Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, jam 6.50 petang. Kami sudah selesai menunai solat Maghrib dan hari ini kami tidak ke mana-mana kerana saya telah mengalami muntah dan cherry berry. Ada dalam 5 kali saya muntah dengan teruknya dan selepas itu telah terbaring sehingga zohor dan for the rest of the day, saya terus rasa macam tidak larat.
Due to that, everything that we planned today was not materialized. Janji nak pergi urut kaki, tak jadi. Janji nak pergi exercise (walking around the shopping complex) dan minum di Oceanus pada petangnya, tidak jadi juga. Saya melepek saja di depan tv hari ini.
But alhamdulillah, I am feeling better now and I hope my condition will improve tomorrow. Kena kerja kan.
Hari ini saya mahu bercerita tentang sambutan hari jadi emak saya yang ke 84. Tahun ini adalah tahun ke 3 saya tidak dapat meraikan sambutan hari jadi emak saya. Saya ada telefon emak saya baru-baru ini and she was very cheerful. Dia bersemangat bercerita mengenai menantu baru abang saya yang menurutnya rajin menolong mengemas halaman rumah di kampung (consideration penting buat emak saya, rajin mengemas, luar dan dalam rumah).
Hari jadi emak saya sebenarnya adalah pada 2 Februari, walau bagaimanapun, abang dan kakak saya hanya dapat balik pada 4 Februari. Sambutan di buat di Hadramout Ipoh. Adalah kek sikit..mari tengok gambar...
Yay, senyum lebar...Happy bday Mak, semoga dipanjangkan umur emak bersama kesihatan yang baik dan penuh barakah.
Dengan Abg Hab, Kakak dan Kak Ina
Saya juga dimaklumkan yang emak saya juga telah menerima bunga dan cokelat...one happy face juga.
Semoga akan ada many years to come, insyaa allah.
No comments:
Post a Comment