Wednesday, June 3, 2015

Bila Perut Buat Hal

Semalam, perut saya buat hal sikit. Saya sakit perut dan asyik ke tandas sampai jam 3.00 pagi...tapi alhamdulillah , selepas jam 3.00 pagi, saya hanya ke tandas semula pada jam 5.20 pagi, jadi, sempatlah tidur 2 jam setengah.

Sakit perut ni biasa sebenarnya, tapi yang membuatkan saya risau adalah kerana saya perlu ke Labuan pada esoknya (hari ini laaa), dan kena naik kapal terbang lagi. Hmmm...bila travel, pergi tempat orang, kalau sakit perut tu, masalah lah sikit kan.

Oleh sebab risau tu, saya dah alert group ofis saya jam 3.00 pagi tu jugak. Saya bagi tahu keadaan saya dan sekiranya saya tidak pulih waktu paginya, I just have to cancel my trip to Labuan.

Tapi alhamdulillah, saya doa banyak-banyak dan mengambil keputusan untuk tidak makan dan minum sebelum sampai ke Labuan. Tapi, bila sampai Labuan, saya telah makan garlic bread dengan telur separuh masak di Airport Labuan. Hiks, mungkin sebab perut memang kosong tahap gaban, saya merasakan breakfast hari ini adalah breakfast yang sangat lah sedap.

Event di Labuan berjalan dengan baik dan saya telah mengambil keputusan untuk terus ke rumah kerana perut saya macam nak buat hal balik. Bila sampai rumah, dapat pulak message yang mencabar sedikit...tapi saya telah sambut cabaran itu...semoga cara saya menyambut cabaran itu telah di terima dengan baik.

Dan sekarang, saya adalah sangat mengantuk...nak tidur awal, ganti tidur semalam yang kurang sempurna itu.

okayyy...chow dulu

No comments:

Post a Comment