Tuesday, October 18, 2011

Letih??

Saya sedang mengalami keletihan melampau pada waktu malam...

Balik rumah, saya makan malam, mandi dan mata ini akan tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk tidur, walaupun setelah di letak kayu mancis seperti yang telah dibuat oleh Mr Bean.

Oleh kerana saya selalu bawa kerja ke rumah, saya hanya akan boleh bangun selepas pukul 12.00. Saya pun bangun, siapkan kerja ofis, gosok baju supaya tidak terkejar-kejar esok dan baru tidur balik.

Hmmm, I wonder why am I so penat. Oleh sebab penat, saya selalu tidak sempat menonton Fifi Fairus Fuiyo (siapa tahu rancangan nih?)

Salah satu sebab penat mungkin kerana kekurangan oksigen. Untuk menambah oksigen, saya perlu exercise? Hmmm, mungkin boleh cuba, bila mengantuk, pergi lari sekejap atas trade mill tu, kalau saya lena atas trade mill tu pulak? haaaa, ini mesti ada masalah serius ni.

Esok, saya akan berkampung di Jalan Duta. Ada 3 Mesyuarat, 2 pada waktu pagi, satu lagi pada waktu petang. Dah lah atas meja ini ada banyak fail lagi yang belum di clearkan. Doa saya semoga dipermudahkan semua urusan saya ya Allah, insya allah!

No comments:

Post a Comment