Friday, August 26, 2011

Hari terakhir di ofis sebelum raya

Saya tengah duduk seorang diri dalam gelap, waktu lunch. Mood cuti memang sudah sampai, so, sebenarnya, saya sudah tidak berapa rajin mahu bekerja...

ramai officer saya yang bagitahu mereka mahu ke Jalan TAR tengahari ini, terpengaruh juga tadi lalu terus menalifon cikmin, malangnya cikmin dah cuti raya...so..saya pun cancel plan ke Jalan TAR. Tapi elok juga tak jadi pergi sebab hari hujan.

oleh sebab tidak jadi ke jalan TAR, saya pun ke KL Sentral. Jalan, cari makan, cari majalah, tengok-tengok barang. Saya beli satu beg/sampul kecil, untuk jadi pensil case/letak culculator dll. RM10 aje, boleh lah.

Saya juga topup touch and go sikit

lepas tu, saya pergi beli roti sebab saya tidak boleh puasa hari ni. Sebenarnya saya teringin something yang hot and fresh, malu pulak nak pergi membeli, so cancel, roti pun okay, alhamdulillah.

tengok-tengok majalah, hmmm, tiada yang interesting. Selalunya waktu raya, saya suka beli yang ada gambar artis di rumah mereka, ha ha ha..saya ni suka tengok rumah orang.

So now, saya sudah makan roti, minum air mineral dan tulis blog. Husband saya sudah beli 4 ekor ayam yang perlu di proses malam ni. Dia juga ada membeli ikan. Kami akan balik bersama-sama ikan dan ayam itu esok, insya allah.

Semoga saya kuat malam ni, selalunya, saya bukannya larat nak buka mata sangat. Takpe, nanti, waktu proses ikan, saya tutup mata, tangan aja buat kerja, boleh?...

Malam ni, saya perlu basuh kain juga. Saya akan tinggalkan rumah dalam keadaan kurang kemas tu ajalah sebab mesti tak sempat/tak larat nak kemas. Bukanlah tidak kemas sangat, tapi ada beberapa kerja yang masih belum sempurna, itu aja. Tapi baju mesti basuh.

Huh, ada gangguan, officer minta kebenaran balik awal, takut komuter penuh, ramai orang. Sebab saya pernah jadi customer commuter sebelum ni, dan saya amat faham keadaan commuter yang sesak lebih dari sardin lagi, saya pun kata, boleh la balik. Kerja dia, sudah disettlekan pagi tadi, insya allah tiada perkara berbangkit lagi hari ni.

Huh, ada bunyi incoming emails...laaa, ada lagi orang submit application online, terpaksa lah settle kan selepas ni. Ada query juga dari MITI, Sham punya, tak pe, nanti saya jawab.

Okay lah, sebab hujan dan gelap, rasanya adalah terbaik untuk saya lelap sekejap supaya ada cukup tenaga untuk saya bekerja keras malam ni.

Selamat bercuti semua, selamat berhari raya juga...Maaf zahir batin sekiranya ada kesalahan yang telah saya lakukan, sama ada sedar atau tidak.




No comments:

Post a Comment