Wednesday, June 17, 2015

Kundasang, Kami Sampai Juga Akhirnya

Assalamualaikum.

Hari ini, hari Rabu, hari terakhir sebelum bulan Ramadhan. Saya ambil cuti hari ini, walaupun tetap kena pergi juga kerja pada paginya kerana ada appointment penting. Hari pulak hujan sejak malam semalam, hmmm, sesuai sangatlah untuk berehat di dalam kesejukan.

Pada hari Sabtu lepas, 13 Jun, lebih kurang dalam jam 3.00 pagi, ada lagi satu gegaran yang agak kuat iaitu pada skala 5.2. Walau bagaimanapun, saya dengan suami memang tidak rasa langsung gegaran kali ini, kami memang tidur nyenyak lah tu. Kami hanya tahu mengenainya apa bila saya buka kumpulan wassup ofis Sabah dan kami dapati group ini telah aktif bercerita mengenai gegaran sejak jam 3.00 pagi lagi kerana mereka telah dibangunkan oleh gegaran tersebut dan menghadapi masalah untuk kembali tidur.

Kami pulak, memang bercadang untuk Kundasang. Saya takut juga sebenarnya dan terus bertanya dengan Tokbomo. Tokbomo pulak, tidak memberi jawapan, dia diam aja tapi terus masukkan barang ke dalam kereta. Saya pun ikut ajalah, tapi doa banyak-banyak. Dan, untuk perjalanan kami yang ini, kami tidak bagi tahu siapa-siapa pun di Semenanjung kerana tidak mahu keluarga risau dan nanti cakap bukan-bukan...kiranya kami pergi diam-diam lah.

Kami keluar daripada rumah dalam jam 10.00 pagi. Alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan saya rasa kualiti jalan raya juga adalah baik. Di setengah tempat sewaktu perjalanan, kabus adalah amat tebal dan kami terus merancang untuk balik awal keesokan harinya bagi mengelakkan masalah sekiranya balik lewat dan jalan semakin gelap.

Kami ada berhenti di satu tempat ni, sebuah pekan kecil yang namanya Nabalu...

Kami berhenti untuk minum kopi yang memang sesuai sangat dengan cuaca yang sejuk

ada gerai di situ, tapi tiada yang menarik minat kami

Kami meneruskan perjalanan selepas itu dan sampai Kundasang dalam jam 12.00 pm lebih dan terus menggagau nak pergi ke mana. Saya memang tidak sempat langsung untuk buat homework dan merancang perjalanan kali ini sedangkan Tokbomo pulak, kalau tidak buat secara berjemaah perkara perkara yang macam ini, dia macam malas aja. Tapii, tiba-tiba kami ternampak signage "Kinabalu Park" ni dan mengambil keputusan untuk masuk.




Tempat ni ada rumah rehat untuk para pendaki dan memang salah satu starting point untuk mendaki rasanya...kalu tak silap kalu...hiks. Kami pun bergambo lah di peta yang ada tu

bergambo pulak kat sini 

Lepas tuuu, ingat kan nak berjalan dan menikmati kecantikan alam semulajadi, tapi bila tengok ramai orang yang drive, kami pun patah balik pergi amik kereta

saya pulak bergambo

Di dalam tempat tu, ada juga aktiviti lain seperti jungle tracking tapi waktu kami sampai tu, kami sudah terlepas untuk ikut group yang sebelumnya dan the next group is to depart at 2.30pm. Oleh kerana malas nak tunggu, kami belah ajalah, mungkin kami akan buat aktitivi ini di lain masa, insyaa allah.


Bila pergi parking balik, kami pun tangkap gambo guna self timer

yang ni saya amik.... 

daun pokok ni sangat cantik

Selepas itu kami naik kereta dan keluar daripada Kinabalu Nature Park tu dan nampak pemandangan cantik. Kita orang pergi park kereta dan pergi seberang  jalan untuk tangkap gambo...he he he 

cantik kan?...tak sangka cantik sungguh Kundasang ni

saya pulak 

hah...just to let you have some rough idea on how the location is. Belakang Tokbomo tu adalah Kinabalu Nature park, dan kami telah keluar dari situ and park our car di tempat meletak kereta itu, dan and we went across the road to snap some pictures (teruknye bahasa saya, campur-campur sungguh)


Lepas tu, kami sambung perjalanan ke Kundasang dan terus berhenti di sini...di belakang kabus/awan itu adalah gunung Kinabalu 

sesi termenung

Sebab  masih awal dan tidak boleh check in di hotel lagi, we decided to go to Desa Cattle Farm which is located about 5 km from Kundasang 

Sampai aja di Desa Cattle Park, terus park kereta dan tangkap gambo dengan lembu.


Tangkap gambo di entrance ini juga dan tiba-tiba...

Alamak....ada notice ni....

Desa Cattle Farm ni memang terletak dalam 5 km daripada Mesilau which is very near to the Mt. Sewaktu gegaran yang pertama dahulu, ada sedikit kerosakan di tempat ini dan kerosakan itu perlu dibaiki. Desa Cattle Farm masih beroperasi tetapi tidak di buka untuk umum. I was informed that the place will be opened for public this coming Monday. 

Sedih tak dapat masuk, tak pe, kita tangkap gambo dulu

Langit biru

kabus tebal 

guna self timer lagi  

hiksss...posing special ni 

 Posing berdua dengan lembu

Kami jumpa taman ini dalam perjalanan balik ke hotel. Saya ada baca di dalam blog orang lain yang mengatakan bahawa tempat ini macam run down sikit. Tapi since kami pun tak tahu nak buat apa, kami masuk ajalah, at least boleh exercise kan. 

Kena naik tangga dan ada tiga buah taman di sini. Yang ini taman "Australia" 


haaaa...ada bendera

Taman "English"

Macam secret garden...ada roses 

Dan last sekali, ada taman Borneo.

Tempat ni akan lebih cantik sekiranya dijaga dengan betul...tapi kan saya dengan Tokbomo macam happy juga di sini....tak tahu lah kenapa 

Tokbomo tangkap gambar ni sebab rindu dengan pokok dia di Shah Alam

Saya...belakang tu adalah Mount Kinabalu yang di selaputi awan

 
Excited sebab nampak sikit sikit Gunung tuh

Haaa.....nampak la donkey  ears tu sikit

seee?

Lama juga kami lepak kat sini

Sewaktu nak naik kereta, nampak pulak pengantin dan rombongan nak tangkap gambar, pengantinnya cantik sekali

Lepas tu, kami pergi check in kat hotel


 Kami sebenarnya nak tinggal di Pines Resort, tapi penuh

Lepas checked in, kami kena berjalan ke chalet kami....kami kena lalu jambatan gantung ni

and this is our chalet 

chalet no 7

ada dua katil

dan clean toilet..

tapiii...kami ada masalah sikit sebab air panasnya macam tak berfungsi...masalah betullah

Kami terus solat dan ready untuk makan

makan kat luar sebab kat dalam tak de kerusi. Lagi pun, kat luar ni sejukkk, tak panas

bawa lauk ni aja...udang masak petai

yay...macam isteri mithali pulak kan...he he he 

Makannnnn....... 

gambar chalet dari jauh.

Lepas solat dan makan, kami pergi keluar dari bilik untuk mencari platform di mana kami boleh melihat gunung Kinabalu esok paginye dan juga sambil2 tangkap gambo

yay, buat promosi free untuk hotel ni...boleh laaaaa....tapi depa kena baiki sistem air panas untuk mandi laaa....tak stabil sikit sistemnya dan sesungguhnya mandi tanpa air panas di sini adalah menyeksakan.

di bawah bukit tu ada kem bina semangat kalau tak silap

gambar favourite saya...macam cantik aja saya rasa

uwaaaa....6 pack...hiks

kami berjalan ke platform dan saya nak capture gambar titi gantung tu

the platform...tak nampak langsung gunung waktu ni

posing la sikit

lagii

selfie...gambar ini dipilih sebab Tokbomo nampak kurang stress, sebab gambar yang lain, nampak dia stress sikit....heee


berjalan-jalan untuk membakar kalori

Macam Salem High Country kan? Sape ingat?

heeeeeee
Haaa...atas titi gantung tu dan contoh muka Tokbomo stresss......he he he. Bukan apa, dia stress sebab takut gambar tak jadi...

saya pulak di titi gantung tu

kami singgah di salah satu deck di antara chalet chalet yang ada...tak boleh bawa orang tua ke tempat ini sebab banyak tangga

Lepas balik tu, kami mandi sikit sikit (sebab sejuk) solat dan dinner...

makan roti loooo....denan kopi Tenom

Tokbomo...

Lepas tu, kami tidur looo....okay, esok saya sambung, insyaa allah



No comments:

Post a Comment