Pagi tadi, saya telah pergi untuk membeli sarapan.
Saya pergi ke satu gerai yang saya dah lama tak pergi (gerai Awe di LGI, bagi mereka yang tahu).
Bila saya pergi, saya tengok ada banyak sangat makanan, maka, saya terus rambang mata. Tengok karipap nak karipap. Tengok kuih apam yang salut kelapa tu, teringin gak. Tengok kuih yang warna coklat di salut kelapa (kasui kut namanya) tu pun nampak sedap. Tengok kuih yang hijau kat atas tu pun nampak sedap. Tengok kuih popia basah tu pun, teringin. Adoiiii...memang selera besar atau ada syaitan yang memang asyik ajak makannnn aja. Aishhh
Tapi saya decide untuk ambil 2 biji karipap dan 2 biji kuih apam. Kononnya 2 untuk breakfast dan dua untuk break pukul 10.00 pagi. Saya ingat nak beli untuk lunch terus, tapi saya ni PANTANGGG ada makanan, saya akan habiskan. Jadiknya, elakkan ada makanan, beli sikit-sikit aja...kalau habis, pandai aja saya diam.
Waktu nak bayar harga kuih kuih tu, tiba tiba saya nampak bungkusan nasi berlauk ikan, huk aloh, dah teringin pulak. Saya tanya harga dan saya sudah buka purse untuk ambil duit, tapi, alhamdulillah, tiba tiba hati jadi kuat...tak payah lah beli Cikbib, minggu depan pulak kita beli ye, hari ni makan kuih aja...okay, berjaya, alhamdulillah.
Haihh...saya tak tahu lah sama ada memang rezeki saya berselera besar dan berperut besar ni...Saya memang boleh makan banyak dan tidak fussy langsung tentang apa yang perlu di makan, asalkan halal dan bersih.
Waktu saya lebih muda, kalau breakfast, saya boleh makan nasi lemak @ mihun ke apa, dan tambah lagi kuih dua ketul. Tengahari, excited aja pergi beli nasi. Petang pun ada pulak goreng pisang ke, goreng ubi ke, cucur udang ke. Malam pulak, nasi lagi, infact, kalau balik kampung, boleh makan nasi bertambah lagi.
Cumanya, dari kecik lagi, saya memang lebih suka minum plain water, daripada air air manis yang lain.
Bila di kenang-kenang, rasa macam saya nak terbalik kan aja masa, dan cuba makan dengan lebih sihat. Yelah, yang masuk ke dalam badan ada dalam 3,500 kalori, tapi yang di consume tak sampai 1,000 kalori, haaa, ke manakah 2,500 kalori tu pergi kalau tidak tersimpan di badan dan menjadi lemak teput dan toksid?
Sekarang ni, baru lah nak jadi "Angkatan Wanita Insaf Sikit (AWIS)" he he he. Malangnya, ianya hanya berlaku bila jumlah lemak dan toksid sudah di tahap perlu berjaga-jaga.
Tapi, better late than never lah kan, saya sedang berusaha untuk makan dengan lebih sihat.
Tapi saya tidaklah tidak makan, saya makan jugak, cuma kurangkan nasi dan makanan berat lain yang banyak kalori. Macam semalam, saya makan ringan-ringan aja siang nye (makan biskut jacobs dan dates), tapi malam tekak macam nak makan sesuatu yang masam dan pedas, jadi saya telah makan laksa.
Tapi, saya tetap makan bila pergi kenduri, atau bila saya host/belanja orang ataupun bila orang belanja saya...
Saya pernah mengurangkan food consumption saya tetapi berat tetap naik. Saya tanyalah doktor dan doktor itu sengih aja dan cakap "then, what you have done was just not enough"
I tanya la dia, "what is it that I have to do that will be enough?"
Doktor tu tak nak jawab pulak. Tapi dia katalah, kurang kan nasi la, kurang kan sugar la, banyakkan sayur la, bla bla bla bla.
Cabaran yang besar buat saya....
Semoga allah bagi saya kekuatan untuk mengatasi cabaran yang telah saya hadapi sejak kecil lagi. Semoga dijauhkan juga Syaitan yang sentiasa menggoda saya untuk makan dan makan lagi. Saya kena mencuba dengan lebih kuat sebab metabolisme pun sudah semakin menurun sebab umurpun sudah bertambah kan.
Dan, untuk orang-orang muda di luar sana, sila jaga pemakanan sebelum terlambat. Jaga diri kerana anda adalah orang penting yang diperlukan oleh orang lain. Ikut petua rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang. Dannn, jangan makan 3 jam sebelum tidur (yang ni susah saya nak ikut).
Dan, kalau Cikming baca post ni...aku tahu benda ni tidak relevant dengan hang Meen....semoga aku akan berjaya kuruis macam hang satu hari nanti, insyaa allah.
No comments:
Post a Comment