Assalamualaikum.
Hah..post yang ketiga untuk hari ini.
Saya sedang duduk di meja makan, update post sambil menonton AJL.
Untuk pengetahuan, hubby telah dengan nekadnya membawa sound system tv dari Shah Alam dan install di tv KK baru-baru ini. Hmmmm...berdentum-dentum lah sound system kami sekarang ni.
Kali ini saya akan bercerita mengenai Majlis akad nikah serta kenduri kahwin anak perempuan abang saya, Nur Huda. Huda adalah adik kepada Adli dan kenduri serta akad nikah diadakan pada 13 Januari 2018.
Pada pagi 13 hb tu, saya dan suami memang tergesa-gesa juga untuk bertolak ke lokasi kerana akad nikah di adakan pada jam 9.00 pagi, tak ke awal tu. But we managed to arrive before the bride and tok kadi did...sooo...not bad lah kan.
Haaa...banner. Majlis ini di adakan sewaktu seluruh semenanjung bercuaca sejuk tu...makanya, banner yang di letakkan di tepi jalan tu, saya tengok semuanya basah kuyup.
Gambar Pokcik Pokcik Huda, belah ayah dan emak....cantik kan bila pakai baju sedondon macam ini
Cousins, plus Mekyah dan Adila, kakak ipar Huda
Huda's friends, fro Uni days rasanya
Dan kami...gambo ditangkap sejenak selepas Huda sampai.
Tok Kadi sampai lambat sikit, jadi sempat lah kami bertenang sikit...
Malena was the pengapit...these two adalah sebaya, gap umur mereka dalam seminggu sahaja. I ingat yang Huda mula berjalan sewaktu berumur 9 bulan, Malena pulak setahun lebih baru boleh berjalan. Tapiiii, Malena mula pandai bercakap awal...mulut berteh.
Sebelum akad nikah...Huda dengan ibu, tenang aja
suspens sebelum nikah...but all went well, tok kadi tu best, mudah dan ringkas
Akad nikah dijalankan oleh ayah Huda
Hah...muka terharu sejurus selepas selesai akad nikah...emosi sikit Huda dan Ibunya
Abang Hab...tak pasti nak cakap ekspresi abang Hab sebab dia memang sokmo tenang
Hah...my Tokbomo. Dia selalu standby amik gambar just in case saya tidak dpt angel yang baik. Tapi kali ni saya tak dapat satu pun gambar dari suami saya ni.
Lepas akad nikah...Huda with uncles and unties...ramaiiiii
the pengantin with keluarga belah lelaki
Kembo dengan Encik Ghaz
Selepas itu ada jamuan pagi dan lepak sekejap sebelum makan tengahari. Kami makan awal, pada jam 11.00 pagi, tapi tetamu pun sudah sampai.
Kami telah di arahkan untuk usher rombongan keluarga Adila daripada Melaka, maklumlah, kami telah jumpa mereka pada kenduri minggu lepas.
Emak dan Ayah Dalila ini pink..nice pink
Lepas itu adalah upacara berarak ke dalam dewan dll...yang saya tidak capture gambar properly
Kedua pasangan pengantin...
Ada speech...saya tidak ingat pun isinya, tapi saya ingat ada banyak pantun..hi hi hi
Antara tetamu yang hadir. Somehow saya tidak ambil gambar tetamu lah...yang sepatutnya saya lakukan. Mungkin ada banyak gambar dengan photographer nanti.
And last but not least, parents of the bride...Abang Hab dan Kak Ina.
Saya rasa dalam banyak-banyak kenduri, kenduri ini lah yang saya tidak sempat makan sangat...saya sibuk apa pun saya tidak pasti. Tapiiiii...saya telah menghabiskan banyak masa dengan Amizah...are you reading Amizah?
Selepas ini saya cuba buat post fasal kenduri di rumah Faiz pula, walaupun bila saya check tadi, macam tiada gambar pulakkk.
Okay lah...selesai sudah satu lagi post...semoga Adli & Adila sert Faiz & Huda, kekal bahagia hingga ke jannah.
Aamiin
weeeee i got some insight into my baby days! :P
ReplyDelete