Tuesday, February 20, 2018

Kenduri di KK - 20 Januari 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa, 20 Februari 2018. Saya sudah solat Isyak juga iron baju untuk esok. 

Selalunya saya pemalas dan hanya akan iron baju untuk pergi kerja pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Walau bagaimanapun, oleh kerana esok saya perlu ke Sandakan naik flight awal pagi, maka bagi mengelakkan kelewatan, saya siapkan semuanya malam ini.

Bilakah saya kata saya siapkan semua, ianya memang bermaksud semualah. Telekung sudah masuk beg, purse, ticket, passport, etcs. Beg pun sudah siap letak tepi tangga, maksudnya esok saya capai aja dan terus pergi. Kalau ada rezeki, kami bercadang untuk keluar lebih awal supaya kami sempat untuk breakfast sama-sama di Mc D KKIA. 

Oh yeah, lupa nak kongsi perkembangan terbaru mengenai selera suami saya. Daripada makan KFC setiap minggu kepada nasi ayam chicken rice shop setiap minggu dan sekarang ini suami saya suka makan bubur ayam Mc D, hashbrown dan latte.

Suami saya ni setia orangnya, jadi dia akan makan menu yang samaaaaaaa aja. Saya pun layankan sajalah dan oleh kerana itu, hampir setiap hari minggu kami akan bersarapan di Mc D Suria Sabah. Setiap kali makan suami saya akan order bubur ayam medium size, hashbrown 2 keping dan latte medium size. Anddd, we will lepak di situ lamaaa, kadang-kadang sampai 2 jam.

Hah...ini contoh kami breakfast di Mc D Suria Sabah

Semoga Allah bukakan hati suami saya untuk mengembangkan sedikit ruang lingkup jenis makanan yang dia suka/boleh ambil...aamiin.

Seterusnya saya ingin berkongsi cerita kenduri kahwin yang kami hadiri di KK baru-baru ini. Kenduri di adakan di Magellan Sutera Sabah dan saya mahu simpan cerita kenduri ini kerana saya rasa ini adalah kenduri yang cantik.

Kenduri ini cantik daripada segi "flow" nya, hiburannya, saya suka doa yang dibacakan dan yang paling saya suka adalah speech yang disampaikan oleh pakcik pengantin...beautiful speech indeed.

Mari share gambar ye..

Kami di meja makan. 5 daripada kami di meja ini adalah orang Semenanjung.

Hmm...ada 2 pasang pengantin....gambar ini bersama VVIPs...YDP dan CM hadir sama. Kami ambil gambar daripada meja kami aja, tu yang senget benget tu.

Tuan rumah telah melawat dari meja ke meja, pasangan tuan rumah adalah nombor 4 dan 5 dari kanan.

and last but not least adalah kami di depan pelamin.  Kami ambil gambar ini sebelum kami balik.

It was a fun night dan kami gembira sebab berpeluang memakai semula baju sedondon kami yang kami pakai untuk kenduri Huda...

Okay people, di sini dulu. Good Night





2 comments:

  1. cik bib ive missed your writing!

    ReplyDelete
  2. Heyyyy...dah lama tak ade orang comment kakak, haaa...I miss comments people

    ReplyDelete