Thursday, October 24, 2013

24 Oktober 2014-Merapu Tahap Gaban

Semalam, seorang pegawai bank telah ditembak mati oleh pegawai keselamatan sewaktu dia memasukkan wang ke dalam peti bank di USJ..satu contoh "Harapkan pagar, pagar makan padi".

Semalam juga, sewaktu saya menghadiri satu mesyuarat yang agak membosankan, saya telah menerima berita melalui wassup mengenai air empangan yang terpaksa dilepaskan oleh TNB sehingga menyebabkan banjir di Cameron Highlands.

Hmmm...gambar-gambar selepas kejadian menunjukkan keadaan kampung seperti selepas tsunami...hmmm ...dalam kita selalu kata yang Malaysia sentiasa terlindung daripada tsunami, Allah turunkan pula cabaran dalam bentuk lain. Semoga kita bersabar dan belajar daripada apa yang berlaku.

Sejak kebelakangan ini, kerja di ofis sangatlah banyak, mungkin sebab bilangan DD yang ada sekarang hanya tinggal dua orang saja kut. Seorang DD masih di Mekah mengerjakan haji dan seorang lagi telah dipindahkan ke Bahagian lain. Saya okay aja, tapi saya rasa Division saya memerlukan lebih ramai officer...sian officer yang ada sekarang, tiada pengkhususan kerja, main ambil siapa yang free aja...

Semalam saya tidak buat ER, tapi sebelum ni, saya telah buat ER straight untuk 4 hari, yup, setiap malam, saya buat 4 kms. The thing is, saya selalu buat pada waktu malam dan saya dapati selepas itu saya menghadapi sedikit masalah untuk tidur dan seterusnya ada masalah sikit untuk bangun pulaaaa....hmmm.

Nanti saya tengok cara mengatasi masalah ini.

Seterusnya, saya plan nak ambil cuti sehari untuk temankan kakak saya menguruskan sesuatu untuk anak sedara saya yang seorang ini. It is always good if you could have someone to be with you and support you kan, so, I am trying to do just that lah, support my sister. Tapiiii....bila nak ambil cuti ni? Bila I free, mek yah tak free, bila mek yah free, I tak free...hai yaa.

Saya tengok schedule saya, bulan November hingga Disember ini memang full. Bila saya nak g Sabah ni. Semoga saya dapat pergi dalam bulan Januari tahun depan, insya allah.

Okay lah...sangat tidak fokus kan post saya hari ni?...merapu tahap gaban...





No comments:

Post a Comment