Wednesday, May 4, 2011

Doa

Saya sedang makan buah pelam, ingatkan manis, rupanya masam. Cari lah kut ada stok Mak Bee kat dapur, tak de la pulak, saya pun rekalah resepi Mak Bee sendiri iaitu, gula, kicap dan cabai burung, campur...tu dia, malatop...pedas giler, tak pe, bagi hubby habis kan...saya dah berasap

Ok, kita nak bersembang hari ni?...hmmm, siapa yang follow blog ni, mesti perasan yang saya ada sedikit kecewa dengan suami baru-baru ni...yup..tapi dah settle, saya juga baru tahu yang suami saya ada masalah sedikit di tempat kerja, dan, oleh kerana masih marah-marah sikit,  saya mestilah jual mahal dan buat-buat tak faham tentang masalah suami kan? Oleh kerana tidak dapat membantu dengan menunjukkan simpati ataupun menunjukkan kasih sayang yang lebih sikit, sayapun berdoalah semoga masalah suami saya akan  berakhir. Dan tahu tak suami saya cerita apa hari ini? Saya rasa, keadaan tempat kerja dia ada sedikit perubahan yang positif, alhamdulillah, dan semoga berkekalan, insya allah.

Siapa boleh kira berapa banyak doa yang Allah telah makbulkan? Bagi saya, tidak terkira. Teramat banyak sampai kadang-kadang saya malu untuk berdoa kerana terlalu banyak meminta tetapi ibadat yang saya lakukan sangatlah kurang. Contoh-contoh doa saya yang telah termakbul :

1) saya berdoa semoga dapat membeli rumah di atas tanah di Shah Alam. Rumah yang sederhana dengan harga yang berpatutan...yang ini, saya perasan, sangat cepat dimakbulkan, alhamdulillah

2) bila saya jatuh dan sakit kaki dua tahun lepas, sakitnya berterusan selama 6 bulan, tapi alhamdulillah, sihat juga akhirnya.

3) Saya berdoa semoga saya ditempatkan di tempat kerja yang membolehkan saya belajar benda baru, alhamdulillah saya dapat masuk Bhg Industri, walau bagaimanapun, Allah telah menguji saya terlebih dahulu di Bhg, Korporat, ha ha

4) Saya perasan banyak kali, sekiranya buntu atau kehabisan idea sewaktu bekerja, dan sekiranya anda masih belum bersolat, berhenti dahulu, tunaikan solat, dan selitkan doa kepada Allah supaya diberikan idea, yup, it works everytime.

5) Lagi satu, sekiranya barang hilang. Baru ni, saya kehilangan tin opener di rumah, saya berdoa sekali sahaja, terus jumpa walaupun sebelum ini saya telah mencari di tempat yang sama banyak kali...

6) yang ni lambat sikit, iaitu, doa untuk mendapat jodoh, berbelas tahun berdoa baru lah dimakbulkan

and of course banyak lagi..dan saya bersyukur

andd...nak tahu juga apa yang sudah lama saya doakan tapi tak makbul?.syyy..ada, tapi saya pasti Allah ada perancangan yang tersendiri...lagi satu, usaha saya pun mungkin tidak consistent..sebab tu tidak dimaqbulkan.

yup..doa supaya kurus..haaaa, dah berpuluh tahun, tak makbul makbul...

lagi satu, doa untuk dapat anak...yup, belum ada rezeki lagi.

Morale of the story, berdoalah...Allah suka kita meminta daripadanya.

 Haaa, sekarang, saya nak doa lebih lagi, bukan nak kurus, tapi nak cantik jelita, boleh? kih kih kih, GA YA LAM ALIF!!

2 comments:

  1. cik bib , rasanya banyak doa saya yang tak makbul lagi .. mungkin sebab saya tak berusaha bagi doa tu makbul kot .. ataupun doa saya tu merepek-repek ..

    cik bib saya aminkan doa cik bib yang nak anak dengan cantik jelita tu tau =) Tapi kan cik bib , saya rasa comel itu lebih menawan dari cantik =)

    ReplyDelete
  2. Ima, terima kasih laa aminkan doa cikbib..hiks,

    untuk Ima pula, teruskan berdoa, insya allah it will be granted if it is the best for us.

    ReplyDelete