Sunday, February 18, 2018

CNY 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 18 Februari 2018.

Hari Jumaat lepas adalah hari cuti bersempena CNY. Pada tahun lepas, kami ke Brunei semasa cuti panjang CNY, walau bagaimanapun untuk tahun ini, kami lepak sahaja di KK. 

Mulanya terdetik juga perasaan sedih apabila melihat update kawan-kawan/sedara mara yang ke sana ke sini sempena cuti panjang. Walau bagaimanapun, bila saya melihat keadaan jalan raya hari ini, saya bersyukur kerana tidak perlu melalui keadaan trafik yang hampir tidak bergerak.

Kami punya cuti di KK pun tidak lah begitu membosankan kerana kami sentiasa ada aktiviti untuk mengisi masa. Kami ke Pantai Tanjung Aru pada hari Jumaat, kami pergi buat refleksologi pada hari Sabtu dan pada hari ini, kami ke Suria Sabah. Ingatkan kami ingin menonton tarian naga, tiada pula tarian naga pada hari ini.

Saya juga ada masak cucur udang dan udang masak petai. Saya offer nak masak banyak benda lain, tetapi suami saya tidak berminat. Kalau suami tidak berminat, baiklah jangan masak sebab siapa lagi yang ingin makan di rumah ini.

Saya juga banyak menonton tv dan channel kegemarann saya adalah 731. Saya suka melihat kerja-kerja renovation rumah ataupun kerja-kerja mencari rumah yang sesuai (beli atau sewa).

Dalam asyik menonton 731, saya juga telah menonton filem La La Land hari ini. Saya suka lah filem ini. Pada mulanya saya agak skeptikal untuk menonton filem ini kerana selalunya filem yang menang oscar ini adalah membosankan, but not La La Land.

Bagi saya filem ini cantik. I like the way they present it, it was neat and beautiful. Lagu nya sedap dan pelakonnya best. Saya menangis juga sikit-sikit waktu ending cerita.

Lewat malam semalam, saya telah ter tonton satu filem Filipina ni di channel...( tak ingat). Again ceritanya adalah bersekitar mengenai cinta pasangan suami isteri. 

Seperti La La Land, ianya adalah mengenai kasih sayang seorang suami/pasangan lelaki terhadap isteri/pasangan perempuan. Saya selalu terkesan apabila melihat kasih sayang ini sebab saya boleh relate dengan suami saya.

Haaa...betul, bukan suami saya saja, tapi saya lihat ramai lelaki yang baik yang betul-betul sayang kepada pasangan isteri dan keluarga. Kasih sayang mereka ini kadang kala membuatkan mereka mengambil tindakan yang tidak bijak, but they did it for love. Tapiii, orang perempuan bila tahu perkara sebenar asyik nak marah-marah aja, termasuklah saya. Ha ha ha...

Elok juga menonton cerita seperti ini supaya kita boleh tahu apa yang orang belah sana fikirkan. Mungkin apa yang mereka fikirkan itu tidaklah tepat, walau bagaimanapun kita tahu lah yang asal usul fikiran mereka adalah perasaan sayang dan perasaan bertanggung jawab untuk "protect" isteri...

Well, mari lah belajar dan cuba menjadi insan yang lebih baik kan.

Hmmm...ok lah people. No photo for today's post.  Have a productive week ahead and see you in the next post.

No comments:

Post a Comment