Baru-baru ini, saya telah menonton program Meletop Raya di Astro. Antara segmen yang adalah apabila host rancangan telah bertanya kepada artis-artis jemputan tentang perkara yang mesti ada sewaktu mereka menyambut hari raya.
Ada banyak jawapan yang telah di berikan, ada yang bagi jawapan baju raya, ada yang bagi jawapan kuih raya, Fizo Omar telah bagi jawapan bahawa isteri dia yang paling penting...dan banyak lagi lah.
Tapi saya suka jawapan yang telah diberikan oleh Aaron Aziz, yup, Aaron telah memberikan jawapan "keluarga saya".
Kalau kita tengok iklan-iklan hari raya yang disiarkan pun, memang banyak berkisar mengenai keluarga. Mengenai ibu bapa yang merindui anak-anak, datuk/nenek/opah/tok/tokwan yang merindui cucu...yup, kita memang digalakkan untuk berhari raya di kampung supaya boleh bertemu ibu bapa dan saudara mara serta jiran tetangga yang setahun berpisah. Membaharui hubungan itu memang digalakkan.
Saya juga mengaku, sekiranya tiada kenduri kendara, jarang sekali saya berpeluang untuk melawat pakcik/makcik saya yang rata-rata tinggal di Ipoh dan semuanya memang sudah berumur (sekitar 76-82 tahun).
Saya dapati, semakin saya dewasa, semakin saya menghargai pakcik/makcik saya ini. Semua kenangan bersama mereka, jasa baik mereka membantu ketika saya dan keluarga sewaktu kami di dalam kesusahan, kasih sayang mereka, perhatian mereka...Ikatan dengan pertalian darah ini memang sangat erat dan tidak akan putus walaupun kita mungkin pernah bersengketa, berjauh hati dan tidak sependapat.
Saya bersyukur sebab dapat sekali lagi menyempurnakan ibadah puasa di bulan ramadhan dan seterusnya merayakan aidil fitri tahun ini bersama keluarga. Walaupun tahun ini adalah tahun sunyi di mana hanya saya dan keluarga kakak dan abang yang beraya di kampung kerana yang lain beraya di kg suami/isteri masing-masing, ianya tetap cukup meriah buat kami. Kami yang berkesempatan balik bersyukur kerana kami berpeluang menemankan emak kami beraya, menggembirakan dia walaupun sebentar.
Saya berharap/berdoa semoga anak-anak sedara saya, juga cucu-cucu/cicit-cicit seterusnya dapat meneruskan ikatan kekeluargaan yang ada. Berkenal-kenal lah antara satu sama lain, allocate masa untuk berjumpa dan untuk "catch up" mengenai cerita cerita lama dalam kesibukan kita dengan urusan dunia.
Bagi yang tidak tahu, cikbib nak bagi tahu yang kita ada "family fund" di mana semua anak-anak opah menyumbang setiap bulan (erkkk...cikbib dah lamaaa tak menyumbang sebenarnya). Duit dalam family fund ni tak banyak, tapi kami semua memang terasa akan "berkatnya". Kami gunakan duit ini untuk membantu ahli keluarga yang di dalam kesusahan, juga membaiki rumah Chemor yang beso tuuuu...
Bila you all dah bekerja satu hari nanti, you all boleh contribute juga. Cikbib harap, cucu-cucu opah dapat bekerjasama sebab memang ada di antara kita yang memerlukan lebih pertolongan. Kesusahan yang di hadapi, pastinya akan menjadi lebih ringan sekiranya ia dapat di kongsi dengan orang lain.
Huh...this is becoming too personal already...
Sebelum berhenti, cikbib nak refresh sikit lah yang rumah di Chemor tu, dan opah, sentiasa menanti kepulangan semua ahli keluarga. Umur opah dah 80 tahun, dan dalam kita sentiasa mendoakan semoga dipanjangkan umur opah, kita juga pasti sedar dengan kerja-kerja "nature". Soo...yang dekat, kita eratkan, yang jauh kita dekat kan.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
No comments:
Post a Comment