Monday, August 22, 2011

Sesi Berbuka Puasa Di Luar

Saya adalah terima beberapa jemputan berpuasa di luar. Ada dua tiga yang saya buat tak tahu je. Tapi, setelah tepis-tepis yang lain, saya terpaksalah pergi juga yang satu ni.

Hmmm, bukan apa, malas nak pergi sebab susah nak solat sikit...lagi satu, sian kat hubby tinggal sorang-sorang. Tapi tak pe lah, satu hari ini saja.

So, sekarang ni, saya tengah lepak, tulis blog, sementara menanti waktu pergi ke Le Meridien. Ada kerja yang perlu di buat sebenarnya, tapi tak de mood sebab meeting tadi kena jentik sikit..walaupun kesannya biasa-biasa sahaja, saya masih perlu bertenang dan bernafas dahulu...inhale...lepas

Untuk raya, duit memang sudah banyak habis dan banyak perkara yang sudah settle kecuali belum tukar duit raya lagi...ha yang itu, memang akan significant juga jumlahnya. Tak pa lah, ikhlaskan lah diri ini untuk bersedekah..

Okaylah, itu aja...selamat berbuka puasa semua!!

No comments:

Post a Comment