Assalamualaikum.
Hari ini, hari Isnin, 29 Jun 2015, hari ke 12 umat Islam berpuasa. Sekarang ni sudah jam 7.15 malam dan kami di Sabah sudah siap berbuka dan solat Maghrib, sekarang ni, tengah berehat sekejap sebelum solat Isyak/Tarawikh, insyaa allah.
Petang tadi, dalam jam 3.00 petang, saya telah menerima message daripada seorang kawan lama yang berbunyi macam ini "Cikbib....bz benorr yeaa....musti miss Shah Alam kan...time2 posa nie...".
Hiksss...sebenarnya saya tahu kawan saya ni nak tanya macam ini sebenarnya "Awat tak update blog lama sangat nih?"...hiksss...betul kan wahai dahi luas?...ekekekeek
Sebenarnya minggu lepas saya sibuk la sikit sebab ada program melawat kilang. Pada hari Isnin dan Selasa, kami telah melawat kilang-kilang di sekitar KK. Walaupun tidak jauh, tetapi sebab cuaca panas, saya akan sampai di rumah dalam keadaan yang agak letih. Sampai rumah, kadang-kadang saya masak, kadang-kadang saya panaskan aja lauk semalam dan setakat goreng ikan bilis/telur untuk tambah lauk.
Pada hari Jumaat pulak, saya telah ke Sandakan sebab ada program melawat kilang juga. Kami ambil flight paling awal dalam jam 7.00 pagi dan pulang ke KK pada petangnya. Esoknya pula pada hari Sabtu, saya ke Tawau, ada seminar. Lagi sekali saya ambil flight terawal untuk ke Tawau pada paginya dan pulang ke KK pada petangnya. Balik ke rumah, saya masak gulai lemak cabai burung dengan kentang yang pedasss...hiks...
Pada hari Ahad, saya memang dah target untuk bangun lambat sebab geram kena kerja pada hari Sabtu. Lepas bangun, kami ke KK, jalan-jalan. Tokbomo telah beli butang baju Melayu yang di buat daripada mutiara tu. Sebelum beli saya dah suruh dia cek dulu sama ada boleh tak lelaki pakai mutiara...nanti kut tak boleh pakai pulak kan.
Balik ke rumah, petangnya saya telah mendapat idea untuk menconvert bubur kacang yang saya buat stock hari tu kepada coq kacang (kuih kasturi). Hiksss...sedap babe.
Hmmm...itulah secara ringkas apa yang berlaku minggu lepas. Kami ada satu program besar pada 11 Julai ni, sebelum kami balik raya pada 13 Julai. Hmm, doakan semoga semuanya akan berjalan dengan baik, semoga dipermudahkan semua urusan kami dan semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Insyaa allah.
Ehh, saya ada amik beberapa gambo yang boleh juga saya share di sini....
Hikkss...atas ni adalah gambar awan yang saya amik sewaktu dalam perjalanan balik dari Tawau lebih kurang pada jam 4.00 petang. Kalau ke Tawau kami naik Boeing, tapi kalau ke Labuan/Lahat Datu, kita orang naik MAS Wings. MAS Wings tu, kalu kita badan besar, mahu tersepit kat kerusi tak boleh keluar sebab sempit sangat.
Yang ini waktu pagi sewaktu perjalanan pergi ke Tawau. Saya dapat seat yang mengadap ke Banjaran gunung....tengok ada puncak-puncak yang masih kelihatan
Yang ni pulak pastinya the Majestic Kinabalu. Gambar ini ditangkap sewaktu perjalanan ke Tawau juga. Daripada gambar ini kita boleh nampak macam mana muka bumi Sabah ni, tengok lapisan-lapisan bukit bakau, gunung ganang tu....Indahnya ciptaan tuhan.
As for Sandakan dengan Tawau pulak, there's nothing much that I can tell la. Lagipun saya hanya berada disana dalam 4-5 jam sahaja dan kebanyakan masa telah dihabiskan di kilang/hotel. Saya tidak nampak apa-apa yang menarik untuk diceritakan kecuali Semporna yang terletak dalam 2 jam daripada Tawau. Daripada Semporna, kita boleh pergi ke pulau pulau yang cantik cantik.
Ok, itu sahajalah laporan untuk 21-28 Jun 2015.
===========================================
Saya ada save beberapa gambar makanan yang kami makan sewaktu puasa ni...saja nak share
Yang ni bubur kacang yang diletak ais krim vanilla serta buah mempelam daripada pokok di belakang rumah kita orang
Hmmm....makanan berbuka puasa kami, kacang buncis digoreng bersama udang, ikan masak sweet sour, tamar dan cucur udang semalam yang di perangat. Saya minum air kopi tenom...sekarang ni saya addicted la dengan kopi tenom...
Hih...stock bubur kacang yang saya buat untuk Tokbomo. Kalau hari tidak puasa, cepat aja bubur kacang ni habis, tapi bila bulan puasa, tak larat pulak nak makan. Tapi bila saya jadi terpandai untuk convert bubur kacang ni kepada coq kacang, hubby is a very happy man. Dia dah siap kira dan cakap kat saya "Cikbib, ada dua bekas lagi bubur kacang, nanti Cikbib convert lagi jadi coq kacang ye".
Wellll....panjang entry saya kali ni. Saya nak stop mandi dan pergi solat. Terima kasih wahai sahabat yang setia membaca post-post saya ni...doakan dipermudahkan semua urusan saya supaya saya berpeluang untuk terus membuat post di sini. Selamat menjalankan ibadah puasa!
No comments:
Post a Comment