Sunday, October 20, 2013

Mak Saya dan Hari Raya Haji 2013

Saya balik ke Chemor pada hari Ahad, 13 Oktober 2013.

Saya memang tidak akan beraya di Chemor tahun ini sebab memang turn kg hubby. Sampai di kg, abang Hab saya dan keluarga sudah ada di kampung, jadi saya sudah senang hati sebab saya ingatkan, abang Hab saya akan beraya di Chemor untuk menemankan emak saya beraya.

Sewaktu bersembang bersama emak saya, diapun bercerita, yup, pastinya banyak yang boleh dikongsikan bersama. 

Antara yang diceritakan adalah mengenai abang saya yang hampir setiap minggu akan singgah di Chemor sebelum pulang ke Sungai Petani (Abang saya ni bekerja di KL, tapi keluarganya di Sungai Petani).

Emak saya juga bercerita bagaimana abang saya dan anaknya membantu membersihkan halaman rumah pada hari Jumaat, yup, membersihkan halaman adalah antara perkara yang emak saya sangat suka buat.

Emak saya juga bercerita bagaimana abang saya itu juga telah mengemop lantai rumah. Mak saya kata "tengok lantai depan tu, kan berkilat"....

Saya pun kata "baik anak lelaki kome mak, tak ramai anak lelaki yang bersedia menolong macam itu"....

Bukan apa, walaupun sudah tua, emak saya ni perlu juga diingatkan tentang perkara baik yang sangat banyak Allah telah bagi dekat dia sebab dia kadang-kadang lupa dan terlampau fokus dengan kebimbangan dan perkara-perkara yang negatif.

Bila saya cakap macam itu, emak saya diam dan senyum sikit....

Saya juga tanya mak "abang raya kat mana?".

Mak saya jawab "raya sini kut, abang kan selalunya balik".

Mak juga excited bercerita sebab dia ada pergi shopping dengan abang Hab saya pada hari sebelumnya (Sabtu). Abang Hab belikan mak saya banyak benda pulak kali ini. Emak saya dapat handphone baru (handphone nokia aja, mak saya tak tahu guna handphone sangat pun). Sooo...berceritalah fasal handphone tu.

Lepas tu tetiba nampak beg "SCHOLL". Hubby pun tanya, "sape punya kasut baru tu?"...Mak pun jawab "Mak punye, abang Hab juga beli semalam. Mahe Yeop!"...(Mahe tu, Mahal....orang Perak cakap Mahe ye).

Ha ha ha, kagum saya bila mak saya gunakan term "Mahe Yeop". Mak saya ni, jarang gunakan term orang Perak sangat tau kecuali bila dia pronounce Durian dan Kapal Terbang (jadi Deghian dan Kape Teghobang).

Lepas tu, emak saya juga tunjuk jam tangan baru yang Abang Hab juga beli...ganti jam tangan mak yang dicuri sebelum ni.

Uwaaaa, banyaknya Abang Hab saya belanja...saya pun kata lagi "Mak kena bersyukur, anak-anak mak baik-baik (kecuali saya lah yang degil sesangat)".

Mak saya senyum...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenanya, waktu saya sampai, abang Hab saya dan family dia pergi berjalan-jalan ke Ipoh, membeli barang-barang untuk anaknya yang belajar di Kuantan supaya bila mereka balik ke Sungai Buaya nanti, mereka tidak perlu keluar ke bandar untuk membeli barang.

Bila abang Hab balik, kami berbual dan barulah saya tahu yang sebenarnya abang Hab saya tidak akan beraya di Chemor. Mereka datang hanya untuk melawat, pre-hari raya visit. Mereka ada beberapa urusan yang tidak membolehkan mereka beraya di Chemor.

Hmmm, nak buat macam mana kan? Tapi, bila saya tahu, saya pun tanya lah mak saya "Habis tu, mak beraya dengan siapa?"

Being herself, mak saya terus marah dan cakap "seorang lah".

Yooo...tapi kali ini saya boleh rasa kesedihan mak saya, dan saya juga teringat her earlier statement yang "abang beraya di sini kut, dia kan selalu beraya di sini". Rupanya itu adalah doa emak saya, ye, dalam dia cuba jadi tabah dan tidak menunjukkan kesedihannya, dia tetap sedih dan berdoa yang anak lelakinya yang sorang lagi tu boleh balik beraya bersama dia.

Sebab anak perempuannya yang lima orang tu...haaaa, saya dan mekyah kena ikut suami, Ecah kat Terengganu, Kak Cik kat KL dan Kakak pulak sibuk dengan cucu, dan dengarnya kakak juga terdemam, heeee, selepas jaga cucu di hospital.

Tapi, mestilah emak saya sedihkan sebab dia dah order lemang, dah order tiga biji kek coklat, dah order simpulan kasih berbalang....mungkin emak saya tidak perasan kut yang cuti raya kali ini memang lah sangat singkat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anyway, being kepoh, saya telah letak post di facebook menceritakan keadaan dan alhamdulillah, abang saya di Sungai Petani response. Abang saya balik beraya dengan emak saya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hubby saya selalu pesan, sementara emak ada, kita baliklah beraya di kampung. Nanti bila emak tak de, kita cerita lain...

Saya rasa saya kena lebih ambil berat benda yang macam ini sebab dalam diam dan machonya mak saya, dia tetap ibu, dan sentiasa mengharapkan anak-anaknya serta cucu-cucunya balik. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi kan, waktu saya salam emak saya sebelum saya balik KL, saya ada juga geram sikit dekat mak sebab dia kata saya ngumuks....Uwaaaaaaaaa






No comments:

Post a Comment