Semalam, saya tinggal sorang di ofis (dikalangan DD laaa, officers ada 4 orang).
Boss dengan seorang DD pergi Perlis, DD lag satu tak sihat...jadiknya, tinggal lah saya.
Tetiba ada meeting yang saya perlu chair, tak pe, saya pun chair. Tapi sementara menunggu ahli mesyuarat sampai, ada seorang kawan bercerita.
Kawan saya ni bagi tahu, dia telah di hospitalkan selama 8 hari. Sakitnya? Tidak dapat ditentukan.
Menurut kawan saya, sebelum di masukkan ke hospital, dia telah demam. Sebab dia ingat demam dia biasa-biasa aja, dia pun makan panadol. Tapiii, selepas 3 jam, demam dia datang balik.
Kalau tak silap, dia telah menunggu 3 hari kut barulah dia ke hospital. Setelah sampai di hospital, doktor dapati buah pinggang serta hatinya were badly effected, macam sedikit rosak dan mengambil masa hampir seminggu untuk sihat semula.
Oleh kerani hati kan tidak sihat, mata kawan saya pada waktu itu sudah menjadi kekuningan.
Tapi, alhamdulillah kawan saya ni sudah sihat...walaupun tidak 100%, tapi he is recovering, dia cuma perlu berihat lebih.
____________________________________________________________________________
Balik ke bilik setelah habis mesyuarat, saya telah mengambil sedikit masa untuk membaca group wassup saya. Saya telah mendapat satu berita di mana anak kepada cikgu sekolah saya yang berumur 27 tahun telah dimasukkan ke ICU kerana tekanan darah yang terlampau tinggi sehingga menyebabkan stroke.
Hmmm...penyakit ni tidak mengenal umur kan? Terkejut saya...sedih...insaf...semua ada
Kawan-kawan doktor saya telah telefon cikgu saya untuk mendapatkan maklumat..(heee, macam penyiasat kan). Menurut mereka, anak cikgu saya ni memang mempunyai darah tinggi (dari keturunan ye, yang sangat kuat...they have used this perkataan which I cannot recall).
Selain daripada itu, dia juga telah tidak mengambil ubat, dan mengalami banyak tekanan kerja.
_________________________________________________________________________________
Darah tinggi ni kadang kadang kita tak sedar pun...dia boleh ada tanpa tanda tanda yang jelas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya doakan diri saya, suami dan semua sedara mara, kawan-kawan, sihat sihat selalu, insyaa allah. Jauhkan kami dari segala penyakit ya Allah. Aaaamiiin.
No comments:
Post a Comment