Heee...ada orang sudah hantar wassup message dan bertanya kenapa saya tidak update blog siang tadi. Saya malas sikit sebenarnya, but anyway, saya nak update lah ni kan. Anddd, it is going to be a long one.
Saya nak cerita mengenai weekend panjang saya
Kami telah balik ke Chemor pada hari Sabtu, 31 Januari 2015. Kami keluar dari rumah dalam jam 11.00 pagi, pergi makan di Restoran Cili Merah di Seksyen 9, tetapi, malangnya, dalam nak bertolak ke kampung selepas makan tu, ada pulak yang sakit perut. Hikksss...terpaksa lah patah balik ke Seksyen 7 sebab nak berurusan di toilet sendiri kan...akhirnya, kami bertolak keluar daripada Shah Alam dalam jam 12.45 tengahari.
Kami sampai Chemor dalam jam 4.15 petang...mak saya pun tengah bersedia nak solat Asar. Sebab emak saya dah berumur 81 tahun, urusan untuk turun ke tingkat bawah dan membuka pintu adalah tugas yang berat ye. Jadi, kita kena sabar sikit menunggu. Sambil menunggu tu, saya terperasan yang bunga kertas (orang Chemor cakap bunga bulang) emak saya sedang berbunga dengan banyak nya...snap sikit.
cantik kan? menceriakan laman di kg saya.
dan suami pulak, menunggu di buaian ni sambil makan kacang rebus yang kami beli di hentian kat highway tadi
Lepas tu, kami solat, lepak2 dan sembang dengan mak saya. Suami saya waktu tu, lenaaaa.
Malam nya pulak, kami bawa emak ke Pizza Hut..
hubby order plate kat atas ni
Kami order pizza jugak..tapi takde gambo. Emak saya telah pilih air yang warna pink tu, sedap.
Lepas tu, balik rumah, tengok tv dan tidurrrrr
______________________________________________________________________
Sebenarnya tujuan saya balik kali ini adalah untuk celebrate emak saya punya hari jadi yang ke 81 pada 2 Februari. Sebab orang lain tak cuti, we decided to have the celebration one day earlier, that is on Saturday, 1 February instead. Anddd, since orang lain macam tak balik, dan saya yang kena arrange, saya dah plan dah. Plan nya macam ini, kami akan beli KFC, bawa ke Ipoh, rumah kakak saya. Kek, minta kakak tolong belikan. Set.
Tapiii, tiba tiba, pada pagi 1 Februari tu, abang saya bagi tahu yang dia dalam perjalanan balik dari Crocodile River. Abang saya ni memang selalu ada plan bagus punye, so, plan sudah berubah 500%.
Untuk makan tengahari pun, sudah tukar. Hikkksss....abang saya telah beli ikan dan ambil pucuk betik untuk di buat ulam. Makan terjadilah menu seperti di bawah :
Menu orang kampung, ayam bakar, kuah asam, sambal belacan yang dicampur ikan bilis, sup cendawan, salad dan pucuk betik rebus. Bertambah lah makannya....tak tahu lah macam mana, tapi nasi tu macam licin aja masuk dalam perut...smooth aja.
Abang saya, tokbomo dan Aqmal...ready to makan....
Lepas makan, saya pergi Econsave, yay, sekarang ni, rumah saya kat kampung tu dekat dengan macam-macam kedai. Mydin pun dekat, Econsave pun dekat, Pizza Hut pun dekat, McD pun dekat...so, no problem. Kami beli barang-barang untuk birthday party malam nya
_________________________________________________________________________
MALAM NYE!
Yay, kami ada steamboat....nasib baik Abang saya ni ada, langsung la happening jadinya event ni. Kalu harap saya kalu, party kami makan KFC ajalah.
Lepas Maghrib, bila saya turun ke bawah, tengok abang saya dah start masak Salmon
Dia ni slow and steady aja, tapi kerjanya kemas dan menjadi...
dannn....budak budak ni sibuk nak buat decoration pulakkk...
Sian Aqmal, baru keluar hospital dah kena buli tiup belon
Kek yang di sponsor oleh orang Ipoh...Chocolate Indulgance
Yang bestnya, emak saya memang tak sangka langsung yang kita orang balik kampung untuk celebrate dia punya birthday.
Yay...opah potong kek
suruh Irfan tiup lilin....gambar Irfan dengan twins tak de laa...opah chu malas ambil gambar kut malam tu, ataupun sibuk ntah apa apa kan
group photo
Lepas tu, makan....
dapur ni kena tambah lampu. Masalahnya ialah, kami hanya ingat bila dah malam macam ini, jadiiii, tidak bertambah-tambah lagi lah lampu nya
Haiyooo, tokbomo, bakpo mu hirup sampai macam tu? he he he, bukti sup tu sedap
Lepas tu, upacara bersembang.
somehow gambar twins tak de la...but they were around....menceriakan keaadaan.
And I think my mother was happy/thankful. Thank you semua yang telah meluangkan masa untuk hadir/meramaikan dan menggembirakan opah.
Saya nak tulis juga di sini yang pada malamnya, hari adalah amat sejuk. Menggeletar semua orang tidur.
______________________________________________________________________
Esoknya kami ada macam macam aktiviti. Saya mop rumah, abang Hab and Hubby pergi clearkan pokok yang tumbang dan selepas itu kami ambil buah rambutan. The weather was good, panas, tapi banyak angin.
suami saya, tengah berehat di tempat favourite dia.
Lepas tu, kami sembang-sembang, borak borak dan seterusnya bersiap untuk meninggalkan kampung. Abang saya balik ke Crocodile River. Tokbomo dan saya pula, ada perancangan lain...
Dannn, sewaktu bersalam dengan emak, abang Hab telah mengucapkan selamat hari jadi dekat emak saya, dan emak saya cakap "terima kasih ye Hab".
Dekat saya pun, emak saya cakap "terima kasih" juga....rasa sedih kan, rasa macam sepatutnya emak kita tidak perlu ucapkan terima kasih.
Anyway...alhamdulillah, birthday party tu telah menjadi lebih baik daripada yang dirancang. Thanks to Abang Hab lah.
Anddd...semoga allah panjangkan umur emak saya, semoga dia terus sihat, ceria dan memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat. Aaamiiin
...to be continued
happy birthday opah
ReplyDelete