Sunday, June 15, 2014

Saya dan Kilauan Emas 2014

Sekarang ni, saya tengah tengok siaran ulangan konsert Mega Kilauan Emas. Waktu siaran langsung pada hari Rabu lepas, saya berada di JB, kerja, jadi tak sempat nak tengok.

Akhirnya, Arif menang...I am so happy for him. Sebenarnya saya tak ikut pun pertandingan ni pada awalnya, Tokbomo aja yang ikut. Saya mula tahu sikit-sikit bila saya tertengok program yang Arif nyanyi lagu Oh Ibu tu...bila orang ramai menangis tu. Waktu tu saya tak la rasa apa apa, sebab macam blur kan.

But the next morning, Arif keluar dalam dalam radio Sinar. Dalam rancangan itu Arif telah bercerita macam mana dia terpaksa naik bas dari Pahang ke Shah Alam untuk hadir ujibakat. The first time dia datang tu, ntah sebab apa ntah, dia terpaksa balik ke Pahang semula. Untuk kali yang ke 2 itu, dia telah sampai subuh subuh lagi, pergi ke Anggerik Mall tu, tidur kat mana-mana, dan tidak mandi hingga ke malam. 

Satu aja conclusion yang saya boleh buat : "orang susah dia ni, sian dia".

Arif sudah berumur 42 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai pembancuh minuman.

Sebab dah kenal dengan Arif tu, saya pun excited nak tengok final..and yes, waktu konsert akhir tu, Arif punye cubaan semuanya menjadi. Lagu yang dia pilih pun betul...sooo...dia betul betul shine.

Pada malam konsert akhir tu juga saya baru kenal dengan peserta yang namanya Ben...dia seorang penyanyi dari Sabah (Basking). Dia memerlukan duit untuk membetulkan tangga rumahnya...untuk itu, saya doakan dia dapat no. 3...heeee...sebab saya rasa Zain dengan Arif memang lebih menyerlah.

Nas pulak, yang menurut Tokbomo selama ini adalah lebih consistent...dengan takdir Allah, semua yang dia rancang, agak kurang menjadi pada malam konsert akhir.

Panjangnya introduction...hah...sebenarnya saya hanya ingin menulis yang takdir setiap insan itu adalah berbeza. Setengah orang, Allah bagi kesenangan pada awal hidupnya, tapi susah dia akhirnya...ataupun sebaliknya

Saya doakan Arif berjaya, di dunia, juga di akhirat. Semoga dia pandai manage hadiah yang dia dapat dan sentiasa di dalam petunjuk Allah. Moga dipertemukan jodoh dengan seseorang yang boleh membantu kehidupannya. Kereta tu pulak, kalau nak jual kat saya pun boleh.....ekekekeek

Pada kita semua, yang sering merasakan kita adalah orang yang paling malang kat dunia ni, bersabarlah dan jangan sesekali putus asal. Teruskan kehidupan, teruskan usaha, teruskan doa...insya allah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Have faith...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hubby sakit perut lagi hari ini dan oleh kerana itu, plan untuk ke Midvalley terpaksa ditangguhkan...sedih saya

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya nak doa untuk Imran juga kali ni : Ya Allah, kurniakanlah Imran cahaya penglihatan. Kurniakanlah Imran, Iman dan Irfan cahaya Iman...semoga mereka akan membesar sebagai hamba mu yang soleh, yang beroleh kejayaan, di dunia dan akhirat. Aaamiin



No comments:

Post a Comment