Assalamualaikum.
Saya ada satu pengalaman yang saya nak kongsikan.
Semalam, saya dan hubby telah melawat seorang remaja yang berumur 17 tahun. Remaja ini telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya di tingkatan 5, dan tidak akan duduk untuk peperiksaan SPM. Sebaliknya, dia sekarang sedang mengikut satu kursus yang dianjurkan oleh Kementerian S umber M anusia. Kursus ini diadakan khas untuk para remaja dengan tujuan supaya mereka mempunyai kepakaran tertentu dan seterusnya bersedia untuk alam pekerjaan.
Kami pergi kerana telah di amanahkan oleh ibu remaja tersebut yang tinggal agak jauh untuk menyampaikan sedikit wang perbelanjaan.
Sewaktu dalam perjalanan, saya telah berbincang dengan Tokbomo supaya mengingatkan sedikit remaja itu untuk belajar rajin2 dan jangan tinggal solat. Tokbomo pun kata "okay".
Bila berjumpa, dan bercerita tentang kehidupan remaja tersebut di kolej juga rumah sewa, saya pun cakap lah pesanan yang saya sempat dan ingat, ye lah, standard la kan..."Belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat, hati-hati bila berkawan dengan lelaki-lelaki di situ, jangan keluar malam sebab tempat tu bahaya sikit". Hiksss..mak nenek sungguh saya ni rupanya. Saya juga siap pesan dekat dia "jaga kebersihan, jangan nanti, kalau tidak bersih, kulit boleh tumbuh macam macam."
Tokbomo dan saya, ikhlas ajalah kan. Kami pun pernah jadi remaja, duduk asrama, duduk rumah sewa. So, we roughly know how it is lah kan.
Tapi, yang syahdunya sikit adalah, bila kami bersalam sewaktu Tokbomo dan saya sudah nak balik tu, budak tu tiba-tiba cakap "nak peluk" dan dia pun terus peluk saya. Kasihan, dia rindu dekat emak dia kut dan rasa macam 'I need a hug' macam tu kan, jadi, bila dah tak de orang lain yang dia boleh peluk, terpaksa la dia peluk saya yang comel lote ni, ntah cukup ntah idak tangan dia bila dia peluk saya tu, hiksss. Remaja ini cukup keding orang nya.
Saya kasihan dengan remaja tersebut. Keluarga dia susah. Dia mungkin cerdik budaknya dan ada banyak kelebihan sekiranya di gilap...tapi ye lah, mak dan ayahnya bukannya tidak mahu menggilap, tapi mereka tidak tahu apa dan bagaimana untuk meng-gilap.
Sebelum balik, kami berpesan supaya remaja tersebut menghubungi kami sekiranya dia memerlukan apa-apa bantuan. Saya dapat lihat remaja ini mengalirkan air mata sewaktu kami mengucapkan selamat tinggal.
Setengah orang mengumpamakan yang kehidupan ini hanyalah pelakon lakonan kita manusia ke atas skrip yang telah Allah sediakan. Allah sentiasa adil dan tahu apa yang terbaik buat kita. Yang kita perlu buat hanya redha dan yakin dengan setiap perancangan allah. Semoga remaja tadi terus kuat, dan semoga dia akan dikurniakan rezeki/pekerjaan yang baik supaya dia dapat membiayai dirinya dan seterusnya membantu keluarga, Insyaa allah.
Ehhh...apa kena mengena dengan tajuk?...ntahhhh
No comments:
Post a Comment