Monday, May 9, 2011

Hari yang sangat panas

Sekarang ni pukul 5.30 petang, dan harinya sangat panas. Rasanya semua tempat di Malaysia pun sangat panas sekarang.

Saya lihat ramai juga yang datang melawat blog ni, tapi saya minta maaf banyak-banyak, saya agak sibuk dua tiga hari ini, tak sempat nak update.

Saya sibuk untuk bersiap ke Jepun. Sampai hari Jumaat lepas, saya sibuk menyiapkan kerja-kerja ofis, dan ada satu kerja suspens akan menunggu apabila saya balik nanti, doakan saya sukses.

Hari Sabtu, sibuk membeli baju sejuk, stoking and other things for the trip.

Hari Ahad, hmmm, bangun pagi, masak sikit untuk dibawa ke rumah abang di Sg Buaya. Kami celebrate Hari Ibu bersama emak kami...malangnya saya tak ambil gambar pulak....eh sat, gambar kek ada, nanti saya masukkan.

Balik dari lunch di Sg Buaya, semua orang tertidur sampai Maghrib...penat sebab panas.

Hari ni, Isnin, saya pergi kedai beli kasut emak, pergi pasar beli barang-barang sikit yang dirasakan interesting. Lagi satu, sebab panas, rajinnya saya basuh kain, ye la, sidai-sidai, kering, sidai-sidai, kering...

Ingat nak pack, tapi dalam pukul 4 tu, rasa penat sangat, saya pun tidur. Emak pun tidur juga. Saya bangun, mak tidur lagi.

Buka-buka facebook, tengok anak saudara saya kata dia nak nikah dua minggu lagi, biar betul, macam mana saya tidak diberitahu walaupun baru berjumpa emak dia semalam? Almusykil lah saya kiranya....hmmm, sila beri keterangan... he he he

hmmm, saya perlu keluar sekarang, nak tukar duit ke Yen, doakan saya selamat pergi dan balik...

No comments:

Post a Comment