I take leave today, so does hubby. We anticipate a very bad traffic jam this evening after work just like the past years when Selangor is on leave for Nuzul Quran, yet people in the Federal Territory are working. Another contributing factor is the fact that Government Servant has already got their half month bonus yesterday, meaning that all of them are ready to spend and do their shopping.
During the fasting month, I started my day early. Right after sahur, I will take my bath, perform my morning prayer and go straight to work at around 6.35 - 6.40. I will make sure that all ironing task was done the night before. Despite that, the traffic is always bad. It will take 1 hour to reach office. If it is not during the month of Ramadhan, and I were to go out from my house at 6.30, I will be able to reach office at 7.00.
Due to that, I can't help feeling sleepy in my car and how I wish I could sleep at home. Yeah, but like today, even though I am on leave, I just could not sleep la pulak. Besar aja mata ni terbuka. urgghh, geram pulak.
My mother called me last night, but somehow I missed it and only realised about it this morning. I call her back and she informed me about our old washing machine which failed to function. Ha ha, washing machine tu dah berumurrr....22 tahun kut. Mek Yah beli and berkat betul. Barang-barang di rumah emak saya memang panjang umur, peti ais yang lama dulu pun berumur lebih 20 tahun sampai kita orang tak sabar dan tanya, bila nak rosak ni? Kami nak yang baru. Ha ha, akhirnya, tak rosak juga, tapi kami sedekahkan kepada orang, and beli juga yang baru dan gedabak besarnya. Alhamdulillah, yang baru ni memang lebih sesuai, ye lah, bila sampai lebih 50 orang balik sekaligus kan, memang perlu peti sejuk yang lebih kapasitinya.
Hmm, cakap fasal 50 orang, kami sekeluarga memang sudah lama tidak beramai-ramai menyambut hari raya. Mungkin tahun ini lebih ramai dari biasa, tapi abang saya seorang masih di Jepun bersama keluarga dan mereka tidak akan balik.
Saya ada seorang kakak yang tinggal di Terengganu, saya pun tak ingat bila tahun terakhir dia beraya di Chemor, agaknya 4 tahun dulu kut. Yang ini mungkin tidak balik.
Seorang lagi kakak saya yang di Putrajaya tu, dia memang tidak beraya di Chemor, saya pun tak pasti kenapa, tapi dia akan beraya di rumah keluarga mertuanya di Kuala Kangsar.
Saya ingat lagi pernah pada satu hari di bulan Ramadhan, emak saya tiba tiba menjadi lebih 'persistant' dan berusaha bersungguh-sungguh supaya kakcik saya berbuka puasa di Chemor. Kakcik saya tu, baik orangnya, tetapi somehow she missed the signed given by my mother yang tidak berterus terang. Atau mungkin dia ada sebab lain yang saya pulak miss...mungkin.
Saya pulak, jadi Pak Sanggup je la, bila turn orang lain tak de, saya pun menyaggup lah balik kg, alhamdulillah suami saya masih okay...sementara arrangement masih sesuai lah, mungkin ada masanya saya terpaksa juga beraya di kg suami.
Malangnya, rasanya emak saya suka kalau kakak kakak saya yang lain balik dibandingkan dengan saya. Saya ni, memang tidak berapa baik jika dibandingkan dengan kakak kakak saya yang lain. Saya memang tidak berapa boleh berkomunikasi dengan emak saya, kalau bercakap pun, asyik nak marah aja...so, saya akan kurangkan bercakap, if not, kami akan sama sama bengang.
Pemalasnya pulak, Ya Rabbi, ye lah, rumah nya besar tak hingat, penat tau nak menyapu dan mengemop...melaut-laut
Yang pastinya, saya perasan, mungkin sebab saya terlalu selalu balik, bila saya balik, emak saya tak rasa apa pun. Pernah sekali tu, bila saya sampai di rumah/Chemor, emak saya selamba aja kata, duduk lah dulu, cari lah makanan sendiri ye, mak nak tengok Malim Kundang sat...ha ha
Tapi saya tahu emak saya selesa dengan kakak-kakak saya yang lain, sebab mereka memang lembut dan baik...ha ha, tu lah, masalahnya, yang bebal ni la aja yang lebih banyak masa nak balik kan...sian mak saya.
Tapi, kalau kakak-kakak saya yang di Terengganu atau Putrajaya tu balik, hmmm, mak saya memang akan fokus melayan mereka berdua tu. Mungkin rindu?
Baru-baru ni, kakak saya yang di Putrajaya tu ada balik ke rumah dan kebetulan saya ada hal dan menelefon emak saya. Emak saya, oleh kerana terlalu fokus dengan kakak saya tuh, sampai tidak berminat langsung nak bercakap dengan saya. Bila saya baru bermula nak bercakap, dia terus kata 'kakcik ada kat rumah ni, nanti kita cakap lain kali'...and I was like...speechless.
Tapi emak saya memang macam tu, kalau dia tengah tengok telenovela, jangan telefon dia, dia akan menunjukkan yang dia tidak berminat bercakap...ehhh...boleh pulak dia berterus terang kan? Atau dengan saya aja kut?
Oleh kerana terlalu fokus dengan anak-anak yang dirindui juga, kadang-kadang emak saya silap dalam membuat 'priority'. Contohnya, sekiranya kakak saya dari Terengganu tu balik beraya, emak saya tidak mahu pergi berjalan ke mana-mana. Dia semacam tidak mahu hilang walau seminit pun daripada masa yang ada untuk di luangkan bersama-sama anak perempuan yang dia agak susah untuk berjumpa tu.
Hmmm...emak saya selalu pesan dengan kakak-kakak saya supaya sentiasa memaafkan anak-anak dan jangan sekali-kali berkecil hati dengan anak-anak sampai melabel mereka menjadi anak derhaka. Dan saya rasa, itu lah yang emak saya lakukan sekarang. Saya juga tahu, kakak-kakak saya juga baik orangnya, tapi mungkin belum sampai message yang satu ini kepada mereka, atau mereka sebenarnya faham, tapi mereka ada masalah mereka sendiri.
Sekarang emak saya sudah berumur 77 tahun. Dia masih tinggal berseorangan di rumah. Semangatnya masih kuat, dia masih stubborn as ever, tapi realitinya dia semakin tua.
Saya telah diberi rezeki oleh Allah untuk melihat bagaimana daripada seorang yang kuat, tidak boleh duduk diam, emak saya menjadi lebih perlahan. Walau pun dia masih boleh berjalan, tapi dia akan menghargai sekiranya dia boleh dipimpin. Emak saya juga cepat penat, sekiranya dahulu dia tidak suka tidur siang, pada masa sekarang, dia pasti akan mengambil a short nap before zuhur.
There were times when she could not bend her body untuk memotong kuku kakinya. Ye, alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berkhidmat memotong kuku kakinya. Bukan semua orang dapat memberi khidmat yang semacam itu untuk ibu mereka kan?
Emak saya juga tidak lagi boleh berjalan jauh, lutut berlaga, ha ha...saya ada belikan ubat, selepas itu, saya dan kakak saya yang lain akan bergilir-gilir membeli ubat memang ada improvement.
Ada satu perkara yang saya suka nak share di sini, satu perkara yang saya rasa telah membuat emak saya gembira (sebab most of the time saya memang la tidak berapa baik kan). Saya ingat di mana emak saya tersangat terharu apabila saya berjaya memimpin dia untuk mencium hajaratul aswad sewaktu kami pergi mengerjakan umrah dalam tahun 1999. Dia tidak sangka langsung dia boleh melakukannya. Hmmm, melihat kegembiraan muka dia pada moment itu memang priceless!
Apa yang saya tulis ni? kenapa saya tulis ni? Saya pun tak pasti...cuma sekarang ni I wish I could sleep, tapi tak boleh, inilah jadinya.
Tak pelah, saya doakan mak saya sihat, dan seperti yang dia pinta, saya doakan semoga umurnya diberkati. Pada yang masih ada emak/makcik/ayah/pakcik, gunakan masa yang ada untuk mendekati mereka.
I am sure they were those who have been loving us dearly since your younger days. Sekarang, walaupun sudah ada kehidupan sendiri, ada orang yang lebih disayang seperti hubby/partner/friends, jangan lupa pada mereka yang telah menyumbangkan kasih sayang/tenaga/wang ringgit semasa kita kecil sebab saya pasti, mereka tidak pernah melupakan kita.
No comments:
Post a Comment