Today, I had 'nasi berlauk ikan' as breakfast. I was sooo teringin, decided to call Che Lah and ordered early in the morning...haaa, in fact, belumpun bayar lagi...terlupa.
Sekarang ni, lunch break, hari Jumaat. Tiada panggilan atau message di terima, so, I decided to stay in my room and update this blog.
Actually I am facing a little problem at home, yeah, washing machine sudah buat hal, bukan tak boleh spin ke apa, dia langsung tidak boleh on....
Masak!! Kami telah meninggalkan setimbun baju sebelum balik ke kg minggu lepas. Setelah balik semula ke Shah Alam, sayapun dengan bersemangatnya mahu membasuh kain. Tengok-tengok, tak boleh function...huh..berat!!
So, saya dan hubby pun basuhlah sikit-sikit supaya timbunan itu berkurangan. Yelah, mata pun tak larat juga tengok baju tidak berbasuh macam itu kan. Tetapi, disebabkan hujan yang selalu turun, baju yang tidak ber spin itu pun agak susah mahu kering...hmmmm
Ada cadar yang tebal juga perlu di basuh..ha ha, betul laaa
Hubby pulak, busy sikit minggu ini dan tidak sempat untuk memanggil mereka yang lebih pakar untuk melihat apa sebenarnya yang rosak. Hmmmm, saya harap, boleh la dibaiki, if not, memang wajiblah beli baru.
Washing machine itu sudah berumur dalam 8 tahun rasanya. Saya beli sewaktu saya tinggal di Bangsar. Hmmm, mungkin kami asyik sembang-sembang nak beli washing machine yang baru kut, langsung yang ini merajuk...
Tak pa lah, kami akan menguruskan perkara ini esok. Sebelum settle, saya perlu terus kan membasuh menggunakan tenaga saya. Apa-apa pun, saya tetap bersyukur sebab masih hidup dan dikurniakan kesihatan untuk melakukan kerja membasuh sendiri bersama suami...yang penting, gembira...have a nice weekend everyone.
No comments:
Post a Comment