Tuesday, January 2, 2018

Hari Pertama Bekerja, 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 2 Januari 2018, hari pertama bekerja untuk tahun 2018.

Hari ini agak mendung dan sejuk. Saya dan suami mengalami sedikit demam, mungkin kerana terlampau sibuk ke sana ke sini pada hari Sabtu dan Ahad. Di tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun saya juga ada dengar bahawa agak ramai juga mereka yang saya kenali mengalami demam. Sebab saya ada kerja yang perlu di buat, juga saya akan balik kampung pada hari Khamis ini insyaa allah, saya telah telan vitamin C banyak sikit bersama-sama doa semoga cepat sembuh. 

Macam mana perasaan saya bekerja pada hari pertama tahun 2018? Hah hah hah, sesungguhnya tiada yang berlainan. Itu yang saya mengambil keputusan untuk menulis di blog ini kerana ianya mungkin akan memberi idea baru, ataupun semangat baru untuk saya.

Hari ini juga ada pegawai baru dari S M E Corp akan datang, untuk berkenalana. Bunyi nye mesti pelik kan, datang untuk berkenalan, tapi ye lah, itu adalah langkah pertama untuk kami bekerjasama seterusnya pada masa hadapan. Pegawai lama daripada Agensi berkenaan telah cukup jangkamasa perkhidmatannya di Sabah dan telah pulang semula ke HQ.

Seorang lagi rakan kami dari M I T I juga telah kembali ke HQ pada bulan Mei 2017.

Haul saya juga semakain dekat iaitu pada 1 April 2018 dan ini bermakna kemungkinan saya akan di panggil balik ke HQ adalah semakin dekat. Saya okay aja, balik HQ pun ok, duduk KK pun okay, semoga Allah akan bagi saya sesuatu yang bersuaian untuk diri ini, supaya saya dapat menyumbang dengan baik dan kehidupan saya juga selesa. Aamiin.

Haa, tadi juga saya telah ke TH, untuk membuat sedikit urusan peribadi. Saya juga berpeluang bertanya kepada orang TH bagaimana kami bisa membuat rayuan untuk mengerjakan haji lebih cepat. Kami agak gembira dengan penerangan yang di beri di mana kami telah diminta untuk menyediakan surat rayuan dan mengembalikan surat tersebut di kaunter yang sama by hand. We shall do that soon, insyaa allah.

Ehhh...saya banyak kerja dan tak sempat sambung blog ini. Kita jumpa lagi di lain masa you alls.




No comments:

Post a Comment