Sunday, February 9, 2014

Kena Diet Ni

Semalam, kakak hubby, suami kakak hubby dan sebahagian daripada anak-anak mereka datang...

Tiba-tiba saya nampak biras saya tu, sudah loose weight. Saya pun tegurlah (benda positif kan, tak pe tegur)..saya kata "ehhh, abang Asmad dah kurus lah"

Kakak ipar saya terus jawabkan "Dia dah tak makan nasi selama 3 bulan".

Abang Asmad pulak jawab, "dah gemuk sangat dulu, sampai jari jari dah tak sampai nak buat circle dekat pergelangan tangan tuh".

Makkkk....saya pun macam tu...jari-jari saya memang tidak sampai bila nak belit saya punya pergelangan tangan tuh...sedihnya.

Mmmm.....saya pun berbincangan dengan hubby. Hubby memang suruh saya kurangkan makan dan teruskan ER. Mungkin tak drastik kut, tapi memang kena kurangkan.

Hubby kata, kalau pergi makan kedai, saya makan aja dia punye portion...dua tiga sudu...tapi jangan ambil satu meal sendiri...less carbo...adoiiii

Well...saya takut nak mention azam ke atau apa-apa kat sini...tapi I plan to do that lah...tolong doakan semoga success ye, insyaa allah.

Minggu ni saya hanya sempat buat dua session of ER. Semalam pergi Tasik Shah Alam dengan hubby, hari ini saya buat di rumah, on my treadmill.

Saya nak tunjuk lah mesin treadmill saya...boleh?


Haaa...yang atas ni adalah bacaan di monitor selepas saya sempurnakan session saya. Yang tengah tu , masa, saya buat session selama 36.55 minit. yang 4 tu, sebenarnya adalah 3.4 km, jarak yang telah saya buat......lampu untuk 3 km dah rosak pulak. Yang 103 tu, jumlah calorie burned...saya macam rasa jumlah calorie burned tu macam kurang sikit daripada mesin-mesin lain...

Anyway, saya cuma buat target 30 minit satu session...and usually, within that period, I can walk for 3 kms and burn approximately 91 calorie...heee. Sekarang ni, speed yang saya gunakan adalah agak kurang, less than 5.5 km/hour. Dulu-dulu saya buat sampai 6.2km/hour...too much for me lah...boleh sakit pinggang.


Ini gambar treadmill saya, saya letak di ruang atas, depan semua bilik tu. Itu kasut saya....dan selalunya mesti ada botol air untuk saya minum...heee

Okaylah...di sini dulu...

_______________________________________________________________________

Buat Imran

Ya Allah, semoga pembedahan Imran pada 20 haribulan nanti akan dipermudahkan. Semoga dengan izinmu, mata Imran akan sembuh, sihat dan dapat melihat semula. Semuanya akan terjadi sekiranya engkau mengizinkan Ya Allah. Maka, maqbulkanlah doa-doa kami. Aamiin.

2 comments:

  1. aah lah cik bib macam kurang calories count tu. takpa better understated dari overstated. hee saya doakan cik bib istiqomah! don't push yourself though cikbib. tak nak sampai sakit sakit :)

    ReplyDelete