Assalamualaikum.
Boss saya pernah beberapa kali bekata "Aku tak peduli apa yang orang lain kata kat aku, sebab aku tahu diri aku, aku kenal diri aku".
Haaa....tapi kalau hal yang ni saya memang respect lah boss saya sebab sesungguhnya dia memang menghadapi cabaran yang agak hebat bila banyak soalan datang apabila dia cuba memperkenalkan idea baru...termasuklah soalan soalan berani mati daripada saya.
Tapi memang betul, walaupun dengan cara yang "mild", Boss saya memang istiqamah dengan pendiriannya dan sekarang, walaupun tidak 100%, "management" mula menerima idea-idea yang telah di usulkan oleh boss saya ni.
Macam mana kita boleh mengenal diri sendiri ye? Atau soalannya adalah, bolehkah anda mengenal diri anda sendiri? Ataupun soalan yang sepatutnya adalah "Cikbib kenai ka diri Cikbib tuu?"...haaa
Saya cuba men "google" mengenai topik "mengenali diri sendiri" ni...tapi tak de yang menarik.
Saya cuba men "google" dalam bahasa Inggeris pula...yup, guna "get to know yourself better".
Hmm...saya suka pendapat yang mengatakan sekiranya anda menyimpan "journal" mengenai diri anda, anda akan lebih berpeluang mengenal diri anda sendiri.
Blog ini boleh di considerkan sebagai journal diri saya jugakkan? Yup...saya tahu apa yang saya suka, yang saya sayang, kekuatan diri saya, kelemahan diri saya...dan yang paling penting, saya sensitif dengan response orang ramai kepada tindakan/kata-kata saya. Yup, sensitiviti ini membolehkan saya memperbaiki keadaan sekiranya saya melakukan kesalahan.
Saya juga cuba belajar daripada pengalaman. Saya cuba tidak melakukan apa yang saya tidak suka orang lakukan kepada saya.
Saya juga ada orang yang sering saya rujuk yang sering memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Saya ada Tok Bomoh juga adik beradik serta kawan-kawan. In fact semalam seorang kawan lama telah menghantar message via wassup mengenai sesuatu yang dia rasa saya telah overlooked di blog ini...Terima kasih Atim....Dan pastinya saya ada ramai kawan lain/kakak/sedara mara...tempat mengadu, tempat berkongsi masalah.
Conclusion : Anda tidak akan mengenal diri anda sendiri sekiranya anda tidak sensitif dengan respons yang anda dapat daripada setiap apa yang anda lakukan/katakan. Jangan ingat anda sentiasa betul. Amalkan sikap rendah diri dan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri anda...
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini, seorang kawan saya (seorang doktor) telah pergi mengerjakan umrah. Saya juga telah memesan kepada beliau untuk mendoakan semoga mata Imran akan sembuh dan boleh melihat semula. Kawan saya ini juga banyak memberi kata-kata positive supaya saya tidak putus asa dan terus berdoa untuk Imran.
The only thing is that, I did not know that my friend has also got a daughter who is "special". She never mentioned it.
Hmmm...semua orang ada cabaran yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tapi saya dapat lihat yang kawan saya ini tabah, maklumlah, umur anaknya sudah remaja. Dengan izin Allah juga, kawan saya ini dapat saya lihat yang rezekinya melimpah ruah...alhamdulillah.
Tapi buat Imran, saya akan teruskan berdoa, semoga Allah maqbulkan doa kami.
Ya Allah, sembuhkanlah mata Imran, sihatkanlah mata Imran dan kembalikanlah pandangan mata Imran. Ya Allah, permudahkanlah urusan ibubapa Imran dalam menguruskan Imran, Iman dan Irfan.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment