Sunday, May 1, 2011

Seorang Makcik Yang Bertanggungjawab

Sebagai anak bongsu yang kononnya kurang lah tanggung jawab, saya selalu di pertanggungjawabkan dengan tanggung-tanggung jawab yanggg...tertentu.

Contohnya : semasa abang saya pergi Mesir dalam tahun 1996-1997 dahulu...saya dipertanggungjawabkan untuk pergi melawat keluarga abang saya yang masih di Malaysia. Itu je lah, sebab saya pun tidak ada kereta. Yang baiknya, saya determine untuk ada kereta selepas itu, maka terbelilah kereta kancil merah 850cc yang tersangat banyaklah jasanya.

Sewaktu kakak saya pergi UK, dan emak saya menjaga seorang anak kecilnya, saya telah dipertanggungjawabkan untuk balik setiap minggu, membeli bekalan untuk mak serta memberi peluang mak saya berehat sedikit. Well, tak jadi masalah pun sebab waktu itu, Ari sangat comell !!

Walaupun tidak pandai masak, saya memang selalu dipertanggungjawabkan untuk masak pada waktu dahulu. Pernah pada satu  masa, saya bengang je sebab...walaupun saya drive sendiri balik, mak akan tunggu sampai saya balik baru dia masak, sedangkan, abang-abang serta abang ipar saya, akan tersandar di rumah kerana letih memandu (kononnya) dan dilayan bagaikan raja...huh. Waktu tu memang saya tidak pandai untuk berlapang hati dan ingat kepada betapa banyak nya pahala yang saya dapat untuk membantu emak saya itu. Sekarang ini baru pandai berjinak dengan Angkatan Wanita Insaf.

Saya juga pernah dipertanggungjawabkan untuk menjaga duit family, tapi memang saya tidak cekap, maka perkara tersebut telah diperturunkan kepada kakak saya yang memang sangat cekap.

Pernah di satu masa abang saya ada hal sikit, dan saya dipertanggungjawabkan oleh emak untuk melawat keluarga abang saya, hantar anaknya ke klinik dll.

Selain dari itu, saya juga bagaikan orang tengah di mana, banyak perkara yang sepatutnya boleh disampaikan direct, akan terpaksa lalu bersama saya dahulu. Sebagai contoh, emak saya risau tentang kakak saya nak buat kenduri, saya telah dipertanggungjawabkan untuk melawat kakak saya itu dan disuruh untuk membantu. Sepatutnya emak boleh telefon kakak saya tu terus, apa salah nya bagi tahu yang dia risau dan bagi tahu kakak saya tu, sekiranya ada masalah, jangan malu-malu bagi tahu...

Mak juga akan bagi tahu saya apa-apa yang dia risau/concern/nasihat abang/kakak/anak sedara/family, dan suruh saya sampaikan/melawat dsb.

oooh, itu cerita perkara-perkara yang dipertanggungjawabkan, bagaimana saya menjalankannya? mestilah superb. Saya buat kecoh dan membuat semua orang risau. Cuma sekarang ni lah saya pandai sikit untuk berbudi bahasa, cuba memahami masalah/perasaan orang dan cuba mengikhlaskan hati.

Tanggung jawab yang baru saya penuhi : melayan anak-anak sedara saya yang ibu bapanya di Jepun. Oleh kerana kasih sayang yang ada, saya telah menghidangkan drummet ayam dan keropok lekor yang saya beli dari Kemaman aja for dinner..no nasi...cemerlang??? mestiii

Walau bagaimanapun, sekarang ni, mereka dua-dua pun sudah lena, saya rasa, mungkin mereka lebih lena sebab perut pun tidak kenyang sangat kan? lebih selesa! Tak pe, esok cikbib pergi pasar ye, we'll cook somethin together gether....gnite semua!!

4 comments: