Friday, June 19, 2015

Ramadhan Pertama di KK

Assalamualaikum.

Hari ke 2 puasa sudah bah....hiksss...

Tetapi, untuk post yang ini, saya akan bercerita mengenai semalam, iaitu hari pertama saya berpuasa di KK. 

Saya sebenarnya sudah berpuasa banyak kali di KK, tetapi inilah kali pertama saya berpuasa dengan Tokbomo, puasa wajib pulak tu, maka ianya adalah tidak sama dengan puasa qadha yang saya buat sendirian.

Di sini waktu subuh masuk pada jam 4.39 pagi dan menurut perancangan, saya perlu bangun dalam jam 3.50 pagi supaya selesa, boleh buat persiapan pelan-pelan dan makan pun tidak tergesa-gesa. Walau bagaimanapun, oleh kerana saya bercuti pada hari Rabu yang kononnya untuk berehat, maka saya pun telah tidur pada waktu siang sehingga menghadapi masalah sedikit untuk tidur pada waktu malam. Andddd...as a result of that, I woke up at 4.20 am dan waktu imsak di Sabah pulak adalah 4.30 pagi.

Hmmm...bila nampak waktu dah 4.20 pagi, apa lagi, MAYDAY! MAYDAY!...Melompat lah saya bangun, panaskan nasik (nasib baik nasi ada lagi, tak payah masak), panaskan gulai semalam serta tambah ikan dan buat air kopi untuk Tokbomo.

Lepas tu, saya kena pergi paksa Tokbomo bangun, and somehow, alhamdulillah, semua settle sebelum subuh, hikssss.

Selepas solat subuh dan sempat juga masukkan baju ke dalam washing machine, jam baru menunjukkan pukul 5.20 pagi...apa lagi, mata pun mula layu dan saya dan hubby memanglah akan tidur balik dan di sinilah masalah bermula kerana kami di Sabah akan mula bekerja pada jam 7.30 pagi....masalah besar betullll.

Pada waktu petang pula, kami boleh balik meninggalkan pejabat pada jam 4.00 petang. Oleh kerana tiada traffik jam semua, maka saya memang sangat berkesempatan untuk masak makanan berbuka. 

Semalam, saya telah menyediakan ikannn (lupa nama ikan) masak sweet sour. Cabaran memasak sewaktu bulan puasa ini adalah apabila hendak merasa makanan. Saya tidak berani untuk merasa makanan jadi saya main agak ajalah rasa makanan itu...nasib baik suami saya penyabar orangnya jadi kalau tak betul rasa, dia boleh aja secara tenang suruh adjust sikit dan menunggu, buat nya dapat suami cepat marah...haaa...kita marah ajalah dia balik kan ...tanya aja balik  "nak makan ke tak?"...hah....hah...hah..."selamat" laaaa kalau semua orang berfikir macam ini.

Malam semalam, saya telah terlena pada jam 10.00 dan berjaya bangun untuk sahur pada jam 4.00 pagi, alhamdulillah. 

Saya teruja sebenarnya untuk berkongsi pengalaman berpuasa di KK ni bersama Tokbomoh. Di sini, kami berbuka lebih awal iaitu pada jam 6.30 mlm. Walau bagaimanapun, semalam, sewaktu menonton tv dan tiba-tiba disiarkan gambar Prof Dr Muhaya membaca doa berbuka puasa, tiba-tiba hati jadi sayu sikit. Heee...bukan apa, teringatlah keadaan kami berbuka puasa di Shah Alam pulak kan di mana kami selalunya akan menunggu azan di TV dan baca doa berbuka bersama-sama TV. Di sini, kami hanya mengharapkan azan dari handphone yang akan berhenti pulak kalau ada whatsup message.

Aish...panjangnya pulak tulisan saya ni...pada yang sudi membaca, terima kasih. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna, insyaa allah. 




2 comments:

  1. Kat Sabah, dh xpayah bukak posa dlm kete mcm dok KL ..hihi

    ReplyDelete
  2. betull...traffic jam kat Sabah is nothing compare to KL...

    ReplyDelete