Saturday, October 26, 2013

Sabtu, 26 Oktober 2013 - Jom Tengok Laporan B u d g e t

Hari Sabtu. Saya telah berkeras menyuruh hubby bangun awal hari ini sebab saya rasa rugi sangat bila hari minggu dihabiskan dengan tidur...

Sekurang-kurangnya bangunlah pagi, breakfast dulu, settle kan apa-apa yang patut dan kemudian bolehlah tidur....Sebenarnya itu memang pesanan emak saya, dan saya pun setuju juga, tapi saya selalu aja terlajak.

Sekarang ni, kami sudah breakfast. Kami breakfast dengan cucur udang dan teh o. Hubby pulak sudah macam nak terlena balik...hmmmm.

Saya nak cerita fasallll.....budgetlah. Hmmm...selain dari bonus setengah bulan dan BRIM dinaikkan daripada RM500 KE RM700, keseluruhan budget menampakkan peningkatan perbelanjaan hidup. Saya secara peribadi mengharapkan ada penurunan cukai pendapatan, tapi memang tiada banyak perubahablah nampaknya. Ini adalah tax rate yang dikenakan untuk tahun 2013:
Chargeable IncomeTax RateCumulative Tax
From RM0 - RM2,5000%RM0
From RM2,501 - RM5,0001%RM25
From RM5,001 - RM10,0003%RM175
From RM10,001 - RM20,0003%RM475
From RM20,001 - RM35,0007%RM1,525
From RM35,001 - RM50,00012%RM3,325
From RM50,001 - RM70,00019%RM7,125
From RM70,001 - RM100,00024%RM14,325
RM100,001 and Above26%

Tinggi kalau dibandingkan dengan Singapore , tapi saya idak la nak pindah Singapore pulak. Dengan akan ada sedikit pengurangan, tetapi dalam 1-2% sahaja.

Lepas tu, kalau kita tahu duit yang kita contribute tu digunakan dengan betul, tak pe juga, tapi bila dengar laporan audit baru-baru ni, haaaa, lagilah sedih. 

Lagi satu, dalam kita jadi pembayar cukai yang tegar, barulah kita tahu yang daripada 29 juta penduduk di Malaysia, hanya 2 juta yang membayar cukai dan kita adalah salah seorang daripadanya...


Oh ye, yang ini Singapore punye ye :


Singapore punye 20% and less aja tau....

Tapi saya tetap tak nak tinggal di Singapore. Saya nak tegaskan di sini, saya sayang negara saya tetapi saya hanya mengharapkan pengurusan kewangan yang lebih baik, yang lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat keseluruhan daripada kekayaan segelintir kumpulan. 

Semoga keadaan akan menjadi lebih baik Ya Allah...tunjukkanlah kami jalan yang benar, sejahterakanlah negara kami, insya allah...saya nak baca balik laporan budget nih...walaupun bukannya faham sangat.....tak pe...baca juga



No comments:

Post a Comment