Wednesday, February 14, 2018

Post Kenduri and Back to KK

Assalamualaikum.

Hari ini hari Rabu, 14 Februari 2018. Kami sudah dinner dan sekarang suami saya tengah merelaxkan matanya dengan meletakkan hirisan timun. Saya pula duduk di meja makan, mengadap laptop ini.

Pagi tadi saya dengan gembiranya melaporkan kepada suami bahawa jumlah mereka yang melawat blog ini semalam (13 Feb) adalah 141. Banyak lah tu kan kalau di bandingkan dengan nombor kurang daripada 5 pada hari-hari biasa.

Tetapi suami saya sudah ingatkan saya tadi, dia kata "itu semalam, hari ini mesti kurang sebab kisah Huda/Faiz/Adli/Adila sudah berakhir".

I guess he is wright but that will not make me stop writing.

So tonight I am going to write about our activities after the kenduri (macam lah banyak benar aktiviti nya). Kami duduk di rumah sahaja, pergi makan, jumpa kawan dan bersihkan rumah. Kami harap adalah rezeki kami untuk balik pada bulan March 2018 supaya kami berkesempatan untuk membersihkan sedikit rumah sebelum balik semula untuk raya, insyaa allah. Kalau kami balik di bulan puasa kami selalunya tidak berapa larat untuk membersihkan rumah bersungguh-sungguh...hikss.

Antara tempat yang kami pergi makan adalah Restoran Segamat Rail kerana kami teringin nak makan mee rebus. Kami telah membuat keputusan yang betul sebab mee rebusnya memang sedap. Saya akan pergi lagi ke tempat ini sekiranya saya balik Shah Alam.

Tengok gambar pun nampak sedap kan?...haihhh

Kami balik KK pada hari Selasa, 16 Januari 2018 dan flight kami pada jam 3.45 kut (lupa sudaaa). Kali ini kami suspens sikit nak balik sebab kami bawa sound system tv kami yang besar gedabak tu sebab suami saya nak pasang di KK, supaya dia boleh tengok AJL dgn best sikit...kih kih kih. 

Kami (suami saya) telah memasukkan semua peralatan di dalam travelling bag kami dan bagi mengurangkan pergerakkan, kami sumbat ruang-ruang kosong dengan kain baju kami. Sampai di airport, kami wrap beg itu dan waktu check in kami minta sticker fragile tu banyak sikit. And alhamdulillah tiada kerosakan berlaku dan sound system itu memang sudah berfungsi sekarang.

Kami solat zohor dan asar di surau baru KLIA (anjung tinjau). We have never been there, so it is good to know that the airport has got this big surau available. 

Kami sempat makan di Paparich lepas itu sebab lapar. Kami telah makan...

Suami makan ini, roti kukus dengan butter dan kaya

saya makan roti nan dan kari ayam

Lepas itu kami sempat shopping perfume...hah...mahalnya harga perfume sekarang

Dan lepas itu kami naik kapal terbang, tangkap gambar ini untuk diletakkan di dalam group wassup keluarga dan terbang ke KK.

Berakhirlah percutian bulan Januari 2018 kami, percutian yang memang kami tunggu-tunggu. Seronok pergi kenduri, meluangkan masa dengan keluarga, makan, jumpa kawan. Semoga dipanjangkan umur kami, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga kami dapat bercuti lagi.

Okay people...jumpa lagi di lain post.

No comments:

Post a Comment