Assalamualaikum.
Hari ini hari Sabtu, hari ke 3 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Jam sekarang menunjukkan 5 petang. Kami tengah bergolek-golek depan tv, tengok laptop, tengok handphone.
Mari bercerita mengenai hari ke 2 kami di Kundasang. Pada paginya, kami bangun, kami solat Subuh dan saya pesan dengan Tokbomo "jangan tidur balik, kita nak tengok Gunung Kinabalu", dan waktu tu sudah pukul 6.00 pagi.
Tokbomo pun cakap "ok" sambil tangan dia pergi tekan suis untuk "on" kan kettle, dia dah lapar la tu. Sekali tu, bila saya selak langsir tingkap, tengok-tengok kami dah boleh tengok Gunung Kinabalu dengan jelas, kabus dah tak de. Shuk pun apa lagi, terus cakap "jom cikbib, tak yah minum dulu, jom kita tengok Gunung dulu".
Hikssss...excited dua-dua, tak mandi pulak tu dua-dua pun. Shuk ada amik gambar juga sewaktu keluar dari bilik kita orang :
This is the view from our room, quite clear, but blocked by the trees
Yang ni bila kami naik sikit ke atas, dari tangga
uwaaa...dasyatnya gaya saya berjalan, he he he he he...yang asap tu, adalah asap rokok kepada orang yang mengambil gambar ni ye
Gambar ni mungkin ntah apa-apa for some, tapi ianya menggambarkan betapa excitednya saya....haihhhh
Akhirnya sampai di platform tempat melihat Gunung tu, saya tak tahu nak cerita, tapi memang ada perasaan lain sikit lah, Gunung ni terasa ada aura. Seorang kawan telah menggunakan perkataan "majestic" untuk menceritakan Gunung Kinabalu ni dan saya rasa perkataan tersebut memang sangat sesuai.
Yup another one
Lagi satu...tapi awan/fog tu sudah secara perlahan mula melindungi Gunung tersebut. Sebab dah tak nampak gunung, kami pun balik lah ke bilik semula
Sewaktu kami lepak-lepak di bilik, tiba-tiba kami perasan yang Gunung tu kembali kelihatan
kami pun tangkap lah gambo
Camera kami tidak lah hebat sangat...tapi ini lah yang dapat kami ambil. Kami mengambil keputusan untuk turun ke Pekan Kundasang untuk mendapatkan view yang lebih baik, tetapi rezeki tidak bersama kami, bila kami sampai, gunung telah bersembunyi kembali.
Kami pun balik ke hotel untuk mandi. Haaa..bila mandi ni la yang saya nak cerita macam mana air panas di chalet kita orang tu buat hal. Sekejap adaaa, sekejap tak dee...Waktu saya mandi, tak de pun air panas, langsung saya terpaksa masak air dalam kettle dan letak di dalam timba sebab jika saya tak buat macam tu, airnye sejuk macam ais. Tapi, rezeki hubby lah sebab bila dia mandi, ada pulak air panas tu...puas lah dia mandi. Saya mandi sikit-sikit aja, habiskan air setimba...hiks.
Anyway, lepas mandi, makan roti dan maggi, kita orang pun check out, dan meneruskan perjalanan ke Ranau. Di Ranau, kami pergi lah ke kolam air panas di Poring. Tempat ini pun baru buka pada hari yang kami pergi tu, tapi tidak untuk semua aktiviti.
ada jambatan di Poring
Dan ada Sungai yang lawa di bawah jambatan itu
yeah...gaya istimewa daripada model berbayar saya...ekekekeek
Lepas tu, kami singgah tengok Sabah Tea (dari luar aja, maleh nak masuk). Kami cari tempat ikan kelah tu, tak jumpa, maleh nak cari...hiks.
Lepas tu kami balik, dan dalam perjalanan balik kami singgah beli sayur di Kundasang. Sayur di sini sangat menggoda dan kami telah beli banyak....
Okkkk...lepas tu kami pun balik....semoga keadaan akan bertambah baik di Kundasang/Ranau, dan semoga ada rezeki untuk kami ke sana lagi, insyaa allah.
waaaa... sayoq dia mmg menggoda la kak bib.. cantikla kundasang.. jatuh cinta ngan sabah bah...
ReplyDelete