Wednesday, August 20, 2014

Cannot Blog Hop laaa

I don't know what's wrong but I could not blog hop at my office nowadays. Somehow if the blog contains a lot of photos, the photos will not appear, so I can only read the storyline.

Why? I cannot answer because I am not good at this. Called the IT officer twice, but he said there's no problem. Andd...somehow, when he opens the blog, all photos came out...ishkk.

But that would mean, no blog hop during lunch and I am sedih...uwaaaaa

Kosong Kosong

Before I start, I would like to apologise for having to take out my post on my Division's raya party. I published the post yesterday morning, at the wee hours when I could not continue my sleep because of stomach ache. After I looked at it again yesterday afternoon, I felt that I have to add more pictures and more stories so that I could transfer the merry feeling to you my fellow readers...heee.
 
Let's start with the title I have today, kosong kosong.
 
Last Friday, my Division received this letter of transfer, yes, one colleague of mine (MK) was directed to go to another Division very very soon. Since the officer is working directly with me,  I am sad and feeling a little lost...yes, I feel kosong kosong....
 
MK and I have only started working in one team this year. We never really knew each other before but we never really had any major problem working toghether. And of course, after 8 months,  we have become closer and are both excited with our future work plans we have for this year.
 
We have also joined this one "public speaking club" together. Yup...both of us have this "problem" talking in public and decided to overcome it by learning the skill to become a good speaker.
 
The time spent working together to do work has also allowed us to know about each other better. Slowly, we become friends.
 
But I guess we just have to move forward. Of course with MK going, there will be another officer replacing her. And I have no doubt that the Division will survive somehow.
 
Let's hope for the best. Let's pray that the changes will do good to MK, also to the Division and even though it may not be easy, let's pray that we will have strength to face whatever challenges. Insyaa allah! 

Tuesday, August 19, 2014

Jamuan Raya Bahagian

Sekarang ni jam 4.30 pagi dan saya dah terjaga sebab perut sakit. Semalam, ada jamuan raya dan saya termakan lebih sikit kut. Terkejut perut sebab sebelum tu puasa...heee

Di ofis saya, akan ada jamuan raya secara kecil kecilan untuk setiap Bahagian. Pada tahun-tahun sebelum ni, saya tak pernahpun bercerita fasal jamuan raya bahagian ini..tapi kali ni saya cerita sikit-sikit ye sebab saya sendiripun tak sempat nak feel sangat sebab tiba tiba kena buat input pulak...Lagi satu...saya tak berapa berani nak letak gambar office mate banyak banyak...kut sensitip kan....tapi yang saya letak juga...kalau tak ok...you all cakap ye, saya boleh edit, no problemo

Soo...let's tengok gambo lah ye

This is my favourite, saya suka dekorasi ni, creative and comel

 
Ada ini juga...tempat tangkap gambo....

setting....gambo makanan lupa nak amik, tapi ada banyakkk makanan...

tetamu dan host....

haaa....yang tiga belah kanan ni, antara gang yang hadir dan sempat saya tangkap gambar...tengok tu ada gambar fail dengan handphone saya kat atas meja tuh...tengah tunggu nak bagi kat boss waktu tu

lagi satu...on the more cheerful side...

dannnn....


Gambar Division tanpa saya....saya pergi cari MZ ni...langsung gambar gambar saya tak de...

Sepatutnya warna tema adalah kuning + peach +...saya pun tak hingat dah...tapi tengok laaa...mana ada ikut pun warna tema. Tak pe, yang penting, gembira.


Thursday, August 14, 2014

Astro oh Astro

Bila balik rumah, encik suami tanya sama ada saya ada tukar package Astro di rumah Chemor ke package Mustika.

Saya pun jawab la "mana ada?"

Saya minta anak sedara saya tolong check kan dengan Astro

Setelah di check, didapati bahawa Astro telah menukar package itu berdasarkan panggilan telefon dengan Encik Shukri. Panggilan telefon telah dibuat pada 17 Julai, di mana pada waktu itu, emak saya masih berpuasa di rumah anak-anaknya..

Buat apa kami nak tambah cost dan tukar ke Package Mustika sewaktu emak kami tiada di rumah untuk menonton tv kan?
 
Iskkk...betulla la Astro ni...mentang mentang la depa monopoly cable tv kat negara ni...

Astro kata, mereka akan proratekan bayaran untuk Package Mustika itu sehingga hari ini. Yup, kami masih perlu bayar walaupun bukan kesalahan kami...hebat Astro ni. Tak pe, nanti Allah balas...

Saya geram sebenarnya, tapi tak de pekdah pun untuk stress kan....mengadu kat blog ni lah saya nampaknya...goodnite!


Tuesday, August 12, 2014

Syabas Bette

Saya sangat-sangat mengantuk!...menolong! menolong!

Saya dah try sembang dengan kawan...ngantuk gak!

G lepak dengan budak-budak kat luar bilik ni...gelak-gelak...adalah kurang sikit...tapiii, saya kena tengok satu paper ni thouroughly and just could not do it if I am this sleepy...uwaaaa....nangis

Hari ini, saya puasa lagi...insyaa allah akan habis...he he he

Pada siapa-siapa yang dah lama baca blog ni mesti tahu betapa lemahnya iman saya untuk berpuasa...jadi, saya selalu cakap berlapik macam ni "as per now, I am still fasting"...heee...takut kut boleh berbuka posa waktu zuhur pulak kan...

Tapi kali ni saya memang berdoa banyak-banyak, minta Allah permudahkan urusan saya untuk berpuasa di luar bulan ramadhan juga saya juga meminta supaya dikuatkan iman untuk istiqamah dengan ibadat yang saya buat di bulan puasa...semoga saya kuat untuk memanjangkan ibadah-ibadah yang sikit sikit tu ke bulan-bulan seterusnya...

Kita doakan yang terbaik untuk diri kita lah kan...dan usaha....

Saya juga baru tahu yang seorang officer lelaki saya ni sudah berpuasa hari ke 6 hari ni...kagum saya...ataupun saya patut cakap alhamdulillah. Nampak rock aja budak tu, tapi lagi kuat dari saya...syabas bette (baru dapat term ni dari radio sinar semalam)

----break satt-----

Ok...I am back. Ada officer datang tadi and I feel slightly better...okay guys...selamat bekerja

R o b i n W i l l i a m Passed Away Today

I was on my way to the office today when I first heard the news from Sinar FM. Yup, it was mentioned casually, as if RB is just an ordinary actor.
 
I decided to tune to Lite & Easy station after that, and yeah, baru lah rasa yang RB tu film star besar sikit.
 
Again...RB and I? I started to know him when he was "Mork" in "Mork & Mindy". If I am not mistaken Pam Dawber was "Mindy"...Sape ingat? Sape suka tengok show ni waktu kecik? I did, that's one thing for sure.
 
Lepas  "Mork & Mindy" saya menjadi lebih sensitive dengan kehadiran RB di dalam filem. Saya selalu ada perception yang kalau RB ada, filem tu selalunya best...heee...
 
Tapi lepas ni tak de lah lagi kut...I was informed that it was a suicide and he was under a lot of depression due to some financial problem. He was only 63 years old.
 
Good bye R o b i n  W i l l i a m...


Sunday, August 10, 2014

Duit Raya dan Hadiah Raya

Saya dapat duit raya RM50 aja tahun ni. Anak sedara yang sorang ni bagi. Saya saja tangkap gambar duit raya tu dan waktu tu baru saya teringat yang suami saya belum bagi duit raya pun lagi...mana aci kan. Sooo...dear hubby, I really mean this tau, nak duit raya pleaseeeee.

Eh...saya ada tangkap gambar duit raya tu...yang dah saya lipat-lipat...heee, tak pe, saya nak document kan juga..


Untuk si pemberi, cikbib ucapkan ribuan terima kasih! Doa cikbib semoga Allah bukakan pintu rezeki yang halal dan berkat buat sipemberi dan keluarga, insyaa allah.

Saya juga telah menerima ini :




Haaa...perfume raya namanya ni...he he he he ....alhamdulillah.

Bila dapat hadiah raya ni, saya terfikir pulak...boleh tak instead of money, Encik Suami bagi saya hadiah raya  aja? Macam benda yang saya suka waktu kita pergi Plaza Masallam tu? boleh?

Haaa...nampak bagus aja saya mengayat kan? Ingat ada impact ke? Heeee...suami saya tu buat dekk aja pun...saya aja yang berangan boleh pujuk pujuk dia dalam blog ni.

Okay...bubaiiii

Hari Ahad, 10 Ogos 2014

Hari rajin kami...busy sehingga menyebabkan sekarang ni, jam 9.00 malam, dua-dua dah pedih mata mengantuk.

Kami bangun awal, solat subuh dan went for our morning walk...after soo long, akhirnya kami pergi kembali ke Tasik Shah Alam tu, semoga kami boleh istiqamah selepas ini, insyaa allah.

Lepas tu kami pergi breakfast dan seterusnya ke pasar Seksyen 6. Punye la ramai orang...saya beli cepat-cepat, saya beli bawang merah + putih, cabai kering dan halia...sebab stok kat rumah memang habis...ilek.

Lepas tu, balik rumah, saya proses bawang, cili kering dan halia tu...yup, blend dan simpan dalam peti ais supaya senang nak masak. Kami plan nak berpuasa minggu depan (insyaa allah) dan kalau boleh masak, lagi lah baik kan. Sebenarnya kami plan nak puasa last week, tapi kami dua dua pun demam, langsung tak larat nak puasa.

Lepas tu, kami mandi dan bersiap untuk pergi rumah terbuka/housewarming di Seksyen 9. Jumpa kawan pulak, langsung lah duduk lama sikit...

Balik, solat buat itu, buat ini dan petangnya keluar...konon nak tengok rumah-rumah orang lain yang buat "open house"...heee...nampak bonar yang kami bosan...

Akhirnya kami beli lemang kat seksyen 19. Alhamdulillah lemang tu sedap, sesuai dengan lidah saya orang Perak yang memang hidangan wajib raya adalah lemang. Kami makan lemang dengan rendang tok yang saya bawa dari kampung...yup, marvellous.

Dan sekarang ni, kami tengah menonton Jamal Abdillah di Channel 1...menahan mengantuk...rasa nak lelap sat, baru iron baju...okay guys...have a productive week ahead.


Saturday, August 9, 2014

RAYA 2014 - PART 2 - THE RAYA DAY ITSELF

Hari Raya!

Sedar-sedar, dah pukul 6.15 pagi, melompat saya bangun sebab saya nak masak ayam masak merah kan. Nasib memang tak boleh solat...so...saya bersihkan diri sikit dan terus ke dapur...banyaknya list kerja dalam kepala saya

Tahun ni saya masak 3 ekor ayam kampung. 
Shuk dan Saya dah siap beli dan proses ayam di Shah Alam. Balik kampung, kami cuma siapkan bahan-bahan lain seperti blend cili, bawang dll....senang aja, tak susah.

Tapi kerja di pagi raya ni stress sikit sebab masa terhad. Saya masak ayam masak merah tu, panaskan lauk lauk lain juga, siapkan breakfast (nasib baik saya dah iron baju awal-awal, so, settle part ni)...dan banyak kerja lain.

Semuanya buat sama-sama dengan orang lain tapi kami,3 of us yang tak g solat raya, terpaksa kemas rumah waktu orang lain pergi solat raya. Saya sapu juga laman sikit-sikit bagi nampak berseri...buat itu, buat ini sampai bila orang dah balik raya, saya baru nak mandi.

Okay...bila dah mandi...siap-siap lah nak turun dan bersalaman kan....tengok-tengok mak saya tidur...mesti dia letih sangat tu, tak sanggup kita orang nak kejutkan. 

 Sementara emak/opah tidur, kami makan...tapi tak de gambo....lupe nak mengambiknye

Bila emak bangun, kami pun salam-salam dan tangkap gambo....

Salam dimulakan dengan abang hab

pastu kakak saya

pastu saya...saya cakap "selamat hari raya, maaf zahir batin"
mak saya cakap "terima kasih banyak-banyak".
hmmm...kenapa mak saya berterima kasih kat saya ye?...hmmmm

Opah...opah tidur tadi selepas balik dari solat raya, dan bila bangun, dia dah tukar baju...he he he, tak pakai baju raya dah

abang Hatta...mak excited sebab abang hatta bagi duit raya...

Encik Suami saya

lepas ni sepatutnya ada gambo kak Ina...chief cook kami. Tapi kan....ehhh...sepatutnya ada gambar kak Ina, ...tapi tengok tengok balik dalam kamera, gambar kak Ina tak de...sorry kak Ina....accident ni, tidak disengajakan...thousand apologies...I know you are reading this.

Lepas tu, cucu-cucu opah...depa pandai aja ikut turutan umur, sorang sorang keluar...syabas

Mula mula Ajim, match pulak warna baju ajim dengan warna kerusi kerusi opah ni...ha ha ha

Lepas tu Athirah

Adli

Faiz...patutla Faiz suka tengok cerita Rindu Kamu 200% tu...nama dia sama dengan nama hero cerita tu rupanya...hiks

Huda, pembantu kuat nih...

Ni yang paling macho sekarang, Afiq

Ira, pun pembantu kuat juga nih

Aqmal

Tiha

Jiha

Lepas tu...ambil group photo.....

Mula-mula setting tempat.....sofa mak saya...umur sofa ni dah 20 tahun lebih macam tu kut...tapi elok je lagi...


Kami...senget sikit gambar ni...Tiha masuk separuh pulak...


Lepas tu ada gambo ikut keluarga lah, ikut cucu lah, ikut menantu lah...etc...

Family kakak

Family Abang


Saya dengan anak sedara saya....heee...yang ni, ayah depa beraya di Bandar Bharu, Kedah....terpisah di hari raya...

Haaa...dua cucu dengan opahnya


Cucu perempuan

Cucu lelaki

Lepas tu kami bergambar di luar rumah.

Kalau you all perasan, rumput di sekeliling rumah kami sudah kuning sebab hujan tak turun lama sangat. Semoga Allah turunkan hujan yang bermanfaat untuk kita semua, insyaa allah. Aaamiin


lagi...my abang and his team..abang I ni askar, so, disiplin tinggi sikit

orang Ipoh...anak sulong depa, Pijah and her family beraya di Melaka....so, tak de dalam gambar

opah menunggu sambil mengelak panas




kami...


Dannn....prensenting...Kami dari Chemor.....kih kih kih


Lepas tu budak budak tu bergambar di tangga

budok jante pulok

yang ni pulok, jate tino, gambo ni diambil dari facebook Athirah

Lepas tu, kami makan lagi...heh heh heh...dan gi jalan. Encik Suami dan saya kena pastikan kami complete kan aktiviti ziarah ni on the first raya sebab hari esoknya kami akan balik ke Felda Ijok, Selama, Perak...belah suami pulak..sooo....aktiviti ziarah diteruskan

Mula-mula, rumah acu. Acu ni adik emak saya. Suaminya telah meninggal dan dia tiada anak. 

Tapi acu tinggal just next to my Uda house, jadi tiada masalah lah sebab anak-anak Uda pun sentiasa monitor Acu...Acu sihat...Umur dia dalam 76 kut...Saya suka Acu ni sebab dia rock...dia senang dan tak banyak undang undang sangat. 

Emak saya pakai baju pink yang di beli di Shah Alam, waktu shopping dengan saya waktu bulan puasa.

Semoga dipanjangkan umur kami adik beradik supaya dapat kami grow old together like this, sihat, boleh beribadah...dan tengok cucu cicit kami datang melawat. Amiin


Saya suruh depa tengok camera...hee....

Lepas tu pergi rumah Uda....tapi saya tak tangkap gambo la plak

Lepas tu pergi rumah angah.....


Haaaa....sibuk sibuk sebelum balik


Tangkap gambo...Angah bising sebab saya tak printkan gambo raya dan hanya post dekat facebook. Tak pe angah, I'll make sure that I print it and deliver it to you this time...insyaa allah

Oh...Angah ni adalah abang my mother, umur dia dalam 82 kut. Dia sihat, alhamdulillah, tapi kami memang nampaklah yang dia tidak sekuat dahulu.....

One for the camera

Lepas tu...pergi rumah adik mak saya...Andak

Sampai rumah Andak, hari hujan, alhamdulillah

Sebab dah banyak makan kut, dan hari pun panas, dan semalam, budak budak ni lepak kedai mamak lagi dan balik ntah pukul berapa...haaa....si macho sudah keletihan...tidoq dulu


Yang lain-lain....makan...

Yang di kepala meja tu Andak...Andak emosi sikit tahun ni sebab dia tak berapa sihat. Kami pun sedih la jugakkan sebab selama ni dia ceria dan bersemangat. Sebab tak sihat sikit, Andak tidak membakar lemang kali ni.

Tak pe lah...tujuan kami pergi tu adalah untuk melawat dan berjumpa....makanan tu nombor dua

Budak budak sempat bergambar

Lepas tu....kita orang pun balik. Sampai rumah dekat Maghrib kut dan saya terus masuk bilik, tidur. Saya bangun lewat juga, terus mandi dan turun bawah. Saya tengok, anak-anak sedara saya semua dah makan dan hanya tinggal kami orang tua-tua di meja makan dan bersembang....sambil minum kopi. Saya pun join...makan apa yang ada.

Nak selit juga satu cerita tentang ayam masak merah saya tu. Rupanya, ada yang tidak berpuas hati dan kata ayam masak merah tu tak cukup dan budak-budak perempuan telah makan banyak sangat ...heh...budak-budak perempuan, sila response. 

But hubby ada cakap yang dia pun tak sempat nak makan ayam tu waktu malam sebab dah habis...heee...saya pun tak sempat makan sebenarnya. Hubby kata, next year cikbib masaklah 4 ekor....hmmmm....tengok laaaa, kalau bangun pukul 6.15 lagi...mau saya masak 2 ekor pulak kut....kihhhhh

Lepas tu kami tidur....

The next day...abang Hab saya telah bertolak balik ke Rawang dalam jam 7.30 pagi. Keluarga saya dan kakak pulak sibuk kemas rumah la, sapu sampah la, ambil buah mangga la...(tak de gambo).

Lepas tu, dalam jam 12 macam tu, kami juga meneruskan raya kami, encik suami dan saya ke kampung suami, kakak dan keluarga ke keluarga abang Hatta di Ipoh....

Okay...habissss......