Monday, June 1, 2015

Sudah Lebih 60 Ribu Pelawat

Assalamualaikum.

Sorry lah sebab sudah lama bebeno saya tidak update blog ini. Minggu lepas, ada banyak sikit kerja dan sedikit stress juga...so, no mood lah.

Hari ini hari Isnin, 1 Jun 2015, hari ke 62 kami di KK. Hari ini, Sabah cuti sempena perayaan hari Keamatan. Ianya adalah perayaan sempena hari menuai (dulu-dulu lah). Saya pulak, seronok cuti lah.

Sebab terlampau lama tidak update blog ini, langsung saya sudah tidak pasti bagaimana untuk update blog. Rasa macam terlampau banyak benda yang mahu di ceritakan, tetapi tidak pasti bagaimana nak mula.

Mari cerita fasal hari ini lah ye, yup, kami bangun pagi, pergi for our morning walk, and had breakfast outside. After that, we went home, kemas rumah, basuh kain lepak, masak, makan dan tidur...ekekekekek. 

Petang nye pulak, saya pergi airport untuk menjemput seorang kawan yang baru tiba dari KL. Dan sekarang, lepas Isyak, kami lepak lepak sebelum mata pedih.

Ehh...saya nak share menu tengahari tadi boleh?


Yup, saya masak sambal tumis udang hari ni. Buah mempelam tu adalah buah mempelam kat belakang rumah tu yang menjadi sumber vitamin C saya sekarang. Ada timun dan sumber kepedasan saya adalah ikan bilis yang saya letak cabai burung, kicap dan asam limau. Bahaya juga ada benda-benda macam ini sebab selera bertambah kan, langsung gagal diet saya..hiks.

Oklah...di sini dulu. And thank you continuing reading my posts guys. Mungkin hanya 60,000, tapi saya cukup bershukur. Tapi kan, di KK ni, saya tidak ada satu tempat makan yang saya suka sungguh sungguh untuk celebrate bilangan pembaca yang sudah 60,000 tu.  Tak pe, tunggu balik Shah Alam baru kita celebrate kow kow punye...

No comments:

Post a Comment