Assalamualaikum.
Hah..ape khabo semua? Saya di KK ni sihat adanye. Sekarang ni jam 9.14 malam, tv sedang menayangkan rancangan Jihan di Jepun, tapi saya tidak fokus pun. Suami saya pula tidur di atas sofa, angin bertiup agak kuat di luar sehingga cermin pintu dan tingkap kadang-kadang bergetar dan saya di atas carpet, mengupdate blog ini.
Saya akan bercerita mengenai percutian saya dan suami di Semenanjung baru-baru ini. Kami telah balik ke Semenanjung pada 4 Januari dan kembali ke KK pada 16 Januari. Tujuan utama kami balik adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Adli & Adila serta Huda & Faiz. Adli dan Huda adalah anak kepada Abang Hab saya.
Kami balik pada hari Khamis (untuk mendapatkan tiket yang lebih murah) dan sampai di Shah Alam lebih kurang pada jam 4.00 petang. Sampai sahaja di Shah Alam, aktiviti kami berterusan tanpa berhenti. Sama ada kami pergi makan, pergi tempah baju, pergi cari kain untuk buat baju raya, entertain emak, jumpa kawan, kemas rumah, gunting rambut dan lain-lain.
Pada hari Jumaat, 5 Januari, kami telah bertolak ke Melaka untuk menghadiri kenduri Adli dan Adila di rumah Adila. Shuk, saya, emak saya dan kakak saya telah bertolak selepas solat Jumaat ke Masjid Tanah Melaka untuk bermalam di homestay yang telah kami tempah lebih awal.
Pada malamnya, kami ke Lendu untuk menghadiri kenduri tahlil.
Haaa...hanya sebahagian daripada keluarga yang dapat hadir pada malam ini kerana ramai yang lain yang hanya sampai pada esok hari.
Dari sudut yang lain
Yang perempuan. Selepas tahlil, kami makan nasi dengan asam pedas...di Melaka kan, mestilah makan asam pedas.
Balik ke rumah, kami terus tidur sebab penat.
Esok paginya, kami breakfast di homestay (makan roti je pun) dan terus bersiap-siap untuk ke kenduri Adli.
Tapi sebelum itu, kita exercise dulu. Machine bergetar itu ada di homestay, apa lagi kan, mestilah mencuba.
Shuk pun tidak mahu melepaskan peluang.
Homestay ini cantik...suka saya. Saya rasa macam impian menjadi kenyataan pula sebab saya memang selalu teringin untuk tinggal di rumah semi detached macam ini...Allah bagi pinjam rumah ini kepada saya sekejap, alhamdulillah.
.
kami ke sini
Menyaksikan Adli akad nikah
Upacara memakaikan gelang tangan
Bonding time, adik beradik yang sempat hadir
Anak-anak kakak juga sempat hadir, bersama-sama 4 cucu
Kami ada upacara berarak selepas itu...as if kami baru sampai lah kononnya, walhal kami sudah berkampung di situ...it was fun though, dengan kompang segala. Tapi saya tiada gambar pulak...
Adila
Adli
Cantik la warna biru ni
Opah...banyak aktiviti opah hari ini
Ini keluarga dari Chemor
Ehh..saya dengan Afiq
Kami makan di Khemah khas...saya sudah tidak ambil gambar waktu ni...penat
One before going back..
Selepas itu, kami ke agenda seterusnya iaitu bercuti di A Famosa Resort di mana kami telah menyewa sebuah bungalow
Ini bungalownya. Ada 4 bilik...
Kami mandi di swimming pool
Budak2 tu memang happy...
Gambar ini membuktikan kegembiraan depa kan?
Aktiviti melompat di atas katil
Aktiviti bergebang
Aktiviti makan durian
Dannnn...yeah...group photo di depan bungalow, Imran menangis pulak.
Selepas checked out, kami pergi makan
Saya pekena asam pedas...rasanya makan di Melaka ni asyik sedappp aja lah
Kami singgah di Premium Outlet, tapi rasanya tiada apa yang menarik
Sebelum balik ke Shah Alam, kami singgah makan cendul Bakar, yang ini adalah terbaik.
Okkk...akan di sambung ye...
InsyaAllah ada rezeki nak repeat
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete