Perasan tak saya sangat jarang letak gambar dalam setiap post saya? bukan apa, system ni lembab sangat, nak post gambar, boleh ambil masa sejam.
Anyway, this post is dedicated to my mother's youngest grandson, Imtiyaz. Umur dia berapa ye...3-4 tahun gitu. Dia masih pakai pampers sebab susah sikit nak toilet train di Tokyo sebab rumah berkarpet sepenuhnya..cakap pandai dia ni, tapi nak cakap pergi toilet je dia tak tahu lagi
Gambar ini di ambil oleh Imtiyaz sendiri, hebat kan, boleh ambil gambar eye lashes sendiri
Gambar ini pulak di ambil candid waktu Imtiyaz kusyuk tengok cartoon...tengok muncung aja mulut dia
yang ni dan yang di bawah pun sama
dia mana ada kawan sangat di rumah, jadi, masa lapang akan diisi dengan game/internet/cartoon
gambar yang ni diambil apabila dia datang melawat bilik saya di Tokyo...dia suka posing, infact dia boleh buat posing maut, but do not tell him what to do...dia akan buat apa yang dia suka sahaja
yang ni pun dia masuk bilik saya juga. Satu hari tu, dia ada ambil coklat kit kat saya dan makan. Waktu dalam perjalanan ke airport (dalam train), dia pun buat confession. Dia kata 'Imtiyaz ada amik coklat cikbib, dah makan dah, dah dalam perut dah.." ha ha ha
lagi satu yang sangat interesting, dia suka minum teh O...
ini contoh posing maut dia, breakdance kut
yang ni, kat Yoyogi Park, dia kejar burung gagak tu
tengok expression muka dia tu, mesti ada yang dia tak setuju tu, nasib baik la monorail tu tak ramai pelanggan, Imtiyaz pun boleh main sesuka hati
yang ni comel kan, Imtiyaz naik keretapi dengan mak dia...kadang-kadang, satu round tak cukup, kena naik lagi satu round..
Imtiyaz ni penyeri keluarga dia, ye la, sorang je budak kecil...insya allah, Imtiyaz akan menjadi anak yang soleh, aaaamiiiin!
cik bib, i love this entry so much :)
ReplyDelete