Haaaa, pernah dengar pepatah di atas? Tahukan maksudnya? Maksudnya, kalau berselisih faham macam mana pun antara adik beradik, tali persaudaraan yang ada, tidak akan putus, sebab memang perkara itu tidak boleh digunting atau di potong untuk putus, he he...
Hmm, adik beradik ni, memang selalu ada masalah. Lebih-lebih lagi, kalau sudah ada 8 orang adik beradik macam saya ni, dan, lebih-lebih lagi, sekiranya di dalam adik beradik tu, yang bongsunya sering menimbulkan masalah, marah tidak kena tempat, sikit-sikit kecik hati, sikit-sikit komen fasal orang lain, macam dia seorang saja yang sempurna.
Dalam adik beradik saya, secara amnya, semuanya okay-okay aja..(kecuali yang bongsu tu lah). Adalah yang sorang tu, terlebih emosi sikit, asyik ikut marah dia aja, yang sorang tu mulut bisa sikit...yang sorang tu dah macam out of the circle, tapi sian pulak dekat dia, yang sorang tu terlebih BMI (yang bongsu kut)...tapi secara am nya, masih ok, sebab saya pernah tengok hubungan adik beradik yang lagi teruk.
Setengah orang kata, dalam setiap keluarga, mesti ada menyimpan tengkorak a.k.a. masalah di dalam almari masing-masing. Semua keluarga ada tragedi masing-masing.Ada yang berkelahi fasal harta, ada yang berkelahi fasalllll...harta lagi...he he...macam macam masalah sebenarnya.
Semua masalah ini akan membentuk keluarga itu pada masa hadapan? Yup, the foundation of the family. Masalah itu akan menyebabkan family itu retak atau terus kukuh?
Sebagai contoh..saya rasa, kesan daripada kematian kakak sulung saya menyebabkan saya lebih appreciate family saya. Itu kan baik? Tapi ada banyak masalah juga selepas itu, but shall we call it 'challenge' instead?
Selalunya akan ada terkecil hati sana sini sewaktu kenduri kendara. Ye lah, lambat panggil ke, tidak dijemput sama sewaktu pergi meminang ke, atau sewaktu menerima pinangan ke, atau dijemput ala kadar saja ke i.e. not properly done. Masalah ini tidak pernah terfikirkan oleh saya sewaktu saya lebih muda dahulu, tapi sekarang, barulah saya faham perasaan sekiranya makcik pakcik saya dahulu ada terkecil hati...hikss...
Tapi ye lah, anggaplah semua ini sebagai cabaran untuk membina sebuah hubungan keluarga yang lebih kuat. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Siapa yang pernah 'unfriend' adik, kakak, makcik pada satu ketika dulu, sila 'friend' balik dalam facebook ye. Siapa-siapa yang rasa parut di hati masih ada, sila beli vitamin e cepat-cepat supaya parut itu hilang. Ye lah, sebab life has got to go on, and it is not healthy to carry all those disappointment though out your life.
No comments:
Post a Comment