Assalamualaikum.
Ini adalah sambungan selepas cerita Adli kahwin di Melaka dan juga percutian singkat kami di A Famosa Resort.
Sepanjang di Shah Alam, kami telah menjalankan banyak aktiviti dan saya rasa kami memang agak kekurangan rehat sepanjang di Semenanjug.
Antara aktiviti yang kami lakukan adalah makan. Kami makan ikan bakar di Jalan Bellamy, minum cendol juga, makan di rumah Mek Yah, juga keluar lepak di luar dengan Mek Yah. Mari tengok gambar2 yang ada.
Haa...makan umah Mekyah...Mekyah masak ayam masak lemak, ada sambal belacan yang sedap dan ikan goreng...sedap.
Makan mee goreng mamak di Restoran Uncle K Shah Alam...favourite suami saya
Makan deghoyan...ha ha ha...baru-baru ni saya pergi Keningau, durian yang baik punya hanya RM10 sekilo. Bila dia tengok ada durian yang tidak elok, dia nak ganti pulak...
Hah...adalah gambar satu ini yang meriah dengan makanan...
Kami juga pergi shopping kain untuk buat baju raya dan terus hantar kain kepada tailor. Settle, saya tidak akan fikir lagi tentang baju raya selepas ini. Semoga baju raya saya cantik, aamiin.
Kami menyambung cuti kerana anak sedara kami Huda akan nikah pada 13 Januari 2018. Pada 12 Januari, saya dan suami telah ke Sg Buaya untuk memeriahkan suasana. Kami tidak lah menolong sangat pun, saja aja tunjuk sibuk kan.
Antara kerja yang perlu di buat adalah memasukkan bunga telur ke dalam bekas bunga telur tu. Kematu juga punkoq bila kena duduk bersila dan masukkan seribu bijik telur. Walau bagaimanapun, alhamdulillah Cik Najihah ada membawa kawan-kawan serta adik kawan-kawan sekolah dia datang untuk membantu. Lega lah sikit orang-orang tua yang pakat-pakat sakit lutut tuh...hi hi hi
Upacara di atas pula adalah upacara meletak bunga telur juga, tapi ke bunga-bunga telur yang di letakkan di tepi pelamin tu.
Upacara seterusnya adalah mesyuarat untuk kenduri esoknya. Kak Ina saya ada ramaiiiiii abang dan semuanya meriah-meriah belaka. Seronok bila beramai dengan depa ni.
Selain daripada itu, upacara yang tidak kurang pentingnya adalah makan. Ada banyakkkkk makanan. Saya makan ajalah...
Malamnya, kami balik awal kerana kami perlu sampai awal ke Dewan sebab akad nikah akan dijalankan pada jam 9.00 pagi.
No comments:
Post a Comment