Hari ke 2 Raya Korban, saya telah berkorban ke ofis pada petangnya, walaupun ambil cuti...tak pe, saya tetap bersyukur sebab saya masih ada kerja untuk menyara keluarga, juga kesihatan yang baik.
Tengahari tadi, masuk aja dalam bilik, ada sepucuk surat yang telah diselitkan di bawah pintu bilik saya ...macam ni...
Saya pun bukalah...tengok-tengok ada surat. Terkejut saya,...saya buka dan baca, tulisan tangan surat tu...haaaaa...I wish I could post it here, tapi hubby kata toksah...so, kena lah patuh.
Sebenarnya ada seorang kawan seofis ni yang telah menghadiri satu kursus dan salah satu aktiviti semasa kursus adalah menulis surat kepada salah seorang rakan sepejabat untuk mengucapkan terima kasih.
Haaa, walaupun hanya untuk aktiviti dalam kursus, saya tetap merasa terharu sebab telah dipilih. Ye, kawan saya ni telah memilih saya untuk menyatakan ucapan terima kasihnya. Menurut kawan saya ni, saya telah "memberi semangat dan penenang" sewaktu saya menjadi Timbalan Pengarahnya. Heee, terharukan? Tersenyum saya membaca surat ni, ekekekeekek
Rasanya yang menulis surat juga adalah pembaca blog ni...saya nak ucapkan terima kasih juga dekat dia, saya nak cakap yang saya pun sayang juga kat dia dan pengalaman saya bekerja dengan dia adalah pengalaman manis yang akan sentiasa saya ingat.
Dan kalau dia perlu tahu, saya juga pernah menjadikan satu SMS yang pernah dia hantar sebagai salah satu topic presentation saya sewaktu saya menghadiri kursus "Dale Carnegie" tahun lepas...
I must have done something right to deserve this letter kan? Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment