Thursday, June 4, 2015

Dia Bukan Lelaki Lagi

Semalam, saya menaiki MAS Wings ke Labuan.

Sewaktu di airport, saya dapat merasakan keadaan yang agak terganggu di kalangan warga pekerja "MAS", maklumlah, ada antara mereka yang akan diberhentikan, jadi mestilah sedih kan.

Perjalanan ke Labuan sekejap aja pun, dalam 30 minit macam tu, kapal terbang pun kecik sungguh, macam firefly. Sebab perjalanan pendek sangat, kami hanya dihidangkan milo di dalam kotak sahaja, salted peanuts tu pun tak dapat...

Anyway, saya telah mendapat tempat duduk di sebelah uncle ni. Dia ni rajin sangat lah pulak nak bersembang dengan saya sedangkan saya di waktu itu hendak membaca surat khabar Borneo Post. Buka apa, saya nak focus dengan satu article ni, article mengenai bapa tiri Kim Kardashian yang telah menjadi wanita sekarang ini.

Sebenarnya, sewaktu saya menonton The Kardashian dahulu, watak tiri kepada Kim Kardashian adalah watak yang saya paling suka. Saya suka watak dia sebagai suami yang baik, bapa yang penyayang, dan lebih hebat lagi, dia pernah mendapat pingat EMAS di Sukan OLIMPIK. Bukan senang tu, EMAS di OLIMPIK. Tapi sekarang...dia bukan lagi lelaki. Adoiii...tapi uncle tu kacau betul la, langsung saya baca pun lompat-lompat aja.

Kali ini saya sempat berada lama sedikit di Labuan. Saya belum lagi dapat tengok lagi apa yang sebenarnya interesting di Labuan ni, tapi dari tempat saya makan di sebuah ofis ni, pemandangannya adalah laut, dan nampak menarik. Saya juga telah diberitahu yang saya boleh ke Labuan menaiki feri daripada Jesselton Point di KK. Saya sempat singgah di stesen Ferinya yang kelihatan lebih kurang seperti stesen Feri di Langkawi. 

Kononnya harga cokelat di Labuan adalah murah, tapi bila saya tengok balik, saya tidak nampak di mana murahnya. Pilihan jenis cokelat pun tidak berapa menarik. Display lagilah kurang..heee. Tapi saya beli lah juga sikit untuk kawan-kawan di ofis.

Sewaktu perjalanan balik ke KK, saya dapat tempat duduk di tepi tingkap. Saya nampak pemandangan laut yang cantik dengan beberapa buah pulau dengan air yang jernih. Saya bercadang untuk ke Labuan menaiki feri, tidur semalam dan balik ke KK naik kapal terbang..hmm...mungkin selepas puasa nanti.

Okay...itu aja






No comments:

Post a Comment