Saturday, August 9, 2014

RAYA 2014 - PART 2 - THE RAYA DAY ITSELF

Hari Raya!

Sedar-sedar, dah pukul 6.15 pagi, melompat saya bangun sebab saya nak masak ayam masak merah kan. Nasib memang tak boleh solat...so...saya bersihkan diri sikit dan terus ke dapur...banyaknya list kerja dalam kepala saya

Tahun ni saya masak 3 ekor ayam kampung. 
Shuk dan Saya dah siap beli dan proses ayam di Shah Alam. Balik kampung, kami cuma siapkan bahan-bahan lain seperti blend cili, bawang dll....senang aja, tak susah.

Tapi kerja di pagi raya ni stress sikit sebab masa terhad. Saya masak ayam masak merah tu, panaskan lauk lauk lain juga, siapkan breakfast (nasib baik saya dah iron baju awal-awal, so, settle part ni)...dan banyak kerja lain.

Semuanya buat sama-sama dengan orang lain tapi kami,3 of us yang tak g solat raya, terpaksa kemas rumah waktu orang lain pergi solat raya. Saya sapu juga laman sikit-sikit bagi nampak berseri...buat itu, buat ini sampai bila orang dah balik raya, saya baru nak mandi.

Okay...bila dah mandi...siap-siap lah nak turun dan bersalaman kan....tengok-tengok mak saya tidur...mesti dia letih sangat tu, tak sanggup kita orang nak kejutkan. 

 Sementara emak/opah tidur, kami makan...tapi tak de gambo....lupe nak mengambiknye

Bila emak bangun, kami pun salam-salam dan tangkap gambo....

Salam dimulakan dengan abang hab

pastu kakak saya

pastu saya...saya cakap "selamat hari raya, maaf zahir batin"
mak saya cakap "terima kasih banyak-banyak".
hmmm...kenapa mak saya berterima kasih kat saya ye?...hmmmm

Opah...opah tidur tadi selepas balik dari solat raya, dan bila bangun, dia dah tukar baju...he he he, tak pakai baju raya dah

abang Hatta...mak excited sebab abang hatta bagi duit raya...

Encik Suami saya

lepas ni sepatutnya ada gambo kak Ina...chief cook kami. Tapi kan....ehhh...sepatutnya ada gambar kak Ina, ...tapi tengok tengok balik dalam kamera, gambar kak Ina tak de...sorry kak Ina....accident ni, tidak disengajakan...thousand apologies...I know you are reading this.

Lepas tu, cucu-cucu opah...depa pandai aja ikut turutan umur, sorang sorang keluar...syabas

Mula mula Ajim, match pulak warna baju ajim dengan warna kerusi kerusi opah ni...ha ha ha

Lepas tu Athirah

Adli

Faiz...patutla Faiz suka tengok cerita Rindu Kamu 200% tu...nama dia sama dengan nama hero cerita tu rupanya...hiks

Huda, pembantu kuat nih...

Ni yang paling macho sekarang, Afiq

Ira, pun pembantu kuat juga nih

Aqmal

Tiha

Jiha

Lepas tu...ambil group photo.....

Mula-mula setting tempat.....sofa mak saya...umur sofa ni dah 20 tahun lebih macam tu kut...tapi elok je lagi...


Kami...senget sikit gambar ni...Tiha masuk separuh pulak...


Lepas tu ada gambo ikut keluarga lah, ikut cucu lah, ikut menantu lah...etc...

Family kakak

Family Abang


Saya dengan anak sedara saya....heee...yang ni, ayah depa beraya di Bandar Bharu, Kedah....terpisah di hari raya...

Haaa...dua cucu dengan opahnya


Cucu perempuan

Cucu lelaki

Lepas tu kami bergambar di luar rumah.

Kalau you all perasan, rumput di sekeliling rumah kami sudah kuning sebab hujan tak turun lama sangat. Semoga Allah turunkan hujan yang bermanfaat untuk kita semua, insyaa allah. Aaamiin


lagi...my abang and his team..abang I ni askar, so, disiplin tinggi sikit

orang Ipoh...anak sulong depa, Pijah and her family beraya di Melaka....so, tak de dalam gambar

opah menunggu sambil mengelak panas




kami...


Dannn....prensenting...Kami dari Chemor.....kih kih kih


Lepas tu budak budak tu bergambar di tangga

budok jante pulok

yang ni pulok, jate tino, gambo ni diambil dari facebook Athirah

Lepas tu, kami makan lagi...heh heh heh...dan gi jalan. Encik Suami dan saya kena pastikan kami complete kan aktiviti ziarah ni on the first raya sebab hari esoknya kami akan balik ke Felda Ijok, Selama, Perak...belah suami pulak..sooo....aktiviti ziarah diteruskan

Mula-mula, rumah acu. Acu ni adik emak saya. Suaminya telah meninggal dan dia tiada anak. 

Tapi acu tinggal just next to my Uda house, jadi tiada masalah lah sebab anak-anak Uda pun sentiasa monitor Acu...Acu sihat...Umur dia dalam 76 kut...Saya suka Acu ni sebab dia rock...dia senang dan tak banyak undang undang sangat. 

Emak saya pakai baju pink yang di beli di Shah Alam, waktu shopping dengan saya waktu bulan puasa.

Semoga dipanjangkan umur kami adik beradik supaya dapat kami grow old together like this, sihat, boleh beribadah...dan tengok cucu cicit kami datang melawat. Amiin


Saya suruh depa tengok camera...hee....

Lepas tu pergi rumah Uda....tapi saya tak tangkap gambo la plak

Lepas tu pergi rumah angah.....


Haaaa....sibuk sibuk sebelum balik


Tangkap gambo...Angah bising sebab saya tak printkan gambo raya dan hanya post dekat facebook. Tak pe angah, I'll make sure that I print it and deliver it to you this time...insyaa allah

Oh...Angah ni adalah abang my mother, umur dia dalam 82 kut. Dia sihat, alhamdulillah, tapi kami memang nampaklah yang dia tidak sekuat dahulu.....

One for the camera

Lepas tu...pergi rumah adik mak saya...Andak

Sampai rumah Andak, hari hujan, alhamdulillah

Sebab dah banyak makan kut, dan hari pun panas, dan semalam, budak budak ni lepak kedai mamak lagi dan balik ntah pukul berapa...haaa....si macho sudah keletihan...tidoq dulu


Yang lain-lain....makan...

Yang di kepala meja tu Andak...Andak emosi sikit tahun ni sebab dia tak berapa sihat. Kami pun sedih la jugakkan sebab selama ni dia ceria dan bersemangat. Sebab tak sihat sikit, Andak tidak membakar lemang kali ni.

Tak pe lah...tujuan kami pergi tu adalah untuk melawat dan berjumpa....makanan tu nombor dua

Budak budak sempat bergambar

Lepas tu....kita orang pun balik. Sampai rumah dekat Maghrib kut dan saya terus masuk bilik, tidur. Saya bangun lewat juga, terus mandi dan turun bawah. Saya tengok, anak-anak sedara saya semua dah makan dan hanya tinggal kami orang tua-tua di meja makan dan bersembang....sambil minum kopi. Saya pun join...makan apa yang ada.

Nak selit juga satu cerita tentang ayam masak merah saya tu. Rupanya, ada yang tidak berpuas hati dan kata ayam masak merah tu tak cukup dan budak-budak perempuan telah makan banyak sangat ...heh...budak-budak perempuan, sila response. 

But hubby ada cakap yang dia pun tak sempat nak makan ayam tu waktu malam sebab dah habis...heee...saya pun tak sempat makan sebenarnya. Hubby kata, next year cikbib masaklah 4 ekor....hmmmm....tengok laaaa, kalau bangun pukul 6.15 lagi...mau saya masak 2 ekor pulak kut....kihhhhh

Lepas tu kami tidur....

The next day...abang Hab saya telah bertolak balik ke Rawang dalam jam 7.30 pagi. Keluarga saya dan kakak pulak sibuk kemas rumah la, sapu sampah la, ambil buah mangga la...(tak de gambo).

Lepas tu, dalam jam 12 macam tu, kami juga meneruskan raya kami, encik suami dan saya ke kampung suami, kakak dan keluarga ke keluarga abang Hatta di Ipoh....

Okay...habissss......


1 comment:

  1. cik bib, this post makes me teary-eyed. i miss raya in perak. i miss having everyone around. wish i can turn back time, even if just for a moment, to relive those memories :')

    ReplyDelete