Sunday, August 10, 2014

Hari Ahad, 10 Ogos 2014

Hari rajin kami...busy sehingga menyebabkan sekarang ni, jam 9.00 malam, dua-dua dah pedih mata mengantuk.

Kami bangun awal, solat subuh dan went for our morning walk...after soo long, akhirnya kami pergi kembali ke Tasik Shah Alam tu, semoga kami boleh istiqamah selepas ini, insyaa allah.

Lepas tu kami pergi breakfast dan seterusnya ke pasar Seksyen 6. Punye la ramai orang...saya beli cepat-cepat, saya beli bawang merah + putih, cabai kering dan halia...sebab stok kat rumah memang habis...ilek.

Lepas tu, balik rumah, saya proses bawang, cili kering dan halia tu...yup, blend dan simpan dalam peti ais supaya senang nak masak. Kami plan nak berpuasa minggu depan (insyaa allah) dan kalau boleh masak, lagi lah baik kan. Sebenarnya kami plan nak puasa last week, tapi kami dua dua pun demam, langsung tak larat nak puasa.

Lepas tu, kami mandi dan bersiap untuk pergi rumah terbuka/housewarming di Seksyen 9. Jumpa kawan pulak, langsung lah duduk lama sikit...

Balik, solat buat itu, buat ini dan petangnya keluar...konon nak tengok rumah-rumah orang lain yang buat "open house"...heee...nampak bonar yang kami bosan...

Akhirnya kami beli lemang kat seksyen 19. Alhamdulillah lemang tu sedap, sesuai dengan lidah saya orang Perak yang memang hidangan wajib raya adalah lemang. Kami makan lemang dengan rendang tok yang saya bawa dari kampung...yup, marvellous.

Dan sekarang ni, kami tengah menonton Jamal Abdillah di Channel 1...menahan mengantuk...rasa nak lelap sat, baru iron baju...okay guys...have a productive week ahead.


No comments:

Post a Comment