungkin
Saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya, tapi saya dapat rasakan kasih sayang seorang ayah di situ...apa-apa pun, kesenangan/keselamatan anak tetap diutamakan...if only the children know about this...
__________________________________________________________________________
Itu ajalah yang saya nak kongsikan hari ini.
Saya terus berdoa untuk Imran pastinya, tidak pernah putus. Kembalikanlah cahaya penglihatan buat kedua-dua mata Imran Ya Allah, sembuhkanlah mata Imran, sihatkanlah mata Imran.
Saya juga doakan untuk Iman dan Irfan...rindu kat Irfan pulak dah ni...
Semoga mereka bertiga akan membesar dengan baik, sempurna. Jadikanlah mereka hambamu yang soleh ya Allah.
Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang baik, kesihatan yang baik, iman yang sempurna...
Aamiiin
No comments:
Post a Comment